Dah Dapat Refund Dari Tiktok Tapi Barang Pun Sampai



Entry ni sambungan dari > DAPAT KURIER TAK BEST. Kisahnya k.fiezz beli 2 barang dari Tik Tok shop & dapat kurier tak berapa nak perform sebabnya berhari-hari dalam sistem barang bawa keluar tapi tak hantar-hantar. Sampai dah give up k.fiezz tunggu, penyudahnya sis terpaksa minta refund dari Tik Tok lepas dah melebihi tempoh dari tarikh untuk penerimaan barang yang sepatutnya. 
K.fiezz minta refund dari Tik Tok 24hb , esoknya dapat call dari Tik Tok yang permohonan refund k.fiezz diluluskan lepas pihak tik tok berpuas hati dengan bukti yang k.fiezz beri sekali dalam permohonan. 
REFUND DARI TIK TOK DILULUSKAN
Sebenarnya k.fiezz memang nak barang yang di beli tu, bukan saja-saja order tapi bila tengok tak ada komitmen dari pihak kurier yang tak bersungguh untuk hantar, nak tak nak sis minta refund je lah. Susah sangat.  
Ada 2 barang yang k.fiezz dapat guna kurier ni tapi k.fiezz apply untuk satu ni je dulu. Satu lagi, k.fiezz tunggu juga dan bagi masa lebih sikit. 




Lepas dapat call dari Tik Tok, tengok dalam notification refund diluluskan. Duit tak terus masuk, ambil masa 3-14 hari baru masuk semula dalam bank ikut cara pembayaran masa beli barang ni. Tak apa lah janji dapat semula refund. 

Mesej dari pihak Tik Tok & dapat baucer RM6 juga.

BARANG SELAMAT SAMPAI
Lepas dah dapat kelulusan untuk refund dari TikTok ni, k.fiezz buat tak tahu je lah barang yang tak sampai-sampai lagi tu. Malas nak berharap dah. Lagipun k.fiezz dah order yang lain. Duk expect barang yang tak sampai-sampai ni dah hilang atau rosak tapi dalam sistem pihak kurier tetap duk update out for delivery sebab entah lah mungkin diaorang lagi tahu sebabnya.

Tapi hari Ahad, 26hb tetiba dapat whatsapp dari kurier itu barang k.fiezz dah sampai depan rumah. Whattt!!!Seriusly terkejut sis. Laaa hantar juga lah ingat kan nak duk main-main update entah berapa lama barang bawa keluar tapi tak hantar-hantar. 



Dua-dua barang k.fiezz yang guna kurier itu, selamat sampai kat tangan dalam keadaan elok. Tak ada rosak ke apa. Masa kurier hantar ni, k.fiezz tanya kenapa sampai 6 hari berturut bawa keluar tapi hantar-hantar pun. Dia cakap 'not enough manpower'..Ermmm..Malas nak komen. Tapi kurier tu ada mention lah minta maaf.


Selepas 6 hari berturut bawa keluar, 26hb baru lah barang di hantar. Ermmm.


Refund k.fiezz pula dah lulus & dalam proses pembayaran. K.fiezz ada call tik tok beritahu barang ni dah dapat. Macamana nak cancel untuk refund. Pihak tik tok cakap tak boleh nak cancel sebab dah dalam proses untuk pembayaran. Diaorang beritahu boleh buang barang tu..Errr memang tak lah sis nak buang sebab macam sis beritahu awal tadi, sis beli sebab memang nak guna barang ni..Tapi bila pihak kurier buat main, hantar tak hantar barang itu yang menimbulkan kemarahan. 
BAYAR PADA SELLER
Ater macamana nak buat ni. Takkan tak bayar pula kan. Barang makan ni weiii..Udah lah k.fiezz amalkan ni untuk salah satu usaha ttc. Tak berkat pula usaha k.fiezz ni ...Mr hubby suruh k.fiezz contact seller cakap nak bayar direct sebab yang order dari Tik Tok ni dah cancel & dapat refund dari TikTok. Selain dari tak berkat makan benda tak berbayor, lagi satu tak nak lah pihak seller atau TikTok ingat sis ni nak benda free pula.

Mula k.fiezz mesej seller kat TikTok, tak ada jawapan. K.fiezz google cari nama kedai ni. Dapat no telefon. K.fiezz call & beritahu nak buat pembayaran secara direct sebab ada masalah penghantaran dari pihak kurier sampai dapat refund dari TikTok. Mula kedai ni minta screenshot dulu order yang dari TikTok untuk diaorang semak. Lepas dah buat pengesahan baru pihak diaorang bagi nombor akaun untuk buat pembayaran. 
Lepas buat bayaran, pihak kedai minta hantar slip bayaran kat whatsapp. 
Aihhh kurier ni kan buat kita yang jadi banyak kerja..Yalah tak expect nak minta refund dari TikTok suka-suka tapi udah kurier tak nak buat kerja..Sampai berhari-hari tak hantar barang, apa cerita..Idak kita sebagai customer ni minta refund je lah..Betul tak.

Kalau korang kat tempat k.fiezz, apa tindakan korang. Sama ke macam sis atau korang tunggu je dengan sabar..K.fiezz ni sampai minta refund sebab expectation sis, kurier memang tak hantar barang ni sampai ke sudah..Senang cerita, barang hilang lah..Itu yang malas nak berharap dah lepas lebih 3 hari barang masih tak hantar..

Psstt - Sis memang penyabar tapi bila kes macam ni, memang sis jadi pemarah lerrr..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/11/Dah-Dapat-Refund-Dari-TikTok-Tapi-Barang-Pun-Sampai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maison Kitsun X Samsonite Koleksi Bagasi Chic Tapi Klasik

Maison Kitsun X Samsonite Koleksi Bagasi Chic Tapi Klasik

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 140 hits
Saya penggemar hitam putih selain baju dan seluar aksesori pilihan saya juga banyak datang dalam warna yang sama Jadi bila melihat koleksi Maison Kitsun x Samsonite hati saya terus berkata I love it Tambahan pula hadir dalam warna monokrom ...
Polemik Makanan Sehat Cegah Stunting Di Depok Dianggarkan Rp4 7 M Tapi Menunya Super Hemat

Polemik Makanan Sehat Cegah Stunting Di Depok Dianggarkan Rp4 7 M Tapi Menunya Super Hemat

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 150 hits
DPRD mempertanyakan penggunaan dana miliaran tersebut dan membandingkannya dengan menu yang disajikan
Umur Anak 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Ini Yang Mak Ayah Perlu Buat

Umur Anak 2 Tahun Tapi Masih Tak Bercakap Ini Yang Mak Ayah Perlu Buat

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 198 hits
Bila anak sudah masuk dua tahun pastinya mama papa sudah mula risau anak masih tak bercakap Sebenarnya memang patut mama papa risau bila anak dah cecah usia dua tahun Walaupun masih belum boleh bercakap lancar anak pada usia ini sepatutnya ...
Hiburan Mawar Rashid Kongsi Gambar Selfie Baru Tapi Ramai Netizen Perasan Sesuatu Kenapa Dia Nampak Macam

Hiburan Mawar Rashid Kongsi Gambar Selfie Baru Tapi Ramai Netizen Perasan Sesuatu Kenapa Dia Nampak Macam

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 276 hits
Sejak mengumumkan dirinya kembali tidak memakai hijab apa sahaja hantaran dimuat naik oleh Mawar Rashid pasti meraih perhatian dan banyak komen daripada warganet Terbaru isteri kepada Raf Yaacob itu ada memuat naik beberapa keping gambar di...
10 Amalan Mudah Di Dunia Tapi Mampu Memberi Syafa At Di Akhirat

10 Amalan Mudah Di Dunia Tapi Mampu Memberi Syafa At Di Akhirat

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 256 hits
10 Amalan Mudah di Dunia Tapi Mampu Memberi Syafa at di Akhirat Semalam dengar sikit pasal amalan sunnah yang selalu Nabi s a W buat salah satunya baca Al Quran dan ustaz sebut pasal syafa at Definisi syafa at Dari segi bahasa syafa at berm...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti