Dari Kerjaya Hingga Kehidupan Peribadi Kenali Penyanyi Penghibur Big Nose Ji Sukjin


Bagi siapa yang gemar menonton rancangan hiburan Korea, pastinya akan kenal dengan penyanyi dan penghibur Ji Suk-jin.

ARTIKEL BERKAITAN Bermula Dari Iklan Parodi Hingga Jadi 'Nation MC', Kenali Pengacara & Penghibur Yoo Jaesuk Untuk pengetahuan, pada 10 Februari hari ini, Ji Suk-jin telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-57.
Sempena meraikan hari gembira selebriti kesayangan ramai itu, KimchiDaily ingin berkongsi latar belakang mengenai Ji Suk-jin, dari kehidupan peribadinya dan bagaimana kerjayanya bermula!
Biodata Ji Sukjin
Ji Suk-jin dilahirkan pada 10 Februari 1996 di Gangwon, Korea Selatan. Dia juga merupakan pelajar lepasan dari Universiti Ajou dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan dan mula terlibat dalam industri hiburan sebagai seorang penyanyi pada tahun 1992.
Meskipun memulakan kerjayanya sebagai penyanyi namun, Ji Suk-jin semakin mendapat perhatian dan populariti sebagai seorang penghibur selepas itu.
Bukan sahaja seorang penyanyi dan penghibur malahan, dia juga adalah seorang pelawak, pelakon dan turut terlibat dalam bidang penyiaran.
Dalam pada itu, informasi mengenai ibu bapa atau adik-beradiknya tidak pernah didedahkan lagi setakat ini.
Perkembangan kerjaya Ji Sukjin
Selepas debut dengan album pertama  “I Know”, Ji Suk-jin telah melancarkan beberapa album lain. Dia bukan sahaja menyanyi dalam bahasa Korea malahan, juga dalam bahasa Cina. Walaupun kurang popular sebagai penyanyi namun, lagu-lagunya memang seronok untuk didengari!
Kemudian, Ji Suk-jin mula menjinak dalam dunia rancangan hiburan menerusi program TV “Star Golden Bell” sebagai pengacara, yang telah dijalankan pada tahun 2004 hingga 2010. Selepas itu, dia mula menyertai program “Running Man” sebagai ahli paling tua dan diberi nama panggilan ‘Big Nose’ dan ‘Race Starter’, sehingga kini.
Program lain yang sedang diacarakan oleh Ji Suk-jin adalah seperti “A Leader’s Day”, “Anti-Ageym” dan “Taste of Travel”. Bukan itu sahaja, dia juga pernah menjadi penyampai radio di MBC FM4U dalam slot ‘2 O’Clock Date’, pada 2016 hingga 2019.
Ingin mencipta programnya yang tersendiri, dia turut mempunyai saluran YouTube yang diberi nama ‘Jeeseokjin World’, di mana dia menjemput tetamu dan berborak tentang pelbagai topik di dalam kereta, serta bermacam lagi kandungan lain. Mendapat sambutan yang hangat dari penonton, akaun YouTubenya itu telah meraih lebih 580 ribu keahlian setakat ini.
Isteri dan anak Ji Sukjin
Umum pasti mengetahui bahawa Ji Suk-jin sudah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu Ryu Su-jeong pada tahun 1997. Kalau korang nak tahu, lelaki itu mula bertemu dengan isterinya melalui pengenalan dari Yoo Jae-suk.
Sebelum ini, ada yang berkongsi bahawa Ji Suk-jin merupakan seorang lelaki dan suami yang baik buat isterinya dan Ryu Su-jeong pula adalah seorang wanita yang pemalu.
Kini, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Ji Hyun-woo dan merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Dia juga pernah membuat penampilan dalam “Running Man” dalam episod ke-256.
Anugerah yang dimenangi Ji Sukjin
Sudah lebih 30 tahun dalam industri, Ji Suk-jin telah membuktikan bakat dan kebolehannya dalam pelbagai bidang, dengan berjaya meraih beberapa anugerah hebat.
Pada 2006 dan 2007, dia telah berjaya membawa pulang Anugerah Kecemerlangan untuk penampilannya dalam “Star Golden Bell”.
Bukti program hiburan kegemaran ramai, Ji Suk-jin juga telah memenangi beberapa anugerah untuk prestasinya dalam “Running Man”.
Selain itu, dia turut dicalonkan untuk kategori Daesang iaitu anugerah utama, di ‘SBS Entertainment Awards’ pada 2022.
Korang mula kenal Ji Suk-jin menerusi program apa?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/dari-kerjaya-hingga-kehidupan-peribadi-kenali-penyanyi-penghibur-big-nose-ji-sukjin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Relung Kehidupan Dari Di Puncak Hingga Tiada Apa Apa

