Dapur Fieza Sani Yeo S Yeogurt Orange Smoothies
Selalu k.fiezz share resipi masakan je, kan.. Ni nak share resipi Smoothies pulak..smoothies ni k.fiezz guna Yeo's Yeogurt..sebab yogurt kan elok utk penghadaman.. Korang kalau ada masalah bertemujanji dgn Mr.T, sila cuba yogurt.. Confirm lawas..terus k.fiezz cari sekotak Yeo's Yeogurt perasa oren...yummmmy...tazabarrr nak cuba...
Selalu nampak produk Yeo's ni kat pasaraya jadi jenama dia tu memang dah dikenali dan ramai bagi feedback rasa Yeo's Yeogurt ni sedap..dan boleh di nikmati setiap hari tanpa was-was. Jadi walaupun hari kita yang sentiasa sibuk duaplohempatjam ni tapi kesihatan tetap kena utamakan dengan nikmati Yeo's Yeogurt yang berkhasiat serta bagus untuk perut kita...
Maklum la sejak dah berusia ni,kan k.fiezz memang menitik beratkan gaya hidup yang sihat, tahu pula Yeo's Yeogurt ni dirumus khas buat kita yang pentingkan kesihatan ni.
Kandungannya pula kaya dengan susu & asid laktik, menambahkan lagi faktor kebaikannya untuk sistem penghadaman badan kita.. Maklum la kita ni kadang makan macam-macam..bila dah makan, kena la buang..kang segala toksin dalam badan ada dalam badan..tapi bila dah makan macam-macam ni, ada masalah pula part membuang ni..Jadi Yeo's Yeogurt boleh bantu masalah ni..Selain ia juga merupakan sumber protein dan yang penting tak ada sebarang pengawet tambahan..
Yeo's Yeogurt ni terdiri dari pelbagai rasa seperti Asli, Anggur, Oren, Mango, Laici & Epal Hijau. Untuk resipi smoothies ni, k.fiezz pilih perasa oren & asli serta tambahan buah-buahan..buah apa..sat gi k.fiezz share...
Korang kalau beli Yeo's Yeogurt ni, tak perlu risau tau kalau lupa nak buh dalam peti ais ke apa...Yeo's Yeogurt ni kekal segar dalam suhu bilik...
Panjang k.fiezz membebel pasal Yeos' Yeogurt ni..Dah la meh k.fiezz kongsi resipi smoothies yang dari tadi k.fiezz kata nak kongsi dengan korang...Resipi ni untuk korang yang nak cuba kelainan dengan Yeo's Yeogurt...yelah kot boring ke apa kan..cuba la buat smoothies pula...
Resipi Yeo's Yeogurt Orange Smoothies
Bahan-Bahan
Sebiji pisang (dibuang kulit) dan potong serta sejukbekukan (kalau tak nak guna ais kiub)
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Oren
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Asli
1 sudu madu (kalau nak manis, lebihkan)
Sebiji oren (dipotong kecil untuk hiasan)
Ais kiub (pilihan)
Cara Penyediaan
Kisar pisang bersama Yeo's Yeogurt Oren & Yeo's Yeogurt Asli bersama madu serta ais kiub dan dah selesai kisar, tuangkan dalam cawan / gelas ..Nak lagi best taburkan dengan potongan oren...dapnyaaa...Boleh bayang tak minum oren smoothies pas tu ada potongan oren pulak..wahhh..layannnnn.....
Kalau tak boleh nak catch up cara buat smoothies ni, boleh rujuk video k.fiezz sediakan di bawah ni cara penyediaan Yeo's Yeogurt Orange Smoothies
**Note - Untuk resipi ni k.fiezz tak sejuk bekukan pisang sebab pengisar k.fiezz jenis tahan lasak (kaca) & boleh kisar ais kiub. Kalau yang tak ada pengisar buah atau pengisar jenis biasa, boleh sejuk bekukan dulu pisang..Point bila sejukbekukan dulu pisang atau buah-buahan ni, kita tak perlu guna ais...Lagi elok benornya macam ni...korang boleh rasa fresh dari buah tu sendiri...tapi terpulang la pada cara masing-masing..Ni cara k.fiezz...
Selamat ber Smoothies dengan Yeo's Yeogurt....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2018/11/dapur-fieza-sani-yeos-yogurt-orange-smoothies.html