Tetak Isteri Hingga Mati Cebisan Jari Ditemui Di Dapur


Wartawan Sinar Harian28 Oktober 2018Mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian. - Foto PDRM (Ubah saiz teks)   KINABATANGAN - Sadis, bukan hanya ditetak di muka dan kepala, malah jari jemari wanita ini turut dipotong lalu ditinggalkan di dapur.
Itu merupakan tindakan kejam seorang suami yang dipercayai bertindak menetak dan membunuh isterinya dalam kejadian di Ladang Pintasan, Kinabatangan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, mangsa berusia 27 tahun ditemui dengan kesan tetakan di muka sebelah kiri, di bahagian atas kepala dan di bahagian belakang kepala.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata, pihaknya hanya menerima laporan pada jam 8.45 malam, semalam daripada orang awam memaklumkan bahawa satu kejadian pembunuhan berlaku di lokasi tersebut.

"Siasatan awal mendapati, mangsa baru sahaja bekerja di ladang itu lebih kurang sebulan sebagai pemungut biji sawit manakala suaminya tidak bekerja. Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan pada badan wanita itu mendapati terdapat kecederaan kesan tetakan di muka sebelah kiri, di bahagian atas kepala dan di bahagian belakang kepala.

"Pergelangan tangan kanan mangsa ditetak separuh putus manakala tiga jari tangan kanannya putus.
"Pemeriksaan di dapur rumah menemui cebisan jari-jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami.
"Pada masa kejadian jiran kiri dan kanan rumah berada di rumah namun tidak mendengar sebarang pergaduhan ataupun bunyi bising dari rumah itu," katanya.

Menurut A. Sahak, jiran-jiran wanita tersebut hanya melihat suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya pada jam lebih kurang 8 malam.

"Suspek kemudian melarikan diri ke arah sungai dan dikejar oleh beberapa anggota pengawal keselamatan ladang namun tidak berjaya ditangkap.
"Motif kejadian setakat ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham diantara mangsa dan suspek semasa keduanya mereka berada di dapur berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling.

"Mayat sudah dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat dan usaha mengesan suspek, 30an, masih diteruskan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://idahsalam.blogspot.com/2018/11/tetak-isteri-hingga-mati-cebisan-jari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Bertaburan Isteri Mati Ditetak Suami Gila

Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Bertaburan Isteri Mati Ditetak Suami Gila

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 462 hits
Ngeri bayangkan tidak cukup dengan kesan tetakan di muka kiri di atas dan belakang kepala selain pergelangan tangan kanan hampir putus cebisan tiga jari kanan yang putus turut ditemui di dapur rumah Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Berta...
Terlalu Marah Suspek Tetak Mangsa Berang Dituduh Curang Suami Tetak Isteri Sampai Mati

Terlalu Marah Suspek Tetak Mangsa Berang Dituduh Curang Suami Tetak Isteri Sampai Mati

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1018 hits
Terlalu marah suspek tetak mangsa Berang dituduh curang suami tetak isteri sampai matiSeorang wanita ditemui mati dengan kesan tetak di kepala muka dan tangan dipercayai ditetak oleh suaminya lapor Dalam kejadian jam 8 pagi Sabtu di Ladang ...
Suami Pukul Isteri Hingga Cedera Selepas Berang Kereta Calar Dalam Satu Kemalangan

Suami Pukul Isteri Hingga Cedera Selepas Berang Kereta Calar Dalam Satu Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 436 hits
Suami pukul isteri hingga cedera selepas berang kereta calar dalam satu kemalangan Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat...
2 Hari Ibu Leha Mencari Anak Hilang Sedihnya Ditemui Mati Dalam Kereta Jiran

2 Hari Ibu Leha Mencari Anak Hilang Sedihnya Ditemui Mati Dalam Kereta Jiran

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 773 hits
Walaupun perkara ini berlaku di luar malaysia tetapi boleh dijadikan iktibar kepada ibubapa diluar sana Jangan membiarkan anak bermain keseorangan diri terlalu lama Walaupun kita tahu anak kita sudah pandai membawa diri dan akan kembali ke ...
Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

Ibu Jumpa Kasut Sebelum Anak Ditemui Mati Bersama Simbol Syaitan Ayam Jantan Tanpa Kepala

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 447 hits
SEORANG gadis berumur 15 tahun telah dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolahnya push Mayatnya ditemui di dalam hutan dalam keadaan dikelilingi oleh simbol simbol syaitan dan dua ekor
Lans Koperal Ditemui Mati Ditembak Di Kepala

Lans Koperal Ditemui Mati Ditembak Di Kepala

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 269 hits
MUHAMMAD AYMAN GHAFFA 24 Oktober 2018 10 45 AM IPOH Seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian kepalanya di t
Gara Gara Isteri Selalu Ejek Orang Tiga Beranak Mati Dibunuh

Gara Gara Isteri Selalu Ejek Orang Tiga Beranak Mati Dibunuh

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 355 hits
The ReporterBengang kerap diejek dengan gelaran gajah seorang lelaki nekad menculik dan membunuh satu keluarga dalam kejadian di Deli Serdang Sumatera Utara Suspek Agus Hariyadi didakwa dibantu tiga rakannya mengikat tangan kaki dan mulut m...
Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 1264 hits
KAJANG Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir M...
Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 315 hits
Larangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di JordanLarangan Melancong Ke Tempat Yang Dimurkai Allah Seperti Laut Mati Di Jordan
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram