Dari Negeri Maju Ingin Menjadi Negeri Miskin
Pelik dan mustahil rakyat PP dan Selangor akan pilih PAS
NORMAN RADZUAN
Mungkin di negeri2 yg majoriti Melayu, tebal sifat perkauman dan kurang daya intelektual… PN boleh menguasainya tetapi utk menghasut Malay Urban atau Melayu bandar mustahil ia berlaku.
Tidak ada manusia akhir zaman ini yg kaya mahu menjadi miskin kecuali atas ketentuan. Tidak ada manusia yg sudah maju mahu menjadi mundur…. Jadi di manakah keyakinan PN menguasai Selangor dan PP. Pendapat saya ia hanyalah perang psikologi dan mitos tanpa fakta.
Sedangkan Azmin Ali dan Zuraida yg dianggap calon favourite pun tersungkur di bumi Selangor. Ya benar PN boleh menguasai kawasan luar bandar majoriti Melayu yg mempunyai 34 DUN.
Kerusi DUN Selangor majoriti Melayu
1. Hulu Klang 87 peratus
2. Sungai Air Tawar 86 peratus
3. Sungai Burung 86 peratus
4. Sungai Panjang 84 peratus
5. Sabak 81 peratus
6. Sungai Ramal 80 peratus
7. Gombak Setia 78 peratus
8. Jeram 77 peratus9. Kuang 77 peratus
10. Kota Anggerik 76 peratus
11. Sementa 76 peratus
12. Selat Klang 76 peratus
13. Paya Jaras 75 peratus
14. Morib 75 peratus
15. Batu Tiga 75 peratus
16. Sijangkang 74 peratus
17. Sungai Kandis 72 peratus
18. Dengkil 72 peratus
19. Hulu Bernam 70 peratus
20. Semenyih 68 peratus
21. Taman Medan 68 peratus
22. Batang Kali 67 peratus
23. Pelabuhan Klang 66 peratus
24. Lembah Jaya 65 peratus
25. Permatang 64 peratus
26. Taman Templer 64 peratus
27. Pandan Indah 63 peratus
28. Dusun Tua 63 peratus
29. Bukit Melawati 62 peratus
30. Sungai Tua 61 peratus
31. Meru 61 peratus
32. Ijok 60 peratus
33. Seri Serdang 60 peratus
34. Kota Damansara 60 peratus
Tetapi PN mesti ingat dgn gabungan PH dan BN kawasan DUN Hulu Klang, Sungai Ramal, Sabak, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Sungai Burung, Permatang, Bukit Melawati, Ijok, Jeram, Kuang, Taman Templer, Sungai Tua, Gombak Setia, Hulu Klang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua, Semenyih, Sungai Ramal, Sri Serdang, Seri Setia, Taman Medan, Paya Jaras, Kota Damansara, Kota Anggerik, Batu Tiga, Meru, Sementa, Selat Klang, Pelabuhan Klang, Sungai Kandis, Morib, Tanjong Sepat dan Dengkil dianggap kawasan selamat.
Jika berlaku 40% ‘green wave’ atau 50% pengundi UMNO sabotaj parti tersebut, PN masih sukar memenangi DUN2 tersebut. Apatah lagi pengundi2 di Selangor paling ramai Melayu intelektual yg hadir dari seluruh negara.
Disebabkan itu hasutan Sanusi, Selangor perlu pemimpin dari Selangor utk menerajui negeri itu ia ditolak oleh rakyat Selangor, malah Sultan Selangor sendiri mengiktiraf kejayaan MB Selangor, Amirudin Shari.
Sanusi mesti ingat dianggarkan 30% pengundi di Selangor adalah rakyat Malaysia dari seluruh negara yg berhijrah ke negeri tersebut terutama golongan profesional/intelektual.
Disebabkan itu utk menghasut Malay Urban dgn dakyah perkauman agak sukar. Saya org Perak walaupun bukan golongan intelektual tetapi saya pengundi di Selangor.
Rakyat Selangor dapat melihat negeri pentadbiran PAS mundur dan urus tadbir yg lemah. Masalah air, sampah, pembangunan, jalan raya dan perbelanjaan defisit membuktikan pentadbiran sgt lemah.
Sebagai contoh negeri paling miskin tetapi kereta MB dan Exco jenama Mercedes. Negeri miskin gaji Exco dinaikkan. Negeri ada pemasalahan air dan berhutang tetapi Pengarah AKSB dpt bonus puluh ribu dan kakitangan biasa hanya RM 200.
Di Kelantan mereka boleh berbohong atas nama agama tetapi bukan di negeri Selangor dan PP. Mereka tak termakan dgn dakyah tersebut. Takkan org Melayu Selangor dari air bersih utk minum dan mandi tiba2 mahu mandi dgn air teh.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/05/dari-negeri-maju-ingin-menjadi-negeri.html