Menantu Hadi Kata Hubungan Pas Umno Bersatu Ibarat Bermadu


 



March 6, 2021 Pas Perak menyifatkan hubungan parti itu dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai ‘hidup bermadu’ dalam alam perkahwinan.
Setiausaha Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, walaupun mungkin wujud perasaan tidak suka namun, setiap ‘isteri’ harus menghormati keputusan ‘suami’ sekiranya suami ingin berkahwin seorang lagi.
Demikian juga dengan senario antara Pas, UMNO berhubung kerjasama politik bersama Bersatu ketika ini, kata Mohd Akmal.
“Walaupun hatinya tidak bersetuju namun dia (isteri) kena menghormati keputusan suami untuk menikah lagi seorang. Mungkin akan wujud perkara yang tidak setuju namun sekurang-kurangnya dia menghormati.
“Kita menghormati pendirian UMNO tidak bersama Bersatu namun, kita juga minta UMNO supaya menghormati Pas untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).
“Apabila wujud suasana ini, maka bahagialah ‘rumah tangga’ yang bermadu. Dia tidak setuju, tetapi dia menghormati,” katanya ketika ditemui pada Program Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (e-waste) di Dewan Komuniti Kg Ulu Chepor Tambahan, Chemor, di sini pada Sabtu.
Semalam media melaporkan Pas Pusat komited untuk memantapkan hubungan kerjasama tiga parti Melayu bersama Bersatu dan UMNO.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, agenda pengukuhan ummah akan menjadi asas perpaduan kerjasama tersebut.
Sementara itu, Mohd Akmal berkata, hubungan antara Pas, UMNO dan Bersatu semakin baik di Perak walaupun dua parti sekutu itu tidak akan bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Kita selalu berbincang antara Pas dengan UMNO dan juga selalu berbincang antara Pas dan Bersatu.
“Apabila kita berbincang dengan Bersatu, kita tidak memburukkan UMNO. Begitu juga apabila berbincang dengan UMNO, kita tidak memburukkan Bersatu,” jelas beliau lagi






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/menantu-hadi-kata-hubungan-pas-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hubungan Dengan Ppbm Umno Tidak Akan Beri Kata Dua Pada Pas Kata Ahmad Maslan

Hubungan Dengan Ppbm Umno Tidak Akan Beri Kata Dua Pada Pas Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 362 hits
March 10 2021 Ahmad Maslan berkata hubungan PAS dan Umno bermula lebih awal daripada hubungan PAS dan PPBM dalam Perikatan Nasional PETALING JAYA Umno tidak akan memberikan sebarang kata dua kepada PAS berhubung kerjasama parti itu dengan P...
Putus Kerjasama Dengan Bersatu Tiada Sebab Untuk Umno Memberi Kata Dua Kepada Pas

Putus Kerjasama Dengan Bersatu Tiada Sebab Untuk Umno Memberi Kata Dua Kepada Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 445 hits
KUALA LUMPUR Tiada sebab untuk UMNO memberi kata dua kepada PAS yang memilih untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan Jelas Ahmad UMNO dan PAS terlebih dulu menjalinkan kerjasama melalui M...
Pas Mahu Teruskan Hubungan Dengan Umno Dan Bersatu

Pas Mahu Teruskan Hubungan Dengan Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR PAS komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai utama parti Melayu dan Pribumi iaitu UMNO Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PAS Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata untuk itu PAS meng...
Pas Hanya Cari Untung Dengan Politik Dua Kolam Kata Bekas Pemimpin Umno

Pas Hanya Cari Untung Dengan Politik Dua Kolam Kata Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 823 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas pemimpin Umno Datuk Zaharin Mohd Yassin mendakwa politik Pas ketika ini hanya mahu mencari keuntungan untuk diri mereka sendiri dan bukannya demi perjuangan Beliau berkata ini dapat dibuktikan dari sikap parti Is...
Tiada Siapa Pengaruhi Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Kata Mat Hassan

Tiada Siapa Pengaruhi Umno Tolak Kerjasama Dengan Bersatu Kata Mat Hassan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 421 hits
Keputusan Umno menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke 15 tidak dipengaruhi mana mana individu kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan Mohamad berkata lebih 100 bahagian menggesa supaya Umno tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu dan i...
Selepas Ini Lebih Banyak Umno Negeri Bahagian Akan Berkerjasama Dengan Bersatu Kata Annuar

Selepas Ini Lebih Banyak Umno Negeri Bahagian Akan Berkerjasama Dengan Bersatu Kata Annuar

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 286 hits
Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Annuar Musa membayangkan lebih banyak lagi bahagian parti itu atau kepimpinan peringkat negeri bakal mengambil pendirian untuk meneruskan kerjasama dengan Bersatu Kenyataannya itu hadir selepas Umno Perlis d...
Annuar Muasa Kata Umno Umum Putus Dengan Bersatu Pramatang Kamu Ahli Parti Mana

Annuar Muasa Kata Umno Umum Putus Dengan Bersatu Pramatang Kamu Ahli Parti Mana

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 495 hits
Bekas setiausaha agung BN Annuar Musa menyifatkan keputusan Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15 sebagai pendirian pramatang Dia mengulas surat yang diutus Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid kepada Perdana Menteri dan Presi...
Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

Umno Bersatu Perlu Muafakat Demi Masa Depan Kata Rais

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 351 hits
Umno dan Bersatu perlu bermuafakat demi masa depan dan pemegangan politik kepada orang Melayu kata tokoh politik veteran Dr Rais Yatim Rais berkata hubungan antara kedua dua parti tidak boleh berpatah arang begitu sahaja selain turut meleta...
Survey Budget 2026 Seen As Positive But Gaps Still Need To Be Addressed

Cabinet To Decide On Issues Of Student Safety Tomorrow Pm

Ramanan Vs Prabakaran Mitra In Leadership Crisis

Kuskop Sokong Peluasan Jenama Borneo Ke Seluruh Negara

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind

Budi Madani Diesel 2025 Permohonan Tarikh Bayaran Bulanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Bezakan Kasut Tomaz Original Vs Tiruan

Sugarbun Menandatangani Perkongsian Bersama Sedaplycious

Sugarbun Lebarkan Sayap Ke Semenanjung Malaysia Dan Pasaran Antarabangsa Bersama Sedaplycious

Car Seat Expiry Date Why It Matters For Your Child S Safety

Probiotik Jadikan Usus Lebih Sihat Dan Kulit Auto Lembut

Tips Langsai Hutang Dengan Emas