Pegawai Negeri Dan Rakyat Kelantan Berkabung Selama 40 Hari


Kota Bharu : Semua pegawai negeri dan rakyat Kelantan akan berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad pada sidang akhbar khasnya berkata, mereka mesti memakai kain putih di kemuncak songkok atau tali leher berwarna hitam dalam tempoh perkabungan itu.
“Manakala kerabat-kerabat diraja, pegawai dan kakitangan Istana hendaklah memakai pakaian berkabung selama 100 hari bermula hari ini.
“Semua masjid dan surau di dalam negeri Kelantan hendaklah mengadakan majlis tahlil dan doa selepas fardhu Maghrib selama tujuh hari,” katanya.
Nazran berkata, rakyat jelata boleh menziarahi jenazah Baginda bagi penghormatan terakhir mulai pukul 2.00 hingga 4.00 petang ini.
“Tempoh yang sama turut diberikan kepada orang kenamaan untuk penghormatan terakhir itu,” katanya.
Beliau berkata, jenazah Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar di sini selepas Asar dengan perangkatan jenazah menggunakan pedati khas yang ditarik anggota tentera bermula dari Istana Balai Besar di sini.
“Pakaian pada upacara pemakaman bagi lelaki Melayu mestilah pakaian kebangsaan putih, sampin tenun putih dan kain putih di kemuncak songkok.
“Bagi orang bukan Islam boleh memakai lounge suit manakala perempuan berbaju panjang, berkain tudung manakala bukan Melayu adalah berpakaian sopan,” katanya.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permasuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka tiba untuk memberikan penghormatan terakhir.
Turut dijangka hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kenamaan Istana lain.
Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/28/pegawai-negeri-dan-rakyat-kelantan-berkabung-selama-40-hari/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pegawai Dan Rakyat Kelantan Mesti Memakai Kain Putih Di Kemuncak Songkok Tanda Berkabung

Pegawai Dan Rakyat Kelantan Mesti Memakai Kain Putih Di Kemuncak Songkok Tanda Berkabung

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 1231 hits
Kota Bharu Semua pegawai negeri dan rakyat Kelantan akan berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad pada sidang akhbar kh...
Oneplus Mencabar Pengguna Untuk Aktifkan Zen Mode Selama 21 Hari

Oneplus Mencabar Pengguna Untuk Aktifkan Zen Mode Selama 21 Hari

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 279 hits
Zen Mode mula diperkenalkan pada OnePlus 7 dan OnePlus 7 Pro Ia adalah fungsi untuk pengguna bebaskan diri dari penggunaan peranti dalam masa tertentu Seperti 20 minit 30 minit mengikut jadual yang ditetapkan pengguna atau juga jangka masa ...
Dari Bertumbuk Terus Berkawan Baik Kesan Dipenjara Selama 1 Hari

Dari Bertumbuk Terus Berkawan Baik Kesan Dipenjara Selama 1 Hari

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 511 hits
Sebelum ini kalau korang perasan viral satu gambar menunjukkan seorang lelaki melayu dan cina telah bergaduh dan bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara dan akibatnya mereka berdua telah dihukum penjara selama 1 hari beserta denda RM1 000 Tetapi...
Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan

Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 685 hits
Sambutan Hari Penolong Pegawai Perubatan Malaysia yang disambut pada 10 Mac setiap tahun sejak 2011 lalu dan sebelumnya adalah sambutan Hari Pembantu Perubatan telah termaktub didalam kalendar tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia Penolong...
Lihat Hasil Senaman Saitama Selama 30 Hari

Lihat Hasil Senaman Saitama Selama 30 Hari

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 350 hits
Ohmedia masa tengok anime One Punch Man musim pertama memang dah terbayang untuk ikut teknik latihan yang Saitama lakukan dan tak sangka pula lelaki ni betul betul buat dan berhasil pulak tu Kalau korang pernah layan anime ni mesti tahu yan...
Presiden Filipina Benarkan Rakyat Tembak Pegawai Kerajaan Yang Minta Rasuah Asalkan Tak Terbunuh

Presiden Filipina Benarkan Rakyat Tembak Pegawai Kerajaan Yang Minta Rasuah Asalkan Tak Terbunuh

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 385 hits
Bagi menangani isu rasuah yang berleluasa ini keputusan yang dibuat oleh Presiden Negara Filipina ini sangat mengejukan rakyatnya Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata rakyat Filipina boleh menembak pegawai kerajaan yang meminta habuan ...
Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

Inkues Adib Rakyat Menanti Keputusan Hari Ini Justice4adib

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 286 hits
Selepas 41 hari prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim kini sudah tiba untuk Mahkamah Koroner membuat keputusan yang mana ia dinantikan oleh segenap lapisan masy...
Mbah Pani Rela Dikubur Hidup Hidup Selama 5 Hari Demi Jalani Ritual Topo Pendem

Mbah Pani Rela Dikubur Hidup Hidup Selama 5 Hari Demi Jalani Ritual Topo Pendem

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 507 hits
Publik dibuat heboh dengan aksi topo pendem yang dilakukan Mbah Pani asal Pati Jawa Tengah Mbah Pani mengubur diri hidup hidup untuk menjalani topo pendem untuk kali kesepuluh yang rutin dilakukan di bulan Suro Ritual topo pendem ke 10 yang...
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Kekal Sahabat

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean