Dapat Baucer Membeli Belah Rm 50 Di Lulu Hypermarket
Aku ni kalau shopping jenis yang suka beli semua benda yang aku nak dekat satu tempat je. Aku tak gemar beli sana sikit, beli sini sikit. Macam buang masa je bagi aku
Sebab tu la aku suka shopping dekat LuLu Hypermarket. Semua benda yang aku nak ada kat sini. Lepas beli semua kat sini, dah boleh balik rehat dekat rumah. Senang
Tambah-tambah pulak sekarang ni tengah ada PROMOSI BAYARAN BALIK SEPARUH iaitu setiap pembelian RM 100 korang akan dapat baucer membeli belah yang bernilai RM 50. Berbaloi kan? Baucer ni boleh ditebus ke atas barangan dari kategori yang sama. *tertakluk pada terma dan syarat
Kalau nak dapatkan baucer RM 50 tu, korang kena shopping dekat bahagian Fesyen, Kasut, Bag Tangan Wanita, Sari dan Churidar.
Contohnya macam ni. Kalau korang beli kain sari RM 100, lepas tu akan dapat baucer RM 50. Ha.. boleh la korang beli Sari lagi guna baucer tu. Berbaloi kan?
Zaman sekarang ni, semua orang nak berjimat. Kalau ada offer macam ni, rugi la tak grab kan. Sape nak bagi kat kita baucer sampai RM 50. Dekat LuLu Hypermarket je ada
Aku hari tu masa pergi LuLu Hypermarket ni, jadi rambang mata sekejap. Maunya tak, semua barang kat sini murah dan cantik-cantik pulak tu
Dress pun cantik-cantik. Untuk yang Plus Size macam aku, jangan risau sebab ada jugak baju besar-besar kat sana. Cuma kita kena pandai Mix and Match je
Lagi berapa bulan je lagi dah nak raya. Boleh la ambik kesempatan sementara tengah offer ni untuk beli baju, tudung, kasut dan handbag. Kasut jenama Bata pun ada tau kat sini
Bukan je baju orang dewasa, baju anak-anak pun ada kat sini. Satu family la boleh shopping raya kat sini. Geram aku tengok baju budak-budak ni. Semuanya cantik dan comel. Aku ingat, nak beli baju raya anak-anak buah aku kat sini la nanti. Jimat sikit
Tengok la baju yang model-model ni semua pakai. Nampak mahal gitu. Padahal harga mampu milik je pun
Yang mana cari kain sari, aku memang cadangkan datang sini sebab semua kain sari kat sini berwarna-warni dan cantik-cantik. Aku pun rasa nak beli kain sari je la untuk buat baju raya tahun ni.
Barangan elektrik dan kelengkapan rumah pun ada banyak pilihan dekat sini. Ada satu benda yang aku berkenan lama dah. Pastu bila datang sini, aku jadi teruja sebab harga murah giler kut. Macam tak percaya pun ada.
Aku dah lama mengidam nak beli Kamera Canon M10 ni. Hari tu pernah survey. Harga 2k lebih jugak la. Tu yang terbantut hasrat nak beli. Tengok-tengok kat sini cuma RM 1581. Wow sangat. Rugi tak grab offer ni
Dekat bahagian bawah, ada barangan keperluan dapur. Ni ibarat syurga bagi mak-mak. Aku rasa bukan mak-mak je teruja. Semua kut yang suka masak atau makan suka tempat ni.
Dari Ayam, Daging, Ikan sampai la ke sayur dan buah-buahan semuanya fresh je. Serius, setakat aku datang LuLu ni aku belum pernah jumpa sayur layu atau kuning-kuning nak mati tu. Semua nampak segar bugar je
Lagi satu benda wajib aku beli kalau datang LuLu ni ialah Jus Segar diaorang. Macam-macam pilihan ada. Air Detox pun ada tau
Bagi yang mencari makanan siap, kat sini pun ada. Wajib try Beriani kat sini. Sedap tau! Aku kalau lunch tak tahu nak makan apa, memang kat LuLu la aku beli. Pilih je nak makan apa. Untung jugak bila ofis dekat ni. Hihihi
Kat sini juga ada dijual barangan dari Timur Tengah macam coklat dan kekacang. Banyak pilihan. Pilih je mana berkenan. Saffron pun ada. Sebelum ni susah sangat nak cari. Lepas ni, dah tahu dah. Cari je kat LuLu. Gerenti ada
Jangan lupa tau. Promosi BAYARAN BALIK SEPARUH ni bermula 1 Mac hingga 24 Mac 2019 di LuLu Hypermaket
Nak tengok promosi terkini atau maklumat lanjut boleh layari:
Website : LuLu HypermarketInstagram : LuLu HypermarketFacebook : LuLu Hypermarket
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.eyzamiel.com/2019/03/dapat-baucer-membeli-belah-rm-50-di.html