Relung Kehidupan Dari Di Puncak Hingga Tiada Apa Apa

papar berkaitan - pada 5/2/2023 - jumlah : 274 hits
Baca GAMBAR LOKASI Relung Kehidupan Dari Di Puncak Hingga Tiada Apa Apa Begitulah lumrahnya kehidupan Ada muda lawannya tua Ada kaya lawannya miskin Ada hidup lawannya mati Ketika diri berada di puncak tak mahu berfikir susah Ketika diri di...
Minta Maaf Ini Masalah Peribadi Cliff Umar Enggan Ulas Isu Abai Bekas Isteri Anak Anak

Minta Maaf Ini Masalah Peribadi Cliff Umar Enggan Ulas Isu Abai Bekas Isteri Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 230 hits
Susulan dakwaan mengabaikan bekas isteri Zurini Hasbullah sehingga menyebabkan wanita tersebut mengalami tekanan perasaan penyanyi Cliff Umar enggan memberikan sebarang komen
Saya Minum Lopak Air Jung Sungil Kongsi Kehidupan Susah Semasa Kecil

Saya Minum Lopak Air Jung Sungil Kongsi Kehidupan Susah Semasa Kecil

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 83 hits
Siapa sangka wajah tenang Jung Sung il sebenarnya menyimpan rahsia masa kecil yang kelam ARTIKEL BERKAITAN Ketika menjadi tetamu You Quiz On The Block lelaki yang mengecap populariti menerusi The Glory telah berkongsi mengenai kehidupan lam...
Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

Peguam Negara Amerika Pegawai Rasuah Guna 1mdb Seperti Akaun Peribadi

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 159 hits
Peguam Negara Amerika Loretta E Lynch berkata 1MDB diwujudkan kerajaan Malaysia untuk membangunkan ekonomi negara menerusi perkongsian global dan pelaburan terus asing Ia juga bertujuan untuk digunakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyatny...
Siasat Pihak Kutip Dana Pru Guna Akaun Peribadi Pas Sindir Isham

Siasat Pihak Kutip Dana Pru Guna Akaun Peribadi Pas Sindir Isham

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 93 hits
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil pernah melancarkan kutipan dana pilihan raya yang dimasukkan ke akaun peribadinya 335SharesKetua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat pihak yang ...
Kenali Guardian Bunny Twin Pom Pom Dan Bun Nee

Kenali Guardian Bunny Twin Pom Pom Dan Bun Nee

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 86 hits
KENALI GUARDIAN BUNNY TWIN POM POM DAN BUN NEE Assalammualaikum semua Selepas seronok shopping Mix Match di Guardian Korang kena tahu bahawa Guardian ada ikon kembar Arnab yang sangat comel Kenapa Arnab Ini kerana ia bersempena dengan Tahun...
Kasus Gagal Ginjal Ramai Kembali Kenali Beberapa Medical Check Up Yang Perlu Dilakukan

Kasus Gagal Ginjal Ramai Kembali Kenali Beberapa Medical Check Up Yang Perlu Dilakukan

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 166 hits
Jangan diselepekan tes medical check up menjadi salah satu upaya penting untuk mengenali penyakit kronis yang mungkin di derita Berikut berbagai jenis tes medical check up yang dapat dilakukan
Selepas Akaun Bank Dibeku Rumah Dan Pejabat Peribadi Pemimpin2 Bersatu Hendaklah Juga Diperiksa

Selepas Akaun Bank Dibeku Rumah Dan Pejabat Peribadi Pemimpin2 Bersatu Hendaklah Juga Diperiksa

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 138 hits
Semalam SPRM mengesahkan akaun bank Bersatu telah dibekukan bagi memudahkan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Difahamkan pembekuan itu telah dilakukan sejak dua minggu lalu Pada awal...
Mawar Karim Dedahkan Kehidupan Sekarang Lebih Baik Rupanya Masa Status Isteri Dia Banyak Hilang Benda Ini

Mawar Karim Dedahkan Kehidupan Sekarang Lebih Baik Rupanya Masa Status Isteri Dia Banyak Hilang Benda Ini

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 253 hits
MENGAKUI kehidupannya kini lebih bahagia usahawan Mawar Karim memberi bayangan seolah olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika masih berstatus isteri orang
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024

More Than 20 Ji Members In Johor Igp



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Asean Night Bazaar Hatyai Thailand

10 Tips Untuk Meningkatkan Rekaan Kad Perniagaan Anda

Xiaomi Pad 6s Pro 12 4 Idea Besar Pada Skrin Yang Lebih Besar

Honor Menawarkan Program Beta Android 15 Kepada Pembangun Untuk Honor Magic6 Pro Dan Honor Magic V2

Lebih Gempar Dua Ditahan Cuba Masuk Istana Negara Bawa Parang Dalam Kereta

Apa Aku Buat Sekarang Ni