Dari 7 30am Sampai 1 30pm Terkunci Dalam Van Kanak Kanak 2 Tahun Akhirnya Meninggal Dunia


Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta selama hampir 10 jam.
Kanak-kanak perempuan itu tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Petani, Khamis lepas yang hanya disedari bapanya, seorang pemandu lori selepas dia habis bekerja.
Kes seperti itu bukanlah pertama kali terjadi kerana pada Februari lepas, seorang bayi berusia sembilan bulan ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Kuantan.
Namun kali ini kejadian serupa berlaku di Thailand. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma.

Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat di Thailand mengesahkan kematian Thanakit Yodmanee akibat kegagalan beberapa organ.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada 11 Ogos selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian belakang van di pusat perkembangan kanak-kanak di wilayah Phibun.
Dia dilaporkan terkunci dalam van itu dari jam 7.30 pagi hingga sekitar 1.30 tengah hari.
Para doktor memaklumkan usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak lelaki itu gagal selepas hati dan ginjalnya berhenti berfungsi.
Ibu bapanya membenarkan pihak hospital menghentikan mesin sokongan hayat dan kematian Thanakit disahkan pada jam 5.20 petang.
Susulan itu, polis telah menahan dan akan mendakwa seorang guru dan seorang pemandu van dengan tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.
Seorang pegawai perubatan yang juga penulis buku “Cakar Ayam Seorang Doktor”, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi sembilan tip bagi mengelak kes terlupa anak dalam kereta yang dikongsi di laman Facebooknya tidak lama dahulu.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blind spot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ketiga. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda, contohnya beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Boleh layari internet dan lihat aplikasi mana yang sesuai dengan anda.
9. Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder (Settings>Reminders>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Sumber: Astro Awani

The post “Dari 7.30am Sampai 1.30pm Terkunci Dalam Van” Kanak-Kanak 2 Tahun Akhirnya Meninggal Dunia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dari-7-30am-sampai-1-30pm-terkunci-dalam-van-kanak-kanak-2-tahun-akhirnya-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usai Kerjakan Salat Subuh Dokter Yang Terkena Virus Corona Ini Akhirnya Meninggal Dunia

Usai Kerjakan Salat Subuh Dokter Yang Terkena Virus Corona Ini Akhirnya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 430 hits
Keluarga besar Ikatan Dokter Indonesia kembali diselimuti duka Adnan Ibrahim seorang dokter ahli penyakit dalam di Kota Makassar meninggal dunia akibat terkena virus corona Adnan menjalani perawatan selama dua pekan sebelum mengembuskan nap...
Dengar Jeritan Orang Awam Budak 7 Tahun Meninggal Dunia Jatuh Dari Tingkat 4

Dengar Jeritan Orang Awam Budak 7 Tahun Meninggal Dunia Jatuh Dari Tingkat 4

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 340 hits
Malam tadi seorang budak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat di sebuah flat Kejadian berlaku di Batu 2 Jalan Tuaran kira kira pukul 8 30 malam semalam dan mangsa dikatakan baru saja berusia tujuh tahun Nenek mangsa ya...
Tukang Tebang Pokok Berusia 68 Tahun Meninggal Dunia Secara Tiba Tiba Di Atas Pokok Berketinggian 30 Meter

Tukang Tebang Pokok Berusia 68 Tahun Meninggal Dunia Secara Tiba Tiba Di Atas Pokok Berketinggian 30 Meter

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 534 hits
Ajal boleh menjemput bila bila masa sahaja Seorang penebang pokok di Rembau difahamkan tiba tiba terkulai kaku di atas pokok bidara setinggi 30 meter Mangsa Awaludin Kaman yang berusia 68 tahun pada jam 3 00 petang pada ketika itu difahamka...
Main Game Berhari Hari Remaja 16 Tahun Diare Hingga Meninggal Dunia

Main Game Berhari Hari Remaja 16 Tahun Diare Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 347 hits
Semua kegiatan yang dikerjakan terlalu berlebihan dapat memberikan dampak yang tidak baik bagi tubuh tak terkecuali saat bermain game Hal itulah yang dialami oleh remaja 16 tahun asal Andhra Pradesh India Ia dilaporkan meninggal dunia setel...
Innalillahi 3 Pemuda Palestina Meninggal Dunia Usai Diberondong Peluru Tentara Israel

Innalillahi 3 Pemuda Palestina Meninggal Dunia Usai Diberondong Peluru Tentara Israel

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 241 hits
Insiden kekerasan yang melibatkan tentara Israel kembali terjadi di perbatasan antara Palestina dan Israel Angkatan Bersenjata Israel dikabarkan telah memberondong tiga orang pemuda Palestina di jalan raya pemukiman Yahudi Tepi Barat Palest...
Gayus Tambunan Mafia Pajak Dikabarkan Meninggal Dunia Ini Fakta Sebenarnya

Gayus Tambunan Mafia Pajak Dikabarkan Meninggal Dunia Ini Fakta Sebenarnya

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 276 hits
Belakangan ini beredar kabar terpidana kasus pajak Gayus Tambunan meninggal dunia di Jayapura Papua Namun hal ini langsung dibantah Kementerian Hukum dan HAM Jawa Barat Menurut Kepala Divisi Pemasyarakatan Kanwil Kemenkumham Jawa Barat Abdu...
Pemain Gitar Profesional Eddy Wan Othman Meninggal Dunia

Pemain Gitar Profesional Eddy Wan Othman Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 910 hits
Ridzuan Abdul RahmanPEMAIN gitar profesional Eddy Wan Othman meninggal dunia tengah malam tadi dipercayai terkena renjatan elektrik Berita sedih ini dimaklumkan oleh abangnya Wan Razmie Wan Othman menerusi Facebook Dukacita dimaklumkan baha...
Innalillahi Pembimbing Roger Danuarta Ustadz Insan Mokoginta Meninggal Dunia Saat Sholat

Innalillahi Pembimbing Roger Danuarta Ustadz Insan Mokoginta Meninggal Dunia Saat Sholat

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 702 hits
Kabar duka datang dari Keluarga dan Kerabat Ustadz Insan Mokoginta Pembimbing Roger Danuarta saat masuk Islam diketahui meninggal dunia saat menjalankan ibadah sholat Diketahui Dai sekaligus kristolog tersebut meninggal dunia pada Kamis mal...
Kecelakaan Di Cipali Empat Orang Dikabarkan Meninggal Dunia Dan Dua Luka Berat

Kecelakaan Di Cipali Empat Orang Dikabarkan Meninggal Dunia Dan Dua Luka Berat

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 225 hits
Korban dibawa ke RS Mitra Plumbon untuk yang luka luka sedangkan yang meninggal dunia ke RS Arjawinangun
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus