Dari Hubungan Sulit Ke Jenjang Pelamin



Najib Razak nampaknya amat arif mengenai kami, berbanding duit yang masuk dalam akaun bank peribadinya. Abdar Rahman Koya, Malaysia Now
MalaysiaNow sudah masuk bulan keenam operasinya.
Tempoh enam bulan ini adalah tempoh yang pendek bagi sesebuah organisasi, walaupun di saat ekonomi yang sangat mencabar ketika ini.
Namun dari sudut pemberitaan politik, ia boleh dikatakan cukup dalam memperlihatkan perubahan yang begitu besar.
Misalnya, hubungan yang dulu dibuat secara sulit, kini diraikan sebagai sebuah pernyataan cinta yang terbuka.
Secara spesifik, kami merujuk surat sokongan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas bosnya, Najib Razak, untuk Anwar Ibrahim.
Bercerita mengenai ketiga-tiga tokoh ini; seorang sedang berjuang di mahkamah untuk mengelak menjadi banduan, seorang lagi sudah disabitkan bersalah, dan yang ketiga merupakan bekas banduan.
Ketika kami mendedahkan surat kepada Istana Negara itu pada Oktober lalu, antara serangan paling hebat datangnya dari Najib dan pengikut-pengikut taksub beliau.
Namun hari ini, sudah tak ada lagi tabir penghalang untuk ketiga-tiga mereka menyatakan bahawa gandingan mereka adalah tawaran terbaik untuk negara.
Bekas perdana menteri merasakan ia tanggungjawab beliau, menggunakan masa dan tenaganya, untuk merungkai aspek kewangan dan organisasi MalaysiaNow.
Hujung minggu baru-baru ini, Najib membuat kiriman tangkap layar laman web kami, siap dengan butiran identiti pemiliknya.
Sukar juga hendak percaya, inilah orang yang pernah mengatakan dia tidak sedar jutaan dolar dipindah masuk ke dalam akaun bank peribadinya.
Untuk mengetahui pemilikan sesebuah syarikat bukanlah sukar; apa yang perlu adalah sedikit bayaran kepada Suruhanjaya Syarikat, atau klik saja bahagian “About Us” di laman web syarikat itu.
Tetapi untuk mengetahui sama ada wang masuk dalam akaun bank peribadi kita tidak memerlukan apa-apa usaha. Malah, ia percuma.
Sudah jadi kebiasaan untuk orang kebanyakan yang bekerja siang malam memeriksa akaun bank mereka setiap minggu, atau sekurang-kurangnya pada akhir bulan. Setiap wang masuk tak akan pernah dilepas pandang, manakala wang keluar pula sengaja tidak dipandang.
Najib gagal melepaskan diri daripada kes-kes berkait skandal SRC International bernilai RM42 juta beralaskan hujah itu. Dia didapati bersalah atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa berkaitan wang tersebut.
Bagi seorang yang menjadi tajuk besar berita dunia kerana terlibat dalam sebuah skandal kewangan yang pernah disifatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai yang terbesar di negara itu, ia memerlukan keberanian luar biasa untuk mengajar orang lain cara menangani krisis kewangan Covid-19.
Usahanya untuk kembali ke persada kuasa menerima dukungan pengikut setianya yang sentiasa memberi sorakan setiap kali memuat naik status di media sosial, tanpa dipedulikan kebenaran fakta yang disogokkan.
Dalam dua minggu yang lalu, Najib menyatakan kritikan beliau terhadap usaha kerajaan memerangi Covid-19 dengan bersandarkan putar belit fakta.
Tetapi versi beliau sering tidak dicabar, kecuali respons balas dari Khairy Jamaluddin baru-baru ini terhadap tuduhannya bahawa kerajaan ketinggalan dalam jadual vaksinasi Covid-19.
Sekali lagi, inilah orang sama yang satu masa dulu bergegas mahu meluluskan undang-undang “lawan berita palsu”, ketika ia tidak langsung diperlukan.
Begitulah sikap ahli politik, sama ada di Facebook, Twitter atau platform digital lain. Mereka terangsang dengan sorakan pengikut mereka yang lebih banyak menghabiskan masa menekat butang “like” daripada membuat carian Google untuk menyiasat kebenaran sesuatu perkara.
Enam bulan lalu, kami berazam melaporkan berita sebagaimana adanya, tanpa mempertahan mana-mana orang politik, parti politik atau pihak berkepentingan.
Dalam melakukannya, kami memastikan untuk kekal di belakang kamera.
Kami sedar, ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan, bila mana ahli politik menghasut orang awam terhadap wartawan dan organisasi berita (tanpa menerima respons pantas daripada golongan “aktivis kebebasan akhbar”).
Ingatlah, apabila kamera difokuskan ke arah kami, kami merasa bertanggungjawab untuk mendedahkan orang di belakang lensa itu.
Dan itulah yang akan kami laksanakan pada minggu-minggu yang akan datang.
Abdar Rahman Koya adalah Ketua Pegawai Eksekutif & editor MalaysiaNow.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/16/dari-hubungan-sulit-ke-jenjang-pelamin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

Ada Gerakan Sulit Dalam Umno Cuba Batal Keputusan Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 249 hits
perakinsights com Seorang pemimpin Umno cuba mengubah keputusan parti itu untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang FMT difahamkan Menurut sumber beberapa pemimpin bahagian sudah didekati sementara yang lain tahu aka...
Kau Bunuh 2 Nyawa Sekali Gus Suami Tetak Leher Isteri Sampai Mati Sebab Enggan Dedah Hubungan Sulit

Kau Bunuh 2 Nyawa Sekali Gus Suami Tetak Leher Isteri Sampai Mati Sebab Enggan Dedah Hubungan Sulit

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 510 hits
Kau bunuh 2 nyawa sekali gus Suami tetak leher isteri sampai mati sebab enggan dedah hubungan sulitSeorang wanita hamil ditetak sehingga mati oleh suaminya sendiri sebelum melarikan diri dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah tidak ber...
Ahmad Maslan Dedah Punca Mengapa Umno Hantar Surat Putus Hubungan Dengan Bersatu

Ahmad Maslan Dedah Punca Mengapa Umno Hantar Surat Putus Hubungan Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 291 hits
March 4 2021 Satu Perjumpaan Khas antara UMNO PPBM dan PAS yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti telah diadakan pada 15 Februari 2021 Di dalam pertemuan tersebut Perdana Menteri merangkap Presiden PPBM YAB Tan Sri Muhyid...
Bersatu Bakal Putus Hubungan Juga Dengan Umno

Bersatu Bakal Putus Hubungan Juga Dengan Umno

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 335 hits
Bersatu Bakal Putus Hubungan Juga Dengan Umno Bersatu akan membincangkan hubungannya dengan Umno dan memutuskan sekiranya Umno dapat terus kekal bersama pemerintahan Perikatan Nasional petang ini Ini selepas Umno menghantar surat mengatakan...
Pas Kekal Bersama Umno Ppbm Selepas Zahid Kirim Surat Putus Hubungan Kepada Muhyiddin

Pas Kekal Bersama Umno Ppbm Selepas Zahid Kirim Surat Putus Hubungan Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 364 hits
Adam Abu BakarPETALING JAYA PAS kekal dengan pendirian untuk memperkukuh Muafakat Nasional dan memperkasa Perikatan Nasional selepas Umno menerusi presidennya Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam P...
Pas Mahu Teruskan Hubungan Dengan Umno Dan Bersatu

Pas Mahu Teruskan Hubungan Dengan Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 236 hits
KUALA LUMPUR PAS komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai utama parti Melayu dan Pribumi iaitu UMNO Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata untuk itu PAS meng...
Suara Hati Ahmad Said Akan Diambil Kira Dalam Hubungan Umno Pas

Suara Hati Ahmad Said Akan Diambil Kira Dalam Hubungan Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 252 hits
BORHAN AHMADAyun buai kokekKokek hulu golokHok dia lokekHok orang dia hendokDi atas adalah lagu rakyat Terenganu yang saya hafal masa kecik kecik dahulu Ia menggambarkan sikap manusia Hak diri sendiri akan dipertahankan dan tidak mahu dikon...
Hubungan Seks Bebas

Hubungan Seks Bebas

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 301 hits
Banyak orang memilih jalan salah dalam memenuhi tuntutan seks Banyak pasangan yang tidak mempunyai ikatan halal yakni bukan suami isteri melakukan hubungan seks tanpa merasa bersalah atau berdosa Perbuatan menyamai sikap haiwan itu bukan se...
Menantu Hadi Kata Hubungan Pas Umno Bersatu Ibarat Bermadu

Menantu Hadi Kata Hubungan Pas Umno Bersatu Ibarat Bermadu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 336 hits
March 6 2021 Pas Perak menyifatkan hubungan parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai hidup bermadu dalam alam perkahwinan Setiausaha Pas Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata walaupun mungkin wujud perasaan tidak suka n...
Intellectual Property Protecting Ideas

Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Resipi Taufu Fa Homemade Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

Di Mana Nak Beli Minyak Tanah Untuk Pelita Raya

Anta Permana Datuk Seri Siti Nurhaliza Dalam Playlist King Charles Iii

Laut Tanpa Warna Nasib Nemo Bila Terumbu Karang Hilang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Uruhime Momoko Suplemen Kecantikan Perisa Pic Dari Jepun

Hada Labo Cipta Malaysia Book Of Records Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Penanggalan Solekan

Makan Buah Guna Baby Food Feeder

Cipta Raya Sifu M Nasir Cetak Sejarah

How Motion Controls Are Revolutionizing Fitness And Sports Gaming

Mee Kari