Dapat Kurier Bermasalah Lagi Terpaksa Request Refund
Sekarang k.fiezz nak beli apa-apa secara online, pilihan utama Tik Tok sebab penghantaran laju dan kebanyakan order k.fiezz dapat kurier J&T. K.fiezz memang suka dapat J&T ni sebab diaorang cepat. Budak kurier yang buat penghantaran kat area rumah k.fiezz pun cekap. Setiap kali lepas je hantar barang, budak kurier hantar gambar bukti parcel dah letak kat dalam kawasan rumah. Memang efisien sangat budak J&T buat kerja. Kalau dapat kurier lain pun sama juga. Diaorang pun ikut cara J&T ni.
Tapi baru-baru ni k.fiezz membeli-belah seperti biasa di Tik Tok, eh eh tetiba tengok dapat syarikat courier lain pula. Syarikat kurier yang k.fiezz tak suka pula tu sebab ada sejarah tak best sebelum ni.
Boleh baca < Servis Kurier Yang Failed >
K.fiezz malas nak mention nama kurier tu, korang boleh tengok sendiri kat screenshot bawah ni
Tapi lepas dah pick up parcel dari seller, tengok dalam sistem parcel dah bergerak..Wah nampak ada improvement di situ. Esoknya barang dah update out for delivery. K.fiezz ni tunggu lah dengan penuh kesabaran. Tak ada pun dapat whatsapp macam kurier lain, barang dah sampai. Tak apa positif je. Tunggu je lah. Sampai dah lepas waktu kerja, k.fiezz dah sampai kat rumah pun tak ada kurier ni datang hantar barang. Duk berharap malam kot. Pun tak ada...Statik gitu je status dia sampai lah keesokannya.
Esok petang, status update lagi sekali barang di bawa keluar untuk penghantaran. Kat sini k.fiezz dah boleh agak ni mesti jadi macam haritu juga. Buat syarat je diaorang ni update dalam sistem.
Dan syak k.fiezz tu tak meleset sebab memang tak berhantar pun barangnya. Kalau ikut tempoh untuk terima barang antara 21 - 23 November 2023. So kejadian yang kurier ni bawa keluar dari 21 - 22 November..Esoknya 23hb, tak kuasa k.fiezz nak tunggu. Terus k.fiezz minta refund di tik tok ni.
Sebab k.fiezz buat refund di Tik Tok ni untuk suruh seller buat kerja sikit push courier.
Sebelum k.fiezz buat ni, 22hb sis dah cuba contact & email syarikat courier ni tapi tak ada jawapan. Siap isi borang aduan diaorang lagi kat dalam website. Aihhh musykil sis, diaorang ni beroperasi ke tidak. Telefon tak berjawab. Email ataupun response dari aduan k.fiezz tu pun tak ada.
CARA REFUND DI TIK TOK
So apa lagi, k.fiezz pi kat senarai order. Cari order k.fiezz yang menggunakan kurier itu..Klik request refund.
Alasan - K.fiezz beritahu parcel bawa keluar 2 hari barang untuk penghantaran tapi tak hantar pun. Bila call/email tak ada jawapan. Jadi kalau kurier nak simpan barang tu persilakan tapi bayar balik duit saya (dialog dalam salah satu filem P.Ramlee..hehe..Tak ingat tajuk)..
Ni alasan yang k.fiezz bagi dalam borang untuk refund..
Ada 2 barang k.fiezz yang guna kurier ni..Ni no.satu.
Ni no.dua.
Tapi seller reject yea sebab katanya masih dalam tempoh untuk penghantaran iaitu 21 - 23 November 2023...Dan diaorang dah push courier untuk hantar barang dengan segera..Seller ada bagi screenshot tracking dari pihak kurier..Malas k.fiezz nak reply. Lantakkan di situ. Dalam petang semalam pukul 1 lebih, tengok dalam sistem lagi sekali update out for delivery..Ermmm entah iya ke idak berhantar tu..
K.fiezz buat appeal kat Tik Tok pasal kes ni.
Tapi sama juga kena reject sebab masih dalam tempoh untuk penghantaran iaitu 21 - 23 November 2023..Tik Tok bagi kupon RM4.20 sebab servis penghantaran yang lambat.
Tracking semalam dalam sistem Tik Tok, dua-dua barang k.fiezz yang gunakan kurier *&*^$#&* ni di bawa keluar untuk kali ke-3.
K.fiezz ni tunggu punya tunggu punya tunggu sampai ke malam, haram bayang kurier tutttt tu pun tak sampai kat depan rumah.
Tak tau lah diaorang ni buat servis kurier macamana. Orang nak buat syarikat kurier, dia pun nak juga tapi servis haram ke laut dalam..
NAK BUAT REFUND LAGI NANTI
K.fiezz biarkan lagi beberapa hari baru buat refund lagi sekali. Buat semalam katanya masih dalam proses penghantaran jadi kena reject. Ni biarkan dulu beberapa hari bagi lepas tarikh penghantaran tengok seller nak cakap apa?Dia confident jawab mesej kurier akan hantar cepat. Padahal hampeh dot com..
Mood excited k.fiezz nak dapat barang ni dah jadi tak excited sebab tahap lembab kurier hampeh dot com ni..2x dah k.fiezz kena dengan kurier ni..Sekarang nak beli kat Tik Tok jadi seremm plak..Tapi ada k.fiezz beli juga barang lain kat Tik Tok, so far dapat courier J&T dan Flash. Legaaa.. Semalam keluar notification kat TT suruh bagi rating courier untuk order k.fiezz yang bermasalah ni. K.fiezz bagi 1 je lepas tu k.fiezz tulis "kurierr tottttt is the worst courier ever. tq'. Ambik kat situ. Geram sangat dah..Sis ni bukan lah kejam sampai nak tutup periuk nasi orang lain tapi dah servis macam ni, tak ada pilihan...Terpaksa complaint. Tak boleh nak positif..
Kejap lagi time lunch k.fiezz nak cuba usya 2 barang yang k.fiezz beli ni kat luar..Sakit hati duk tunggu barang yang entah sampai atau tidak bila kurier servis perangai macam hampeh ni.
Pssttt - Tolong lah kalau yang berhajat nak buka syarikat kurier ni, pastikan latih staff untuk bekerja dengan cekap dan bagi servis terbaik pada pelanggan. Pelanggan ni yang menilai tau syarikat akan bertahan ke tidak. Kalau macam ni, elok-elok dah dapat kontrak dengan Tik Tok tapi sebab servis outtt memang bagi rating ke laut lah sebab servis pun ke laut dalam..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/11/Dapat-Kurier-Bermasalah-Lagi-Terpaksa-Request-Refund.html