6 Idea Buat Business Peniagaan Kecilan Modal Kecik 2020 Online
Tips dan Idea Buat bisnes/ Business Sampingan Kecilan. Untuk post ini aku tak ajar cara memulakan perniagaan sendiri, aku just share jenis perniagaan modal kecil sahaja ya. Assalammaualikum pembaca blog ku yang disayangi. Okey, sekarang ni ramai yang dah bekerjaya tapi, teringin nak buat business jugak. Ye lah, dengan business ni yang selalu membantu kita cepat keluar dari..... aiyak hilang plak idea. Kutip kutip.
6 Idea Buat Business/Peniagaan Kecilan Modal Kecik 2020 Online
Aku tau ramai yang kat luar sana nak buat business. Tapi tiada idea nak buat business apa. Ok bolehlah ekot beberapa idea tips business yang aku nak bagi idea ini.
1. Jual Ubat Shakelee. Haha, aku tengok, tak ramai yang berkecimpung dalam dunia shakelee ini. Tau tak, korang, dengan menjual shakelee boleh dapat banyak untung. Lagi-lagi korang yang ada follower banyak tu, bolehlah jadi agent shakelee. Nak daftar jadi agent, bayaran dalam 30RM je untuk seumur hidup. Aku tau sebab ada agent shakelee cuba tarik aku. Aku tak minat, sebab aku lebih suka consume je. Aku takut, once aku jadi agent, macam-macam benda shakelee tu aku terbeli nanti. Nak nampak henseng punya pasal.
2. Jual Sikat Magic. Zaman sekarang ini, lelaki mahupun perempuan semua nak cepat bersiap kan. Apa kata korang jual benatang alah ini. Sikat ini memang terbaik. Dia macam hair iron tau. Tapi dia lebih compleks dan lebih mudah di pakai. Nampak macho jugak lah. Takdelah nampak girlish sangat pakai hair iron tu kan. Sikat Magic ini boleh didapati dalam harga RM15 je dekat lazada. Nama benda tu ialah Electric Men Hair Comb. Tapi nak jadi seller yang bijak, korang jangan lah letak nama tu, nanti pelanggan korang search online, kang tahu harga original dia. Korang boleh jual pada harga RM30.
Sebab, dekat facebook, aku tengok ada yang jual RM100 dan RM80. Masih juga ada yang teruja nak beli. Bayangkan. Iklan kena kemas lah bang.
3. Pomade. Ini untuk student-student U boleh lah buat business ini. Lagi-lagi kalau kau orang yang famous macam aku dulu kat U. HAHAHA Senang je nak promote barang. hahaha ok masih tegelak part famous tu. Coursemate aku baca confirm bantai gelak
Mana nak beli pomade murah? Dekat uptown pun jual RM10 kan kan kan. Ha dekat lazada cuma RM4.80. Kalau korang msg private seller tu cakap korang nak jadi agent. Confirm dapat harga murah lagi. Macam student U tu boleh lah, beli banyak-banyak. Then jual kat U tu.
4. Pewangi Kereta Benda ni aku terkejut. Aku suka gila beli pewangi kereta. Yang bau sedap tu. Aku lupa lah adui jenama tu. Jap fikir jap. ahh baru ingat. Fleur. Ni ku beli dalam Rm12 sebotol kecik tu. TU pun aku berjimat pakai. Mahu 5 bulan pakai baru habis hahahahah. Adelah cara aku pakai tu. Wangi kereta wei. Tahan lama.
Fleur ni kalau dekat lazada mahal. Dia jual harga kedai haha. So, kalau korang nak buat business pewangi kereta fleur ni. Korang beli beli dekat shoppe boleh dapat pada harga RM5 sahaja abang kakak manis sekalian. So, korang boleh jual pada harga RM10. Kan masyuk gitu. Beli secara pukal flavour yang orang ramai suka.
5. Tudung. Benda ni, haha member aku tanya hari tu, dia pun lawa gak. Aku bagi lah idea, ape kata kau jual tudung. Kau bergaya la ngan tudung kau tu. Bila dia search dekat lazada dengan shoppe harga tudung. Boleh dapat harga RM1 dan RM2 hahahah.
Itu ikut kau lah cara kau promote dan dapatkan keyakinan orang nak membeli. Buatkan mereka percaya dan nampak tudung tu nampak ada nilai dan exclusive.
6. Jual Pakaian Bundle Hari tu aku ada terserempak dengan member aku. Dia beli pakaian bundle seguni wei. Harga yang murah. Dalam guni tu ada khas, untuk pakaian guni satu guni, pakian lelaki satu guni. Lepas tu dia bukak lah guni tu, dia susun elok-elok pakaian tu, dia iron balik bagi kemas.
Then dia buat live untuk lelongan. Mana yang ada friends fb atau follower insta ramai Senang la nak cari buyer wei. Waktu aku tengok live dia buat dekat fb dia, dia jual pakaian baby, ade je comment orang naik, cakap dia nak baju tu, baju ni. Aku rasa terkesima tengok.
Mana nak cari pakaian bundle ini? haaa. Dekat shoppe dan lazada korang taip lah pakaian bundle.
Sebenarnya aku banyak idea untuk berbusiness ini. Tapi tu la, aku... aku.. aku takut aku tak larat nak run business sebab aku ada kerja gak. Kadang-kadang busy dengan kursus. Haa tu aku takut. So apa kata idea-idea business ini aku share dalam blog aku. At least berguna juga dekat pembaca blog aku di luar sana ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.amerjaya.com/2020/05/6-idea-buat-businesspeniagaan-kecilan.html