Dap Tak Tahu Malu Letak Calon Di Cameron Highlands


Kasthuri Jeevendran
Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran
KUALA LUMPUR – DAP bukan sahaja ‘bongkak’ dan ‘retorik’ tetapi seolah-olah tidak tahu malu apabila tanpa segan silu meletakan calon bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands.

Dengan begitu teruja masih berminat bertanding di PRK itu tanpa langsung melaksanakan janji-janji pilihan raya terutamanya dalam manifesto sebelum ini, membuktikan bagaimana motif parti itu tidak lebih daripada semata-mata mahu memiliki kuasa.

Begitu luahan Presiden MIC merangkap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran yang menganggap DAP sebenarnya hanya sekadar ‘menangguk di air keruh’ kerana seandainya M.Manogaran menang, ia cuma memperalatkan kerajaan dikuasai mereka ketika ini.

“Saya sebenarnya sangat terkejut apabila ada pencalonan dari DAP. Apakah mereka ini tidak tahu malu? Apa lagi yang hendak mereka ‘kelentong’ untuk menang pilihan raya? Janji-janji yang dicanangkan dalam PRU yang lepas pun belum tertunai.

“Mereka (DAP) ini tiada integriti dalam mengambil tanggungjawab kerana kata mereka jika menang Kerajaan Pusat, semuanya boleh dan mampu diberikan. Apabila kini kuasa semuanya dalam tangan, segala macam alasan kononnya itu tidak boleh, ini tidak boleh.

“Jadi atas ‘air muka’ apa yang akan DAP letak, kemudiannya membuat pelbagai janji bulan bintang lagi untuk menang PRK Cameron Highlands ini? Apa lagi pembohongan yang boleh dilakukan oleh mereka ini untuk memenangi hati pengundi di sini kelak? Saya sendiri keliru dan terkejut dengan mereka ini,” kata beliau kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, Vigneswaran mencabar DAP dan Pakatan Harapan supaya membubarkan sahaja Parlimen dengan memberikan kembali mandat kepada rakyat.

“Biar rakyat sahaja buat keputusan. Apa ‘kelas’ sekadar PRK sahaja?

“Sebenarnya jika anda menang dalam PRK di Cameron Highlands, ia  tidak lain tidak bukan kerana anda mempunyai kuasa dan akan gunakan kuasa itu ‘pastikan’ kemenangan itu berpihak kepada kamu, itulah kebenarannya,” katanya.

Jelas Vigneswaran, DAP bersikap hipokrit dengan mendabik dada mengatakan sokongan terhadap mereka semakin meningkat walaupun hakikatnya rakyat sudah mula muak dan bosan dengan setiap ‘politiking’ dilakukan oleh mereka.

“Jangan cuba kaburi mata rakyat kononnya anda telah turunkan minyak. Itu kerana asakan serta kritikan bertubi-tubi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika bukan kerana beliau, jangan haraplah harga turun.

“Jangan cuba dabik dada kata janji manifesto sudah dilaksanakan. Semua tidak boleh walaupun sebelum ini semuanya boleh jika rakyat memberikan mandat dan kuasa kerajaan pusat kepada anda.

“Apabila sudah menang, boleh pula buat pusingan ‘U’ kepada rakyat kononnya tidak sangka pula akan menang besar dan ada banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dalam tempoh ini dan memerlukan masa. Apa lagi hendak di tipu kepada rakyat?,” katanya.

Justeru, tegas Vigneswaran lagi:“Jika DAP benar-benar ada kehormatan dan bermaruah, tolong bubar Parlimen dan kita tengok balik benarkah rakyat akan kembalikan kuasa itu kepada anda-anda sekelian. Jangan hanya sekadar bercakap tentang Cameron Highlands sahaja.

“Tapi saya pasti, mesti anda semua tidak buat perkara itu kerana hakikatnya semua maklum kemenangan dan mandat tidak akan diberikan ketika ini.

“Kuasa kamu (PH) hanya sekadar mengambil semua ‘katak-katak’ untuk melompat dan menghalalkan apa yang kamu laung-laungkan sebelum ini. Itulah kuasa kononnya kehendak rakyat.”

Semalam PH meletakkan semula bekas calonnya di Parlimen Cameron Highlands dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, M. Manogaran bagi bertanding dalam PRK Parlimen tersebut pada 26 Januari ini.

Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PH yakin akan memenangi pilihan raya tersebut dan merampasnya daripada BN walaupun bakal menerima tentangan calon lain.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih lagi merasakan kemenangan parti itu sebenarnya bukan mudah. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/dap-tak-tahu-malu-letak-calon-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Dap Di Cameron Highland Wajar Ditolak Jika Bn Letak Calon Umno

Calon Dap Di Cameron Highland Wajar Ditolak Jika Bn Letak Calon Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 267 hits
Kita tidak mahu satu lagi wayar mati dan rosak muncul dari PH perkauman yang kelat dan hitam MELAYU WAJIB SOKONG CALON UMNO
Bekas Calon Dap Parlimen Cameron Highlands Mula Turun Padang

Bekas Calon Dap Parlimen Cameron Highlands Mula Turun Padang

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 265 hits
Kit Siang berkata masih terlalu awal untuk DAP menamakan siapa calon sebenar bagi mewakili parti itu pada PRK berkenaan kerana untuk bertanding sebagai calon pada mana mana pilihan raya ia akan membabitkan pelbagai peringkat proses dan tapi...
Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 610 hits
Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Taktik Ugut Digunakan PH Calon DAP M Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai Kuih yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Bat...
Prk Cameron Highlands Kayveas Lawan Calon Dap

Prk Cameron Highlands Kayveas Lawan Calon Dap

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 374 hits
PETALING JAYA Tan Sri M Kayveas dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari ini Menurut sumber bekas presiden MyPPP itu akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat termasuk parti ma...
Prk Cameron Highlands Bn Umum Calon Khamis Ini

Prk Cameron Highlands Bn Umum Calon Khamis Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 387 hits
THE MALAYSIAN TIMES KUALA LUMPUR Barisan Nasional akan mengumumkan calon bagi bertanding di Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands pada Khamis Menurut laporan UMNO Online pengumuman tersebut akan dibuat dalam satu majlis pada Khamis ...
Hari Penamaan Calon Prk 78 Cameron Highlands

Hari Penamaan Calon Prk 78 Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 415 hits
Ada yg pm tanya minggu ni sibuk tak CH sebab penamaan Calon PRK 078 Sabtu ini Yang Ramai nanti orang sini aje adalah sekumpulan penyokong yang datang sekejab Elakan kawasan Tanah Rata sebelum pukul 1 tengahari sebab lokasi penamaan calon Ja...
Mb Pahang Tersenarai Jadi Calon Bn Prk Cameron Highlands

Mb Pahang Tersenarai Jadi Calon Bn Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail disenarai pendek sebagai calon Barisan Nasional yang akan mempertahankan Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari ini Pengarah Koordinator Pemuda UMNO Sh...
Dap Pahang Mahu Manogaran Tanding Prk Cameron Highlands

Dap Pahang Mahu Manogaran Tanding Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA DAP Pahang mencadangkan peguam M Manogaran bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands dijadualkan pada 26 Jan Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah berkata Manogaran calon terbaik kerana beliau sudah bekerja dengan
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord