Dari Rafizi Ramli


 
Anda belajar susah payah, mak ayah keluar belanja, tanggung hutang pendidikan, bila keluar nak dapat kerja yang gaji RM2,500 pun susah.


Masa saya kecik-kecik dahulu, saya juga datang dari keluarga susah. Saya belajar bersungguh-sungguh hingga dapat keputusan baik dan ke luar negara sebab saya tahu masa depan saya dan keluarga akan terjamin dengan ijazah yang baik.


Saya ni memang kaki bimbang – bimbang tengok hutang negara, bimbang tengok prestasi ekonomi, bimbang pasal rasuah.


Tapi yang saya paling bimbang dan kesian ialah nasib anak-anak muda bawah 30 tahun yang bergelumang dengan krisis gaji rendah yang tidak sepadan dengan kelulusan mereka.


Ada jurutera atau arkitek yang gaji mereka bawah RM2,000 selepas ijazah. Banyak yang kerja kontrak.


Akhirnya, ramai yang terpaksa berniaga kecil-kecilan atau menjadi rider dengan Grab, FoodPanda dan lain-lain.


Jika ini berterusan, kita akan ada satu generasi yang tidak lagi yakin pendidikan boleh memberi kehidupan yang lebih baik. Bila tiba masa anak-anak mereka, generasi ini mungkin merasakan pelaburan dalam pendidikan tidak berbaloi.


Kita berdepan dengan generasi akan datang yang semakin tidak yakin dengan pendidikan.


Sebab itu krisis gaji rendah ini memerlukan penyelesaian di luar kotak. Negara tidak lagi boleh membiarkan majikan dan pekerja semata-mata merundingkan dan menetapkan gaji mengikut kehendak pasaran kerana sampai bila-bila ia tidak akan naik dengan kadar yang cepat.


Soal gaji berkait rapat dengan struktur ekonomi negara, iaitu tahap nilai tambah yang dihasilkan ekonomi. Lebih tinggi nilai tambah, kepakaran yang diperlukan juga lebih tinggi, maka pekerja juga mendapat gaji yang lebih tinggi bersesuaian dengan kepakaran.


Tanggungjawab menganjakkan struktur ekonomi negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi adalah tanggungjawab kerajaan.


Kita bayar menteri-menteri untuk melaksanakan ini tetapi mereka gagal.


Sebab itu, bagi saya, kerajaan baru selepas PRU15 mesti meletakkan penyelesaian krisis gaji sebagai keutamaan tertinggi dan campur tangan dalam penetapan gaji purata, bukan sahaja gaji minima, seperti berikut:


1) Kerajaan menetapkan sasaran gaji purata yang perlu dijadikan dasar utama ekonomi negara


2) Kerajaan bersetuju menyuntik dana untuk memastikan pertumbuhan gaji tahunan mengikut sasaran 10 tahun yang ditetapkan


3) Insentif kewangan dan percukaian kepada majikan distrukturkan supaya berkait dengan sasaran gaji purata nasional


4) Kenaikan gaji tahunan berpandu kepada nilai tambah ekonomi untuk mengukuhkan pendapatan majikan, kemudiannya diagihkan kepada pekerja secara lebih adil


Saya mungkin golongan ahli politik yang minoriti yang bercakap mengenai gaji rakyat, tapi saya tahu majoriti rakyat di luar sana setuju dengan saya.


Pilih parti yang mengutamakan gaji anda.


#AyuhMalaysia
#IniUsahaKita
#KitaBoleh
#PartiKeadilanRakyat 
#PakatanHarapan






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/dari-rafizi-ramli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Rafizi Ramli 7 November 2022 Kerajaan Caretaker Tidak Boleh Membuat Anugerah Tender

Dari Rafizi Ramli 7 November 2022 Kerajaan Caretaker Tidak Boleh Membuat Anugerah Tender

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 193 hits
Dari Rafizi Ramli7 November 2022KERAJAAN CARETAKER TIDAK BOLEH MEMBUAT ANUGERAH TENDERDalam kesibukan kempen PRU15 rakyat mungkin tidak sedar bahawa kita berdepan dengan satu risiko besar projek projek bernilai berbilion ringgit diluluskan ...
Rafizi Ramli Tipu Rakyat

Rafizi Ramli Tipu Rakyat

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 154 hits
Rafizi trains guns on PN lists its failures in govt PKR deputy president Rafizi Ramli has trained his guns at Perikatan Nasional listing the coalition s main failures during its 18 months in power He said these failures included the poor ha...
Rafizi Ge15 Tie Up With Pejuang Unlikely As Dr Mahathir Didn T Win Malay Votes For Pakatan In 2018

Rafizi Ge15 Tie Up With Pejuang Unlikely As Dr Mahathir Didn T Win Malay Votes For Pakatan In 2018

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 281 hits
There is no necessity for Pakatan Harapan to work with Tun Dr Mahathir Mohamad for the 15th general election as he did not sway the Malay electorate in 2018 PKR deputy president Rafizi Ramli said Malaysiakini reported Rafizi as saying that ...
Rafizi Lambasts Ginie Lim For Insisting On Alor Gajah Seat

Rafizi Lambasts Ginie Lim For Insisting On Alor Gajah Seat

papar berkaitan - pada 30/10/2022 - jumlah : 195 hits
PKR elections director Rafizi Ramli criticised former Machap Jaya state assemblyperson Ginie Lim for insisting on being fielded for the parliamentary seat Speaking to reporters following PKR s announcement of its election candidates yesterd...
Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

Saya Individu Pertama Tentang Pakatan Anwar Zahid Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 335 hits
November 1 2022 Mutakhir ini berlegar khabar angin wujudnya perancangan sulit melibatkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membentuk kerajaan bersama selepas PRU15 PETALING JAYA Rafizi Ramli berkata beliau akan menjadi indivi...
Saifuddin Terkilan Rafizi Serang Peribadi Beliau Di Dalam Ceramahnya Selasa Lalu

Saifuddin Terkilan Rafizi Serang Peribadi Beliau Di Dalam Ceramahnya Selasa Lalu

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 135 hits
KUANTAN Penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah terkilan atas tuduhan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli dalam satu ceramah di Indera Mahkota pada Selasa lalu Beliau menyifatkan tuduhan yang...
Startup Ecosystem And Innovation

Perapan Menu Bbq Waktu Bercuti

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru

Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

Sihat Dan Kaya

Tangani Isu Pencerobohan Tanah Secara Bijak Bukan Dengan Memusnahkan Hasil Kenyataan Media Ppim 11 04 2025

Pelamindiy Dan Hantaran Simple


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Eh Geng Lepas Ni Nak Masuk Thailand Jangan Main Redah Je Mulai 1 Mei

Bangun Kuil Atas Tanah Masjid Jais Arah Pengosongan Serta Merta

Dewi Dakwa Cik Epal Punca Bekas Suami Lafaz Taklik Keluar Rumah Tanpa Beri Nafkah