Dari Bertumbuk Terus Berkawan Baik Kesan Dipenjara Selama 1 Hari
Sebelum ini kalau korang perasan viral satu gambar menunjukkan seorang lelaki melayu dan cina telah bergaduh dan bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara dan akibatnya, mereka berdua telah dihukum penjara selama 1 hari beserta denda RM1,000.
Tetapi, semalam tersebar pula coretan dari Mohamad Fazrien Mohd Ziear di Facebook yang buatkan ramai orang tersentuh. Ini berikutan keakraban dia bersama Ng Whye Hong yang sekiranya tempoh hari mereka bertumbuk, tetapi tak sangka sekarang boleh berkawan.
KENANGAN 20 September 2019 menjadi memori dan kesedaran pada kami terutama aku...Allah temukan aku dengan Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepada aku.
Sebenarnya siapa jer yang sanggup duduk penjara ni lama-lama? Ohmedia sendiri pun tak dapat nak bayangkan kalau diletakkan dalam satu tempat yag sempit dan tak dapat nak bergerak bebas dan buat apa-apa.
Ini juga dikongsikan Fazrien apabila dihubungi wartawan Metro.
Melihat suasana dan keadaan mereka (banduan) secara langsung timbul keinsafan dalam diri. Saya berada di dalam lokap itu hampir tujuh jam. Bayangkan cara percakapan, tingkah laku dan kebersihan diri banduan lain menakutkan saya dengan Ng. Itu saat bermulanya kami berborak dan masing-masing menyesal dengan sikap, emosi serta ego semasa kejadian. Walaupun sekejap berada dalam tahanan, saya rasa seperti hilang segala nikmat. Kehidupan boleh ubah sama sekali. Ng turut beritahu saya, jika situasi sama berlaku padanya dia tidak akan turun melawan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, katanya.
Jadi, Ohmedia nasihatkan korang semua berfikirlah dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Fikir dahulu sebab dan akibat apabila membuat sesuatu perkara.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Oh! Media Makan
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/09/dari-bertumbuk-terus-berkawan-baik.html