Dap Takkan Serah Mana Mana Kerusi Dalam Kl Kepada Bn



(MK) : Beberapa Ahli Parlimen DAP yang mewakili kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara tegas menyatakan bahawa tidak mungkin mereka akan melepaskan kerusi itu kepada parti lain dalam kerajaan.
Antara ahli parlimen yang menyatakan pendirian tersebut ialah Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras), dan Fong Kui Lun (Bukit Bintang).
Bercakap kepada Malaysiakini, Kok hari ini menjelaskan DAP tidak bercadang menyerahkan mana-mana kerusi yang dimenanginya kepada pihak lain.
Pun begitu Kok yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan percaya tiada mana-mana kerusi parti itu yang diingini oleh BN di Kuala Lumpur.
“Mereka tahu mereka takkan menang (di kawasan berkenaan), dan mereka juga tahu kami takkan mengalah,” katanya.
Semalam, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan akan diadakan dengan antara parti gabungan kerajaan perpaduan bagi memuktamadkan peruntukan kerusi menghadapi PRU akan datang.
Menurut timbalan perdana menteri itu lagi, BN menyasarkan lima kerusi untuk ditandingi mereka namun berjanji tidak akan ada pertindihan antara parti kerajaan.
Untuk rekod Wilayah Persekutuan terdiri daripada 13 kerusi parlimen iaitu Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, Cheras, Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan.
Daripada kesemua itu lima diwakili DAP (Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh, dan Cheras) manakala lima yang lain diwakili PKR (Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Bandar Tun Razak, dan Lembah Pantai).
Baki satu kerusi lain dimenangi oleh BN (Titiwangsa) manakala Labuan diwakili ahli parlimen bebas yang sebelum ini bertanding mewakili Bersatu.
Kerusi Putrajaya pula dimenangi oleh PN.
Jika tuntutan Ahmad Zahid yang mahukan lima kerusi itu mahu dipenuhi, PH perlu menyerahkan dua kerusi selain Titiwangsa (yang kini memang diwakili BN) serta Putrajaya dan Labuan.
Sementara itu Fong berkata, memang jelas BN tidak praktikal meletakkan calon di kawasan yang sedang diwakili DAP.
“(BN nak bertanding) kawasan yang dimenangi DAP adalah mustahil,” katanya.
Ditanya jika ketegasan sikap ditunjukkan DAP itu akan memberi kesan kepada kerjasama antara parti dalam kerajaan, Fong menjelaskan, tiada sebarang kompromi akan dibuat.
“Jika mereka (BN) mahukan kawasan saya, memang mustahil sama sekali.
“Jika mereka berkeras untuk mendapatkannya, kami pasti akan mempertahankannya,” kata Bendahari Agung DAP itu lagi.
Kecualikan kerusi dalam KL
Tan pula menegaskan jika BN ingin bertanding di mana-mana kerusi parlimen DAP di Kuala Lumpur, mereka mesti memiliki keupayaan untuk memenangi kawasan tersebut.
Dia yang juga penasihat DAP Kebangsaan mengingatkan, dalam PRU ke-15 yang diadakan pada 2022, Umno kalah di semua kerusi parlimen Wilayah Persekutuan kecuali Titiwangsa.
“Apatah lagi jumlah undi yang diperolehi mereka jauh lebih rendah daripada kami,” katanya.
Dia juga menjelaskan dalam PRU ke-15 calon BN hilang wang deposit dan Johari Abdul Ghani mampu memenangi kerusi Titiwangsa kerana dibantu oleh reputasi peribadi dan ketokohannya.
“Sudah tentu mereka boleh beri apa-apa cadangan, tetapi kemungkinan untuk diterima adalah tipis.
“Untuk lima kerusi DAP, kami pasti akan terus mempertahankannya.
“Saya percaya dalam konteks peruntukan kerusi, kepimpinan PH dan BN harus ada kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang paling tepat,” katanya.
Dia juga mencadangkan agar kerusi dalam Kuala Lumpur dikecualikan dalam perbincangan pengagihan kerusi kerana ia memang menjadi kubu kuat PH.
Sumber : Malaysiakini
The post DAP takkan serah mana-mana kerusi dalam KL kepada BN appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/11/26/dap-takkan-serah-mana-mana-kerusi-dalam-kl-kepada-bn/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Takkan Tinggalkan Anak Dengan Pembantu Rumah Saya Tak Percaya Mereka Walau Baik Macam Mana Anzalna Nasir

Saya Takkan Tinggalkan Anak Dengan Pembantu Rumah Saya Tak Percaya Mereka Walau Baik Macam Mana Anzalna Nasir

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 388 hits
Pelakon Anzalna Nasir akui dia sanggup melepaskan tawaran kerja yang bernilai ratusan ribu demi menjaga anak anaknya sendiri sejak beberapa tahun lalu Anzalna turut berkata dia tidak pernah meninggalkan dua anaknya iaitu Eidress dan Mohamad...
Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

Mana Ada Sekatan Royalti Terengganu Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 335 hits
Fahmi Fadzil berkata kerajaan ingin memastikan semua peruntukan sampai terus kepada mana mana projek yang dimaksudkan melalui saluran tepat KUALA LUMPUR Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan kerajaan persekutuan mengenakan sebarang seka...
Duduk Kat Sarawak Akan Faham Sejauh Mana Rasisnya Manusia

Duduk Kat Sarawak Akan Faham Sejauh Mana Rasisnya Manusia

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 236 hits
MSOKata menteri berbangsa Cina ini ada pelancong tanyanya jika Malaysia negara perkauman ekoran operasi berskala terhadap papan iklan bertulisan Cina So apa yang kamu jawab kepada pelancong yang menanyai kamu itu Kamu jangan ambil peduli pe...
Jawab Ini Depa Pi Mana

Jawab Ini Depa Pi Mana

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 254 hits
ALOR SETAR Ketiadaan ketiga tiga ADUN Pakatan Harapan ketika Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Perladangan dan Pengangkutan Dzowahir Ab Ghani melakukan ucapan pergulungan menimbulkan tanda tanya ramai anggota dewan Hal itu sempat ditegur ole...
No Plat F Negeri Mana Dan Siri Apa Yang Terkini

No Plat F Negeri Mana Dan Siri Apa Yang Terkini

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 549 hits
No plat F negeri mana agaknya Bagi saya siri F ni nampak premium dan eksekutif Even siri X Y E dan V pun tak boleh lawan Tapi ni pendapat saya je lah Siri F adalah khas untuk Wilayah Putrajaya Siri Putrajaya bermula dengan Putrajaya F FA FB...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah