Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet


Terkenang zaman kanak-kanak dulu, kacang kuda rebus antara sajian yang mak sediakan setiap hari raya selain nasi impit yang tanak dan diletakkan didalam besen kemudian di letakkan batu giling untuk memampatkan nasi.  Saya cuma pemerhati dan tukang makan jer sebab sebagai adik perempuan bongsu, banyak benda yang saya tak buat sebab adanya empat orang kakak yang semestinya membantu mak tapi sekarang ni bila dah jadi seorang ibu dan usia makin meningkat kenangan tu menjelma balik dan keinginan untuk makan makanan yang kita dok teringat tu tak perlu tunggu orang lain buatkan tapi buat sendiri lebih seronok.  Mana la tahu kot tiba masa anak-anak dah berumahtangga dan mereka pun mungkin boleh buatkan untuk kita pulak kan

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!
Bahan-bahan
1 kg kacang tanah kering
1 tangkai daun kari
1 sudu teh biji sawi
2 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar, dihiris
2 tangkai cili kering, dikerat sepanjang 1 inci
1 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Kacang Kuda Rebus Hidangan Hari Raya Rupanya Baik Untuk Diet!

Cara membuatnya
Kacang kuda dibasuh dan direndam selama 10 jam atau lebih supaya dia kembang.  Rebus kacang kuda hingga benar-benar kembang dan lembut.  Toskan air dan biarkan didalam penapis hingga betul-betul keringPanaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan, masukkan biji sawi, daun kari dan kemudian akhir sekali kacang kuda. Kacau dengan cermat supaya kacang kuda tidak hancur. Masak dalam 5 -7 min sudah memadai.Tutup api dan masukkan sedikit garam secukup rasa
Selamat mencuba!


Kebaikan Dan Keburukan Kacang Kuda 

Sewaktu mencari photo kacang kuda yang masih kering dan mentah, saya terjumpa artikel tentang kebaikan kacang kuda ni https://www.bidadari.my/khasiat-kacang-kuda/


Kacang Kuda atau Chickpea juga dipanggil kacang garbanzo sejenis tanaman tertua di dunia dan paling menarik ia menjadi sebahagian diet tradisional selama lebih 7500 tahun. Kacang kuda mengandungi banyak khasit pada kesihatan sebab tu kacang kuda merupakan kacang yang banyak ditanam dan dimakan seluruh dunia selepas kacang soya
Antara kebaikan kacang kuda adalah meningkatkan penghadaman, mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah, meningkatkan perlindungan terhadap sindorm metabolik dan penyakit jantung, mengandungi protein, vitamin dan mineral yang tinggi sebab tu ianya termasuk dalam diet Ayurveda dan diet Mediterranean
Fakta Nutrisi Kacang Kuda
Kacang kuda adalah sumber utama protein bagi tumbuhan, selain serat, zat besi, zink, fosforus, vitamin B dan banyak lagi. Kacang boleh dikategorikan dalam kumpulan karbohidrat dan juga protein. Ini kerana, kekacang adalah makanan yang kaya dengan nutrien dan unik kerana ia mengandungi gabungan protein, kanji, serat dan mineral. Malah ia juga rendah kalori

Kacang kuda juga boleh dianggap sebagai karbohidrat yang baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Kacang kuda juga turut mengandungi vitamin A, C, E dan niasin


Stabilkan bacaan gula dalam darah
Kacang kuda sangat tinggi serat. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit diabetes jenis 1 yang mengamalkan diet serat tinggi mempunyai tahap glukosa darah yang lebih rendah. Bagi pesakit diabetes jenis 2, pengambilan serat yang lebih tinggi dapat meningkatkan kadar gula darah, lipid, dan insulin

Garis Panduan Pemakanan untuk Amerika mengesyorkan sekurang-kurangnya 21 hingga 25 gram serat setiap hari untuk wanita dan 30 hingga 38 g sehari untuk lelaki

Selain itu, kacang kuda merupakan karbohidrat baik kerana kanji yang terdapat dalam kacang kuda dicerna perlahan-lahan dan menyokong tahap gula dalam darah yang lebih stabil. Maka, ia sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes


Kesihatan Jantung 
Kacang kuda kaya dengan serat, potassium, vitamin C, dan vitamin B6. Nutrien ini semuanya menyokong kesihatan jantung. Kacang kuda mengandungi sejumlah besar serat, yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah, secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung

Dalam satu kajian, mereka yang menggunakan 4,069mg kalium setiap hari mempunyai 49% risiko kematian yang lebih rendah daripada penyakit jantung iskemik berbanding dengan mereka yang menggunakan kurang kalium (kira-kira 1,000 mg sehari)


Tulang Yang kuat
Zat besi, fosfat, kalsium, magnesium, mangan, zink, dan vitamin K dalam kacang kuda menyumbang kepada pembinaan dan penyelenggaraan struktur dan kekuatan tulang

Walaupun fosfat dan kalsium keduanya penting dalam struktur tulang, keseimbangan antara kedua-dua mineral ini diperlukan untuk mineralisasi tulang yang betul. Penggunaan terlalu banyak fosforus dengan pengambilan kalsium yang terlalu kecil boleh mengakibatkan kerapuhan tulang

Pembentukan tulang memerlukan mineral seperti mangan, besi dan zink memainkan peranan penting dalam pengeluaran dan pematangan kolagen

Penggunaan vitamin K yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan tulang yang baik kerana ia meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan mendapan kalsium dalam kencing, memastikan kalsium yang cukup untuk membina dan memperbaiki tulang. Kekurangan vitamin K dikaitkan dengan risiko keretakan tulang yang lebih tinggi

Mengelak risiko kanser
Kacang kuda mengandungi mineral selenium. Ia membantu enzim hati untuk berfungsi dengan baik dan menyahtoksik beberapa sebatian penyebab kanser di dalam badan. Selain itu, selenium menghalang keradangan dan menurunkan kadar pertumbuhan tumor

Kacang kuda juga mengandungi folat, yang memainkan peranan dalam sintesis dan pembaikan DNA, dan seterusnya membantu mencegah pembentukan sel-sel kanser daripada mutasi dalam DNA. Saponin, phytokimia yang terdapat dalam kacang kuda dapat mencegah sel-sel kanser daripada membiak dan menyebar ke seluruh badan

Pengambilan serat tinggi daripada kacang kuda, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran dikaitkan dengan risiko menurunkan kanser kolorektal. Selain itu, vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas


Menurunkan Berat Badan
Diet serat berfungsi sebagai “ejen bulking” dalam sistem pencernaan. Kompaun ini meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan, Hal ini menjadikan orang berasa kenyang lebih lama dan dengan itu menurunkan pengambilan kalori secara keseluruhan

Banyak kajian menunjukkan bahawa mengamalkan makanan tumbuhan seperti kacang kuda dapat mengurangkan risiko obesiti, diabetes, penyakit jantung, menggalakkan kulit yang sihat, rambut yang sihat, meningkatkan tenaga, dan berat badan secara keseluruhan lebih rendah

Risiko
Kekacang mengandungi oligosakarida yang dikenal sebagai galactans, atau gula kompleks. Tubuh tidak dapat mencerna gula komples ini kerana tidak mempunyai enzim alpha-galactosidase. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan gula-gula ini

Akibatnya, pemakanan kekacang seperti kacang kuda akan menyebabkan beberapa masalah gas di bahagian usus dan ketidakselesaan.
Bagi mereka yang mengalami gejala ini ketika memakan kekacang harus mengamalkan kekacang secara perlahan-lahan. Tidak boleh makan kekacang dalam kuantiti yang banyak sekali gus

Cara lain untuk atasi masalah ini ialah dengan mengalirkan air ketika merendam kekacang kering. Ini bertujuan membuang oligosakarida, raffinose dan stachyose. Hal ini dapat mengelakkan beberapa masalah pencernaan.
Kesimpulan
Kacang kuda antara kacang yang mudah didapati dan murah. Khasiatnya sangat banyak untuk kesihatan kerana ia mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga adalah karbohidrat baik yang kerana tercerna secara perlahan-lahan dan dapat menstabilkan paras gula dalam darah. Malah ia juga rendah kalori

Daripada makan makanan ringan atau makanan yang terproses, kacang kuda adalah lebih ideal dijadikan sebagai kudapan harian anda

Sumber rujukan :

https://draxe.com/nutrition/legumes/chickpeas-nutrition/https://www.medicalnewstoday.com/articles/280244.php

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.iamfuzy.com/2019/08/kacang-kuda-rebus-hidangan-hari-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Hadir Dengan Doodle Bertemakan Bunga Raya Bersempena Hari Kemerdekaan 2019

Google Hadir Dengan Doodle Bertemakan Bunga Raya Bersempena Hari Kemerdekaan 2019

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 609 hits
Selamat menyambut hari Merdeka ke 62 kepada semua pembaca Amanz Di hari yang bersejarah ini marilah kita melihat ke belakang dan mempelajari dari kesilapan yang lalu bagi meneruskan kehidupan yang bebas dari semua bentuk penjajahan Seperti ...
Waktu Gaduh Macam Tak Ada Hari Esok Bila Baik Melekat Macam Kena Gam

Waktu Gaduh Macam Tak Ada Hari Esok Bila Baik Melekat Macam Kena Gam

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 468 hits
Mama papa yang ada anak ramai mesti pernah hadapi anak anak suka bergaduh kan Kalau gaduh gaduh manja tu boleh lagi nak terima kalau gaduh sampai jerit nangis tu rimas rasanya Baru baru ini Angkawasan Negara kita Dr Sheikh Muszaphar Shukor ...
Ingatkan Malaysia Je Rupanya Ini Negara Negara Lain Yang Turut Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Ingatkan Malaysia Je Rupanya Ini Negara Negara Lain Yang Turut Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 402 hits
Semalam rakyat Malaysia amat bertuah kerana sekali lagi diberi peluang untuk mengecapi nikmat keamanan apabila kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke 62 Seperti yang kita semua sedia maklum 31 Ogos setiap tahun di tetapkan sebagai Hari Merdeka ...
Dah Hari Ketiga Tak Check Out Lagi Rupanya Ini Antara Hotel Berhantu Di Taiping

Dah Hari Ketiga Tak Check Out Lagi Rupanya Ini Antara Hotel Berhantu Di Taiping

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 446 hits
Sekadar perkongsian untuk bacaan suka suka Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan Risiko tanggung sendiri Gambar gambar yang digunakan juga hanyal...
Tak Mudah Nak Didik Anak Baik Budi Pekerti Periksa Kpi Mak Ayah Perlu Buat Setiap Hari Awesome

Tak Mudah Nak Didik Anak Baik Budi Pekerti Periksa Kpi Mak Ayah Perlu Buat Setiap Hari Awesome

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 580 hits
Bukan mudah hendak mendidik anak yang masih kecil untuk mengenal dunia Apa lagi mendidik anak dengan ilmu kebaikan agar mereka menjadi anak yang sentiasa baik pekertinya Bukan satu tugas yang mudah malah mendidik anak juga perlukan contoh y...
Boost Meraikan Hari Malaysia Yang Lebih Baik Dan Progresif

Boost Meraikan Hari Malaysia Yang Lebih Baik Dan Progresif

papar berkaitan - pada 16/9/2019 - jumlah : 466 hits
Meraikan Hari Malaysia e dompet terkemuka Boost menggalakkan semua rakyat Malaysia melakukan bahagian mereka untuk Boost My Malaysia Kempen ini memberi tumpuan kepada menanam lima nilai teras kebaikan kebersihan lebih sihat lebih adil dan l...
Allahuakbar Baru Dua Hari Lepas Arwh Mejar Zahir Pergi Rupanya Isteri Ada Berita Gembira Ini

Allahuakbar Baru Dua Hari Lepas Arwh Mejar Zahir Pergi Rupanya Isteri Ada Berita Gembira Ini

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 702 hits
Pemergian Arrwah Mejar Zahir Armaya telah membuat satu malaysia terkejut dan sed1h t4ngisan Balu dan anak arrwah Mejar membuat rakyat malaysia juga turut men4ngis AllahuAkbar Baru Dua Hari Lepas Arwh Mejar Zahir Pergi Rupanya Isteri ada ber...
Lagi Tular Video Geng Basikal Lajak Beraksi Di Lebuh Raya Ibu Bapa Boleh Didakwa Dan Didenda

Lagi Tular Video Geng Basikal Lajak Beraksi Di Lebuh Raya Ibu Bapa Boleh Didakwa Dan Didenda

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 313 hits
Semalam tular sebuah video yang memaparkan aksi beberapa orang kanak kanak berbasikal lajak di lebuh raya dan menurut laporan kesemua mereka yang berusia antara sembilan dan 15 tahun itu telah pun ditahan pihak polis Ketua Polis Daerah Kaja...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah