Dap Tanpa Berselindung Kritik Mahathir Untuk Tarik Kepercayaan Sokongan Pengundi Cina




Ramkarpal Singh menyuarakan kritikan pedas terhadap Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung cadangan agar bekas perdana menteri itu kembali mengetuai pentadbiran negara untuk kali ketiga.
Tanpa berlapik, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu menyalahkan tindakan-tindakan Mahathir di masa lalu sebagai punca keadaan semasa negara, dan menyuarakan kekesalannya kerana pernah bekerja dengannya di bawah PH.
"Saya menyesal bekerja dengan anda. Andalah sebab mengapa negara ini (dalam keadaan seperti ini) sekarang. Andalah sebab mengapa negara ini perlukan pembaharuan.
"Dan hari ini anda kata anda nak 'selamatkan negara? Anda adalah orang terakhir yang mampu melakukannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramkarpal mengulas cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) - yang diasaskan Mahathir - agar Mahathir menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sehingga PRU15.
Menyampaikan keputusan jawatankuasa penaja Pejuang di Facebook, setiausaha politik Mahathir, Abu Bakar Yahya berkata: "Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan."
Selepas keruntuhan pentabdiran PH Mac lalu, gabungan itu mendakwa ia mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk kembali menubuhkan kerajaan.
Bagaimanapun keputusan tidak dapat dicapai berhubung siapa yang akan menjadi perdana menteri.
Di tengah-tengah kebuntuan antara Mahathir dan Presiden PKR Anwar IBrahim, DAP dan Amanah menyuarakan sokongan terhadap cadangan agar bekas pengerusi Bersatu itu sekali lagi mengetuai kerajaan.
DAP dan Amanah juga kemudiannya menyokong cadangan Mahathir agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri. Cadangan itu ditolak Anwar.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng - yang menggesa Muhyiddin untuk fokus dalam usaha menangani wabak Covid-19 berbanding kemelut dalam Perikatan Nasional - memilih untuk menghindari isu berkenaan pendirian DAP.
"Saya diminta oleh media untuk memberi komen tentang pendirian DAP mengenai perkembangan politik semasa berikutan perpecahan PN dan parti-parti komponen kerana tidak berpuas hati dengan kelemahan perdana menteri dalam menangani krisis kesihatan Covid-19.
"Namun, tidak ada keperluan untuk menyatakan atau mengulangi pendirian parti ketika orang awam mendambakan kerajaan yang bertanggungjawab kepada kepentingan negara dan rakyat, bukannya hanya untuk survival individu dan politik mereka sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Ramkarpal membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan PH serta janjinya agar Anwar menggantikannya.
"Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu...Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. Dia buat mengikut caranya sendiri.
"Kini dia nak jadi perdana menteri sekali lagi. Sebagai warga Malaysia saya bertanya pada diri sendiri, adakah tiada orang lain?
"Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?
"Mengapa beritahu kami jika anda pada masa itu fikir dia (Anwar) sesuai? Untuk raih undi?" soalnya lagi.
Ramkarpal juga membangkitkan tindakan lampau Mahathir, terutama ketika pertama kali menjadi perdana menteri, termasuklah penangkapan pengkritik kerajaan.
Dia juga berkata Mahathir menjanjikan sejumlah pembaharuan sebelum PRU14 tetapi kemudian berkata janji itu dibuat ketika dia tidak menjangka akan menang.
"Dulu saya percayakannya.
"Hari ini dia benar-benar mahukan kerajaan tanpa Anwar, dan ia membangkitkan persoalan: Mengapa anda berbohong pada masa lalu dengan menjanjikan jawatan (perdana menteri) kepadanya?
"Saya hormat apa yang anda lakukan pada masa lalu. Anda musnahkan sistem kehakiman, penjarakan ramai orang kerana mereka menentang anda. Masih ingat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?" katanya lagi.
MR :   DAP dah rasa Mahathir tak guna lagi


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/dap-tanpa-berselindung-kritik-mahathir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 423 hits
malaysianow comOct 10 2020 8 05 AM Penganalisis mengatakan Amanah hanya akan mengikut keputusan bakal diambil DAP Semua senario berkata Anwar mungkin tidak menjadi Perdana MenteriParti terbesar Pakatan Harapan DAP akan kehilangan sokongan p...
Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

Zahid Pegang Pendirian Umno Takkan Bersama Dap Anwar Mahathir Laporan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 358 hits
Tiada sebarang pertemuan berlaku di antara Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan Presiden PKR itu yang mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baru Po...
Kenyataan Dap Bukti Tun Mahathir Masih Kuasai Ph

Kenyataan Dap Bukti Tun Mahathir Masih Kuasai Ph

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 437 hits
NORMAN RAZDUAN DAP Hidung tak mancung pipi tersorong sorong AZMIN DIBENCI KIRI DAN KANAN Selepas Anwar bertemu YDPA politik tanahair kembali bergocak Siang dan malam PN BN dan UMNO bermesyuarat Ugut mengugut antara mereka berlaku Dlm suasan...
Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam Kata Dap

Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam Kata Dap

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua hari ini menuduh mana mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak berprinsip serta kemaruk kuasa Ahli Parlimen D...
Nazri Says It Again No Anwar No Mahathir No Dap

Nazri Says It Again No Anwar No Mahathir No Dap

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 263 hits
A senior Umno member Nazri Aziz has quashed rumours that Umno could work with Pakatan Harapan to form a new government to topple the Perikatan Nasional administration led by Muhyiddin Yassin Nazri a former Umno Supreme Council member told F...
Yang Paling Corot Tidak Dapat Sokongan Adalah Mahathir Tetapi Yang Paling Digeruni Juga Mahathir

Yang Paling Corot Tidak Dapat Sokongan Adalah Mahathir Tetapi Yang Paling Digeruni Juga Mahathir

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 218 hits
Dah tak betul agaknya fikiran ahli ahli politik terutama penyokong kuat Anwar dan Muhyiddin yang masih menyerang Mahathir dan menganggap halangan masih atas peranan Mahathir Puad jharkasi menganggap Mahathir sedang membunuh Muhyiddin Anwar ...
Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 238 hits
October 18 2020 Anwar Ibrahim Dr Mahathir Mohamad dan DAP muncul dalam cakap cakap terbaru mengenai perubahan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Pemimpin veteran Umno Nazri Aziz menolak khabar angin bahawa Umno akan bekerjasam...
Tarik Balik Pertuduhan Hakis Kepercayaan Rakyat

Tarik Balik Pertuduhan Hakis Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 304 hits
malaysiadateline com Jika Peguam Negara memutuskan untuk menarik balik pertuduhan jenayah serius terhadap enam ahli Parlimen Umno rakyat bakal mengecam keras kerajaan Peguam Mohamed Rafique Rashid Ali berkata sebahagian kes itu kini berada ...
Ronnie Liu Dap Nak Tunjuk Bila Ada Ramai Cina Mereka Boleh Singkirkan Raja

Ronnie Liu Dap Nak Tunjuk Bila Ada Ramai Cina Mereka Boleh Singkirkan Raja

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 557 hits
Orang Cina di luar Tanah Besar China Taiwan Hong Kong dan Macau diisitilahkan sebagai Oversea Chinese Negara Thailand adalah negara yang mempunyai populasi Oversea Chinese paling tinggi diikuti Malaysia USA Indonesia dan Singapura Dalam lim...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt