2 Kali Ganda Lebih Ramai Isu Kesihatan Mental Kanak Kanak Makin Membimbangkan


Statistik menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, dan kadar ini telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019.
Sebagaimana menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan, beban masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dari kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding mereka yang berada di luar bandar.
Laporan Institut Kesihatan Umum itu, yang diterbitkan pada 2024, mendedahkan bahawa 46 peratus kanak-kanak mempunyai masalah dengan rakan sebaya, 25 peratus mempunyai masalah tingkah laku, 17 peratus mempunyai masalah emosi dan lapan peratus mempunyai masalah hiperaktif manakala lebih ramai kanak-kanak perempuan mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki.
Gambar sekadar hiasan Kajian itu membabitkan 2,400 kanak-kanak berumur lingkungan lima hingga 15 tahun dan maklumat dikumpul daripada ibu bapa atau penjaga responden.
Memetik laporan Bernama, Pensyarah Kanan merangkap Ahli Psikologi Klinikal Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hilwa Abdullah @ Mohd Nor berkata, impak pandemik Covid-19 yang memaksa masyarakat ‘berkurung’ di rumah memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ketika ini.
Beliau berkata, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terjejas dari segi emosi terutama apabila berdepan perubahan gaya hidup kerana mereka masih muda dan mempunyai batasan dalam aspek mengawal emosi serta tekanan.
“Imbas kembali ketika pandemik, kita mengalami perubahan gaya hidup yang drastik iaitu batasan pergerakan serta aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian termasuk sesi pembelajaran dan kanak-kanak ini perlu menghadapi cabaran dunia maya.
“Batasan itu menyebabkan mereka tidak boleh meluahkan emosi sehingga menyebabkan kemurungan yang cenderung mencederakan diri sendiri… fitrah kanak-kanak suka bermain dan melakukan aktiviti fizikal di luar tetapi apabila mereka terpaksa duduk di dalam rumah, sebagai contoh, main permainan dalam talian dan media sosial, ini antara faktor golongan ini semakin rapuh dari segi emosi dan mereka juga tidak tahan lasak,” katanya.
Dr Hilwa berkata, pengaruh media sosial juga memberikan impak besar dan tekanan kepada kanak-kanak antaranya mereka akan cenderung membuat perbandingan sosial, fenomena FOMO (perasaan takut apabila ketinggalan daripada perkembangan semasa) serta obsesif atau penatalan kompulsif.
GAJET BERLEBIHAN 
Gambar sekadar hiasan Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Intan Farahana Abdul Rani pula berkata, antara punca masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ialah penggunaan gajet secara berlebihan.
Beliau berkata, ini mengakibatkan mereka kurang berinteraksi secara sosial dan fizikal manakala faktor lain termasuk persekitaran pendidikan yang kompetitif dengan jangkaan penjaga terlalu tinggi terutama apabila kanak-kanak tidak diberi ruang bermain atau berehat.
Dalam pada itu, katanya lagi, persekitaran keluarga yang tidak stabil termasuk konflik antara ibu bapa, perceraian atau pengabaian emosi dan trauma awal kanak-kanak kerana menghadapi kes penderaan atau kemalangan juga antara faktor masalah kesihatan mental.
“Faktor-faktor ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak dalam jangka panjang,” katanya
Dr Intan Farahana berkata, pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani isu kesihatan mental kanak-kanak dan ibu bapa perlu peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku, emosi serta tabiat harian anak-anak.
Sebagai contoh, perubahan corak tidur, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, kerap menangis atau cepat marah boleh menjadi tanda-tanda awal.
Beliau berkata saringan bagi aspek perkembangan emosi itu boleh dilaksanakan melalui Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan dari NCDRC, UPSI yang mengumpulkan data golongan berkenaan serta diisi oleh pendidik membabitkan kanak-kanak di bawah usia empat tahun. – Bernama
The post 2 Kali Ganda Lebih Ramai, Isu Kesihatan Mental Kanak-Kanak Makin Membimbangkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/2-kali-ganda-lebih-ramai-isu-kesihatan-mental-kanak-kanak-makin-membimbangkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Grafik Nintendo Switch 2 10 Kali Ganda Lebih Baik Ada Ray Tracing Amp Dlss

Grafik Nintendo Switch 2 10 Kali Ganda Lebih Baik Ada Ray Tracing Amp Dlss

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 109 hits
Nintendo Switch 2 yang dilancarkan baru baru ini merupakan peningkatan besar daripada segi prestasi grafik memberikan pengalaman permainan jauh lebih realistik kepada pemain di seluruh dunia Konsol ini dikuasakan cip pemproses khas NVIDIA y...
Mingguan Startups Mercury Valuasi Naik Lebih Dari Dua Kali Berita Lainnya

Mingguan Startups Mercury Valuasi Naik Lebih Dari Dua Kali Berita Lainnya

papar berkaitan - pada 29/3/2025 - jumlah : 205 hits
Selamat datang ke Startups Weekly sorotan mingguan tentang segala yang penting dari dunia startup Mahu dapatkan dalam inbox anda setiap Jumaat Daftar di sini Minggu ini membuktikan bahawa perakaunan kreatif bukan hanya berlaku di Hollywood ...
Pempengaruh Sinis Rakyat Malaysia Isu Boikot Betul Ke Orang Kita Dan Makin Lupa

Pempengaruh Sinis Rakyat Malaysia Isu Boikot Betul Ke Orang Kita Dan Makin Lupa

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 205 hits
Dulu beria boikot air hijau tiba tiba dah boleh minum balik dengan alasan orang lain pun dah start minum Perangai apa ni Video terbaru pempengaruh Syafiq Ahmad berjaya menarik perhatian kami kerana dilihat seolah olah sedang menyampaikan me...
4 Ditahan Miliki Lebih 50 000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak Kanak

4 Ditahan Miliki Lebih 50 000 Bahan Penganiayaan Seksual Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 156 hits
AwaniEnergy AsiaBM nbsp ENBernamaKUALA LUMPUR Empat individu termasuk seorang penjawat awam ditahan manakala lebih 50 000 bahan penganiayaan seksual kanak kanak dirampas dalam Op Cyber Guardian yang dijalankan antara 24 Feb hingga 28 Mac le...
Isu Ni Pun Nak Tunggang

Isu Ni Pun Nak Tunggang

papar berkaitan - pada 2/4/2025 - jumlah : 127 hits
Walaun Dan MACAI PNyakau bodoh yang tunggang isu ni Mai tngok sini jangn meroyan dah la Kebakaran saluran gas Syarikat Automotif Cherry Malaysia sumbangkan 50 unit kereta untuk kegunaan sementara mangsa kebakaran selama sebulan
Isu Kuil Skmm Soal Siasat 2 Pentadbir Fb Hasut Perkauman Agama

Isu Kuil Skmm Soal Siasat 2 Pentadbir Fb Hasut Perkauman Agama

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 146 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menyoal siasat dua pentadbir sebuah kumpulan Facebook berhubung kontroversi melibatkan kuil Hindu baru baru ini Pihak berkuasa itu berkata kumpulan Facebook tersebut digunakan sebagai pla...
Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

From Startup To Unicorn Status

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vince Group Raih Dana Rm 150 Juta Dari Crewstone International Buka Era Baru Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Drama Pasca Kau Pergi