Dapat Duit Raya 2020 Melalui Online Ehem


dapat duit raya 2020 melalui online (in advance) ehem.. | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Pejam celik pejam pejam celik celik.. eh eh tinggal lagi 4 hari je bulan puasa Ramadan! Ahad ni inshaaAllah kita menyambut 1 Syawal. So.. duit raya dah sedia ke belum? Dah bahagi bahagi ke belum? Haha. Duit raya kalau takde tak sah ya. Bulan Raya dengan duit raya memang tak dapat dipisahkan. Ianya bagai aur dengan tebing. Bagai saya dengan awak. Ehh hehe. Walaupun saya dah tua, dah jejak ke umur 27 tahun this 2020 year.. Tapi nak juga DUIT RAYA! Den tak kira. walaupun di-transfer online banking, den terima dengan hati dan mata yang terbuka haha.
Al maklumlah.. Bila masih single tak kahwin lagi + jadi adik bongsu dari 5 beradik yang masing masing berkerja stabil, hampir jatuh wajib dapat duit raya setiap tahun ya dari kakak kakak abang abang kak ipar abang ipar.. eventhough saya dah ada kerja sendiri + anak sedara dah ada LAPAN haha but still.. Tetap ku hulur tangan menerima money money moneyy yeah.
Rezeki jangan ditolak kan. Untung dapat adik beradik yang baik hati ni muehehee.
dapat duit raya 2020 melalui online (in advance), ehem..
For this year, saya tak ingat sangat pun pasal duit raya ni. Yelah Raya pun belum jenguk tiba kan so macam tak ambil kisah sangat.
Then minggu lepas, kakngah whatsapp inform dia dah bank in duit raya kat akaun cimb saya. And i was like.. HA?!
Tapi terkejut tu bertahan 2 saat jela. Lepastu sengih senyum sampai ke telinga hahaha.
Yelaah dapat duit raya siapa je yang tak syok kan? Lebih lebih lagi bila kita dapat time agak 'kering' and at unexpected time. Lepas kakngah, alang pula.. Katanya dah transfer duit raya online cimbclicks.
Lepas alang, kakyong pula bagi! Fuh.. Memang duit raya 2020 in advance ni. Tak sampai 27 Ramadan lagi tapi dah merasa duit raya.dapat duit raya 2020 melalui onlinedapat duit raya 2020 melalui onlinep/s: amount berapa dapat tu dirahsiakan ya hahaha.
Yang si abangder pula bila dah tengok si kakngah kakyong alang dah bagi siap siap duit raya 2020 awal awal.. Dia pesan kat saya "don't worry. Nanti der bagi". Hahahaa.
Sebelum ni tak pernah pernah dapat duit raya melalui online.. Tahun ni baru merasa. Feeling gembira tu sama je. Cuma obviously laa, kalau dapat face to face lagi best dan lagi seronok. Bersalam-salaman, bermaaf-maafan, hug kisses muah muah pipi di pagi Raya.. Lebih bermakna memori yang dicipta.

Tetapi apakan daya kan..
Musim PKP ni tak dibenarkan merentas negeri. Nak beraya sama sama memang harapan tinggal kenangan lah. Tapi bagus pun buat macam tu demi mengelakkan mudarat dan demi memutuskan rantaian covid-19 di Malaysia.
Kalau ikut perancangan, tahun ni adik beradik and family semua berkumpul beraya kat rumah ni. Dengan umi abi.
Kami semua dah siap beli baju raya sedondon (yang perempuan). Shopping sama sama cari kain ela haritu. Punya semangat nak raya sama tahun ni. Tu yang agak terkilan dan sedih tak dapat nak berkumpul sama Syawal ni.
Its okay. Kita merancang, Allah pun ada perancangan dan we all know that His plan lebih baik dan ada hikmahnya.
InshaaAllah moga tahun depan tiada lagi wabak virus corona covid 19 dan seangkatan dengannya. Moga kita semua dapat raikan Raya bersama sama dengan keluarga tersayang Aamiin.
Tahun ni juga, nampaknya tak laku lah my entri Tarikh Tukar Duit Raya di Bank, Cara Tukar Duit Raya Baru di Mesin ATM Maybank dan entri Bonus Raya Untuk Penjawat Awam hehee.
Last but not least..
Pada sesiapa nak beri saya duit raya, saya boleh bagi nombor akaun CIMB & Maybank saya kahkahhh.
Okay hambar sayidah hambar.
Till next time, daa~ wassalam! :)
BACA JUGA:Contoh ucapan, cara 'halus' berkias elak tetamu datang beraya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2020/05/dapat-duit-raya-2020-melalui-online-in.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Projek Kuih Raya 2020 Resipi Popiah Nestum Sedap

Projek Kuih Raya 2020 Resipi Popiah Nestum Sedap

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 774 hits
Projek Kuih Raya 2020 Resipi Popiah Nestum Sedap Assalamu alaikum Ini projek tahunan The Ilhams at least kena ada sejenis kuih raya buatan sendiri setiap tahun Diorang macam biasalah
Selamat Hari Raya 2020

Selamat Hari Raya 2020

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1085 hits
Kami barisan pentadbir SMK Segambut mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Kami staf SMK Segambut mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1931 hits
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri JAIS Teks Khutbah Raya 2020 Ringkas Lengkap Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Ye esok Raya InshaaAllah jika diizinkan Allah dapat kita menyambut hari lebaran Eidul Fitri 1 Syawal 1441H 24 M...
Berbeza Namun Bermakna Raya 2020

Berbeza Namun Bermakna Raya 2020

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 465 hits
Ya kita cipta rasa itu Abg Qi puasa penuh Ramadan 2020 tahun ini subhanallah Terima kasih perkenankan doa seorang ibu Kita kenal anak masing masing Jadi catur dan didik ikut naluri dan kehendak masing masing Terima kasih Abg Qi hebat anak u...
6 Idea Buat Business Peniagaan Kecilan Modal Kecik 2020 Online

6 Idea Buat Business Peniagaan Kecilan Modal Kecik 2020 Online

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 307 hits
Tips dan Idea Buat bisnes Business Sampingan Kecilan Untuk post ini aku tak ajar cara memulakan perniagaan sendiri aku just share jenis perniagaan modal kecil sahaja ya Assalammaualikum pembaca blog ku yang disayangi Okey sekarang ni ramai ...
Koleksi Free E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Koleksi Free E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 10822 hits
Koleksi E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 FREE DOWNLOAD Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua One more dayyyyyy Ramadan Allahu pantasnya masa berlalu Lusa dah 1 Syawal 1437H InshaaAllah Ahad ni 24 Mei 2020 kita menya...
Ucapan Lagu Raya 2020 Stay At Home

Ucapan Lagu Raya 2020 Stay At Home

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 807 hits
Hi Blogger Readers Ini adalah video Animasi Ucapan Lagu Raya 2020 Stay At Home yang saya upload di youtube saya LilyRayme Animation Ucapan Hari Raya ini Saya tujukan kepada Blogger youtube Subscribers saya dan kepada yang mengenali Animasi ...
Cara Daftar Renew Ssm Online 2020

Cara Daftar Renew Ssm Online 2020

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 536 hits
Tahukah anda tentang kewujudan sistem ezBis SSM Login Ianya dibangunkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bg memudahkan urusan pendaftaran pembaharuan SSM secara online Berikut dikongsikan maklumat lengkap beserta panduan langkah demi lang...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi