Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua


Encik suami nak derma darah sebab dah sampai masanya. Dah lebih 3 bulan dari kali terakhir derma darah. Nak derma darah waktu siang tak boleh, sebab berpuasa. Boleh derma waktu malam je.

Sebelum ni encik suami pernah derma darah waktu malam bulan Ramadan di Pusat Derma Darah Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). Tapi macam pelik pula bulan Ramadan haritu tak dibuka. Dia buat versi mobile. Tak silap masa tu di Masjid Sendayan. Jauh pula.

Selepas beberapa hari tu, nampak iklan Kempen Derma Darah Malam Ramadan 2025 di facebook page Pusat Derma Darah HTJ. Sebelum balik kampung beraya, moh doreh derma darah dulu.


Saya ni konon nak teman je. Niat tu memang nak derma darah juga tapi sebelum ni dah berkali-kali cuba tak lepas. Tekanan darah tu tinggi. Tahun lepas je 3 kali saya cuba nak derma darah tapi gagal. 
Tak tahulah kenapa tekanan darah/ blood pressure (BP) tu tinggi. Kita ni bukan ada darah tinggi. Terpaling berdebar barangkali.

Lepas dah gagal 3 kali tu, saya pun dah berputus asa sebenarnya. Tapi saya bawa je buku merah sijil derma darah tu. Kotlah ada keajaiban di malam Ramadan. Tiba-tiba boleh derma darah pula kan.

Nervous tu tetap ada. Isi borang je lah. Lepas tak lepas lain cerita. Yang penting niat kita ikhlas nak derma darah tu ada.


Selesai isi borang, ke kaunter semak hemoglobin (Hb) darah. Okay lepas. Bab Hb ni saya tak risau sebab tak pernah gagal. Lulus je.

Dah lulus, jom masuk ke dalam selesaikan urusan pendafataran pula. Kita dah berdebar nak jumpa doktor. Risau BP tinggi. Teringat kata-kata yang semak Hb tadi, nak derma darah kena tenang-tenang je kak.

Yolah. Kita ni sehabis baik nak bertenang. Tapi nak juga berperang dengan nervous. Tenang...tarik nafas, lepass...fuhhh...

Sampai giliran saya jumpa doktor, awal-awal lagi saya cakap dengan doktor. BP saya memang tinggi kalau check di hospital ke mana-mana ke. Tapi di rumah normal je. Saya memang jenis cepat panik gitu. Doktor kata saya ni mungkin ada white collar syndrome.

White collar syndrome tu jenis orang yang tekanan darah dia tinggi bila jumpa doktor atau petugas kesihatan. Asal nak check BP je tinggi terus. Begitulah secara ringkasnya. Sedangkan kalau di rumah BP normal.

Doktor check BP saya untuk kali kedua. Dia kata kalau turun bacaan tu, boleh derma darah. Alhamdulillah bacaan BP turun. Fuhh...lega ya amat. Mungkin sebab doktor cakap macam tu jadi kuranglah sikit rasa berdebar dia.

Seronok betul dapat derma darah. Sekali bila dapat derma darah, doktor kata nak ambil banyak sikitlah 450ml. Sebelum ni 300 ml je. Sebab masa tu pertama kali derma darah.

Kali kedua ni ambil lebih sikit alang-alang dah lulus menderma. Seram sejuk juga sebenarnya. Kita perhati je nurse buat kerja dia. Letak bius, cucuk jarum


Lengan kena lurus, jangan bengkok. Sambil tu pam tangan supaya senang darah keluar mengalir. Tak sampai 5 minit penuh lah beg darah. 

Lepas derma darah rehat kejap sementara tunggu encik suami siap derma darah. Jauh jauh pula kami dapat tempat. Saya dalam bilik, dia dekat luar. Waktu berehat ni biasanya nurse bagi 5 minit je atau rasa dah okay boleh je bangun. 
In case kalau berpeluh tu kena rehat lama sikit. Risau pengsan je. Minum air bagi bagi ada tenaga.

Saya dapat tempat yang air cond dia kuat, sejuk rasa tenang sikit. Tak gelabah nak berpeluh. Tak ada rasa pening ke nak pitam ke. So far so good.

Usai urusan kami berdua derma darah, terus menuju keluar dan ambil hadiah yang diberikan. Masa daftar tadi ada diberikan nombor. Nombor tu adalah nombor giliran merujuk kepada bilangan jumlah penderma yang datang. 
Kami penderma dalam lingkungan penderma ke 51-100. Dapatlah hadiah-hadiah ni yang diletakkan dalam woven beg yang kami terima. 

Siap pakej bergambar sekali di pentas yang disediakan. Untuk dua hari kempen ni ada disediakan sekali hidangan untuk berbuka puasa. Penderma awal-awal lagi menarik hadiahnya. 

Ikut kebiasaaan derma darah ni dapat air minuman, air mineral atau air kotak. Makanan dapat roti atau biskut. Ini kali meriah hadiahnya. Daripada hadiah yang kami dapat, macam banyak sumbanga daripada Penaja Big Pharmacy dan Mawar Medical Centre
Woven beg Mawar Medical CentrePelindung matahari kereta Mawar Medical CentreSijil penderma darahMakanan & minuman ringanset kutleriIni yang bestnya kalau sertai kempen derma darah. Kita bukanlah nak aim hadiah je. Itu buat rasa seronok menderma je. Yang penting niat derma darah tu nak membantu. Kita ni darah O, rugi rasa kalau tak dapat menderma. 
Kalau tak kerana halangan, mesti dah banyak kali saya dapat derma darah. Adalah hikmahnya tu. Syukur juga masa menderma tu saya dah sihat. 
Sekali bila dapat menderma, alangkah seronoknya rasa. Semoga dengan usaha kita menderma darah dapat membantu dan menyelamatkan mereka yang memerlukan. Bekalan darah pun semakin berkurang di hospital

Sekurang-kurangnya 3 nyawa dapat kita selamatkan. Badan kita pun jadi lebih cergas sebab sel darah merah baru akan terhasil. Selain itu, secara tidak lansung dapat membakar sekurang-kurangnya 650 kalori pada satu sesi derma darah. 
Dengan menderma darah juga dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser. Banyak lagi kebaikannya dari segi kesihatan. 
Encik suami dah 38 kali. Saya baru dua kali. Jadilah kan, dari tak ada lansung. Pastikan sihat tubuh badan, berat yang mencukupi, makan berat sebelum menderma dan memenuhi syarat-syarat untuk derma darah. Jom derma darah


Sayu pula tengok permandangan ni. Semoga diberi kesembuhan kepada mereka yang menghuninya dan dipermudah segala urusan petugas-petugas. Aamiin...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/04/dapat-juga-derma-darah-kali-kedua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 212 hits
Memang pahit tetapi tidak semua orang boleh selesaikan masalah dalam hubungan mereka Setelah melalui pasang surut cinta pelakon kelahiran Malaysia Stephenie Lim Mei Zhen umumkan perceraiannya dengan pelakon Sun Xing buat kali kedua Stepheni...
Ini Kali Ketiga Anwar Dijangka Sambung Lagi Kontrak Azam Baki Enam Bulan

Ini Kali Ketiga Anwar Dijangka Sambung Lagi Kontrak Azam Baki Enam Bulan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 140 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam Baki walaupun ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu terus berdepan tuduhan melakukan pendakwaan terpilih dengan menyasarkan ahli ...
Grafik Nintendo Switch 2 10 Kali Ganda Lebih Baik Ada Ray Tracing Amp Dlss

Grafik Nintendo Switch 2 10 Kali Ganda Lebih Baik Ada Ray Tracing Amp Dlss

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 107 hits
Nintendo Switch 2 yang dilancarkan baru baru ini merupakan peningkatan besar daripada segi prestasi grafik memberikan pengalaman permainan jauh lebih realistik kepada pemain di seluruh dunia Konsol ini dikuasakan cip pemproses khas NVIDIA y...
Askar Mengaku Tak Bersalah Tumbuk Wanita Dalam Kereta Axia Dua Kali

Askar Mengaku Tak Bersalah Tumbuk Wanita Dalam Kereta Axia Dua Kali

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 124 hits
Seorang askar berumur 35 tahun mengaku tidak bersalah di dalam Mahkamah Majistret Seremban Negeri Sembilan atas tuduhan memukul seorang wanita pada bulan lalu var currentUrlTwo window location hostname window location pathname console l
Dulu Tiap Kali Kencing Kotor Saya Mesti Minum Air

Dulu Tiap Kali Kencing Kotor Saya Mesti Minum Air

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 183 hits
Setiap kali saya hamil dan mengalami masalah kencing kotor air barli jadi penyelamat Alhamdulillah setelah minum rasa pedih hilang dan kencing jadi lancar semula Air barli juga sangat membantu ketika saya berdepan dengan morning sickness Bi...
Family Staycation Indonesia Percutian Kami Sekeluarga Ke Bandung Indonesia Buat Pertama Kali Teruja Sangat

Family Staycation Indonesia Percutian Kami Sekeluarga Ke Bandung Indonesia Buat Pertama Kali Teruja Sangat

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 170 hits
Assalamualaikum Finally sampai juga kami ke Indonesia pada penghujung tahun 2024 Catatan perjalanan dan percutian untuk kali ini amatlah panjang dan segala kenangan Fiza akan tulis kat blog nie Harap korang tak jemu baca yer nbsp Pelepasan ...
Beli Barangan British Bila Malaysia Cakap Cukup La Kami Bukan Negara Kelas Kedua

Beli Barangan British Bila Malaysia Cakap Cukup La Kami Bukan Negara Kelas Kedua

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 142 hits
Buy British Last Bila Malaysia Cakap Cukup La Kami Bukan Negara Kelas Kedua Tahun 1981 Malaysia baru sahaja mendapat Perdana Menteri ke 4 Tun Dr Mahathir Mohamad Tapi hubungan Malaysia Britain masa tu tegang Kenapa Waktu tu kerajaan British...
2 Kali Ganda Lebih Ramai Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak Makin Membimbangkan

2 Kali Ganda Lebih Ramai Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak Makin Membimbangkan

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 169 hits
Statistik menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental dan kadar ini telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019 Sebagaimana menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 Pe...
Tamat Dengan Rating Tinggi Lee Jehoon Berharap The Art Of Negotiation Akan Ada Musim Kedua

Tamat Dengan Rating Tinggi Lee Jehoon Berharap The Art Of Negotiation Akan Ada Musim Kedua

papar berkaitan - pada 14/4/2025 - jumlah : 161 hits
Selepas 12 episod drama The Art of Negotiation telah pun melabuhkan tirainya Artikel Berkaitan Susulan itu Lee Je hoon telah terlibat dalam satu temu bual di mana dia meluahkan harapannya untuk musim kedua drama tersebut Katanya Dalam episo...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu