Dari Adunan Hingga Ke Sos Semua Buatan Sendiri Di Atlas Pizzeria
Salam sejahatera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang suka pizza Maha ada satu tempat untuk nikmati pizza original yang dihasilkan sendiri daripada menguli adunan tepung sehingga kepada penghasilan sos tomato dan bahan segar di atas pizza semua mereka buat sendiri. Itu keistimewaan restoran Atlas Pizzeria yang terletak di Level B1 Shoppes at Four Seasons Place KL. Kalau korang nampak bangunan Robinsons kat dalam tu lah teletaknya restoran ini betul-betul sebelah KLCC tu.
Sekarang ni pula mereka tengah ada promosi pizza 'Half and Half' dimana korang boleh dapat dua jenis topping dalam satu pizza. Maksudnya korang boleh pilih dua rasa pizza dan mereka akan masak dalam satu doh pizza. Macam yang Maha cuba ini iaitu gabungan antara pizza Hot White Chicks dan juga Killing Me Softly. Nama pizza sini pun diilhamkan oleh chef mereka ada macam-macam nama daripada tajuk lagu kepada nama bandar.
Hot White Chicks (RM24.00) dan Killing Me Softly (RM24.00)
Dua pizza yang Maha cuba ini memang lain sangat dimana doh mereka yang nipis dan lembut. Topping white chicks tu ada lima sosej ayam bersama dengan bawang, capsicums, pecorino dan mozarella cheese. Manakala yang tajuk lagu tu Killing Me Softly topping kat atasnya ada istimewa crispy soft shell crab. Bila korang gigit dapat rasa ketam yang rangup dan juga cheese yang meleleh.
Satu lagi ni juga tergolong dalam golongan pizza juga tapi rupanya lain sikit dipanggil Truffle. Namaya 24K Truffle Magic dan didalamnya penuh dengan cendawan dan juga limpahan cheese. Paling win adalah biji truffle tu yang susah nak dapat kat tempat lain. Kenyang kalau nak makan sorang jadi order pizza dan truffle ni boleh kongsi untuk 2-3 orang makan
24K Truffle Magic - RM65.00
Kalau nak lagi tambah makanan tak cukup dengan pizza dan truffle korang boleh order mereka punya Salted Egg Soft Shell Crab Pasta yang terbaik. Menu ni memang Maha boleh bagi double thumb-up sebab bukan sahaja ketam lembut yang digoreng garing tapi juga sos telur masin yang pekat dan melekat kat tekak rasa nak jilat pinggan sedapnya. Dalam tu juga mereka tak kedekut bahan seperti scallop dan juga sotong yang banyak. Ini boleh habis makan seorang satu mangkuk tu
Salted Egg Soft Shell Crab Pasta - RM38.00
Ehh Maha terlangkau lak mereka punya appetizer biasa kalau makan kat restoran macam ni mesti mereka ada pelbagai koleksi salad segar sebagai pembuka selera. Hari tu Maha order Chicken Bacon & Quinoa Salad dan juga Ahi Tuna & Taleggio Cheese. Kalau korang tak tahu apa tu boleh baca description dalam menu atau bertanya dengan pelayan mereka sebab sangat ramah mesra. Hari tu Maha pun minta cadangan daripada pelayan mana yang best dan specialties kat restoran ni
Chicken Bacon & Quinoa Salad - RM28.00
Ahi Tuna & Taleggio Cheese - RM39.00
Akhir sekali Maha tutup makan dengan pencuci mulut iaitu Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream. Cheesecake mereka ni sejuk dan sangat pejal tak macam cheese cake biasa di luar sana. Juga minuman hari tu Maha order Smoothies Apple of my Eye dan juga Mocktails St. Berries. Dua-dua ni sangat segar dan menyegarkan lepas makan semua yang bercheese kat sini.
Burnt Cheesecake with Vanilla Ice Cream - RM25
Smoothies Apple of my Eye (RM22.00) dan Mocktails St. Berries (RM25.00)
Bagi Maha suasana dalam restoran Atlas Pizzeria ini sangat selesa dan juga korang akan berada di suatu restoran luar negara tapi masih boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia. Semua tukang masak kat sini adalah muslim jadi korang tak perlu risau untuk makan sebab masa Maha datang tu pun ramai juga yang datang makan sini.
Restoran ini buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam jadi boleh lah untuk makan tengah hari, minum petang atau juga makan malam kat sini semua ada. Selamat menjamu selera semua dan nanti dah datang cuba jangan lupa tag Maha ok kita tengok selera korang pula macam mana yer.
Info dan promosi lain boleh layari : Laman web : http://www.atlasgourmet.com.my/pizzeria.phpFacebook : https://www.facebook.com/AtlasGourmetMarketInstagram : https://www.instagram.com/atlasgourmetmarket
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4.5/5Kesedapan : 4.5/5Harga : 4/5
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/04/dari-adunan-hingga-ke-sos-semua-buatan-sendiri-atlas-pizzeria.html