Dap Tak Akan Ikut Jika Anwar Bertindak Di Luar Rangka Ph



Dengan Umno kekal menyokong pentadbiran Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin, timbul persoalan sama ada usaha Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru sudah berakhir.Anwar sudah berusaha ke arah itu - dan untuk menjadi perdana menteri - sejak dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berbicara tentang masa depan parti itu dalam PH, kerjasama PKR dengan Umno dan jika DAP akan menyokong Anwar selaku perdana menteri jika ia turut menyertakan Umno.
DAP secara jelas mengatakan PKR perlu menjelaskan pendiriannya.
Lim juga menegaskan, langkah bersama-sama Umno atau mereka yang "mengkhianati mandat rakyat" pada PRU14 adalah sesuatu yang tidak dapat dipertimbangkan.
Berikut adalah wawancara Malaysiakini dengan bekas ketua menteri Pulau Pinang itu.
Apa terjadi sekarang sejak nampaknya sudah game over untuk Anwar?
DAP tidak pernah bersaing untuk jawatan perdana menteri. Di bawah PH, ia sentiasa Anwar. Jika dia gagal dapatkan sokongan, maka (sokongan kepada) Presiden Warisan Shafie Apdal.
Tetapi memandangkan Anwar yang membuat langkah, soalan itu patut dijawab olehnya.
Apa rancangan masa depan DAP? Adakah anda akan kekal bersama Anwar memandangkan rancangannya tampak memakan diri?
Kami kekal dengan PH. Mesyuarat belum dibuat. Tetapi jika ada apa-apa pertimbangan, ia akan dibawa ke mesyuarat.
Mesyuarat mungkin diadakan selepas PKP. Membaca sejumlah kenyataan yang dikeluarkan, Anwar masih menaruh harapan sesuatu akan berlaku. Apa-apa pun, lebih baik dia yang memberi jawapan tentangnya.
Apa maksud anda "sesuatu akan berlaku?"
"Memang tidak boleh bergantung kepada Umno selaku parti politik. Secara politik, ia tidak dapat dipertahankan langsung. Walaupun kita telah jelaskan pendirian, ada banyak pihak yang tidak menggambarkan pendirian DAP dengan betul. Media kerajaan pastinya tidak membantu, terutama akhbar bahasa Cina, yang terus merangka penipuan untuk memutarbelit pendirian kami.
Ini sesuatu yang perlu ditangani. Saya belum bertemu mana-mana pemimpin Umno berkenaannya (menjatuhkan PN).
Ada media berbuat demikian (memberi gambaran salah) kerana tahu saya adalah setiausaha agung DAP dan bercakap untuk pihak parti.
Ada tanggapan umum bahawa PH tidak lagi berpadu, DAP dan Amanah dipinggirkan.
Tanggapan itu perlu dibetulkan oleh PKR kerana mereka yang mengetuai usaha itu. Tanggapan itu mungkin disebabkan percaturan kuasa terbaru yang kelihatan hanya ditentukan oleh satu parti politik.
Wajar untuk kembali ke prinsip asas kita dan mengembalikan mandat rakyat pada PRU14 berasaskan 109 anggota Parlimen. Kita tidak boleh bergantung kepada parti yang telah ditolak rakyat.
(Jumlah 109 itu merujuk kepada jumlah anggota Parlimen di pihak pembangkang.)
Hubungan jenis ini, berdasarkan mereka yang sanggup menggadaikan prinsip, tidak akan kekal lama.
Bagi kami, walaupun kami mungkin tak berjaya, masih wujud prinsip asas dan benih-benih harapan yang akan berterusan. Obor harapan akan terus menyala. Benih mungkin ambil masa untuk tumbuh, tetapi akan mekar selepas lima tahun.
Pengkhianat hanya 'menjual' kuasa. Ambilnya daripada mereka, tidak akan ada apa-apa lagi untuk masa depan. Nama mereka dikenang dengan hina.
Bagaimana anda dapat tubuhkan kerajaan berprinsip berdasarkan perkara ini?
Apa pun yang anda kata kepada Umno, mereka berdiri sendiri. Tiada pengkhianatan kecuali beberapa yang lompat. Jika kita bekerjasama dengan mereka sebagai sebuah parti, kita pun sama saja dengan mereka yang melompat untuk tubuh kerajaan 'pintu belakang'.
Apa akan berlaku jika Anwar mahu terus bekerjasama dengan Umno?
Kita perlu tangani perkara ini dalam rangka PH. Kita tidak boleh menyimpang terlalu jauh daripadanya.
PH masih wujud?
Masih, tetapi seolah-olah unsur PH tidak dipancarkan. Ia seperti lebih kepada parti secara individu berbanding satu gabungan padu, atau usaha bersepadu oleh PH.
Adakah anda sudah suarakan keraguan anda terhadap Anwar?
Apabila kami berjumpa, Anwar setuju sepenuhnya dengan kami.
Sampai bila DAP akan bertahan dengan perkara ini? Apa batasannya bagi anda?
Kami akan meneruskannya selagi ia pendirian PH. DAP tidak buat keputusan yang individualistik. Selagi ia pendirian PH, kita akan bersama dan jika tidak, kita tidak akan bersama-sama dengannya.
Anwar tahu dia perlukan DAP dan Amanah untuk berjaya. Sepertimana kami dalam DAP perlukan PKR dan Amanah. Tetapi jika dia buat sesuatu di luar rangka PH, DAP tak akan ikut. Kami yakin Amanah juga berpendirian sama.
MR :  DAP cari peluang memperguna aje 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/dap-tak-akan-ikut-jika-anwar-bertindak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

Tidak Kepada Mahathir Anwar Dan Dap Ulang Nazri

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 238 hits
October 18 2020 Anwar Ibrahim Dr Mahathir Mohamad dan DAP muncul dalam cakap cakap terbaru mengenai perubahan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin PETALING JAYA Pemimpin veteran Umno Nazri Aziz menolak khabar angin bahawa Umno akan bekerjasam...
Umno Mps Leaders State Stand Against Anwar Dap

Umno Mps Leaders State Stand Against Anwar Dap

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 318 hits
As speculation mounts over another change in government at least three Umno MPs and two party leaders have stated their stand against supporting any plans backed by PKR president Anwar Ibrahim or those involving the DAP Their postings on so...
No Anwar No Dap Hishammuddin

No Anwar No Dap Hishammuddin

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 214 hits
NO ANWAR NO DAP HISHAMMUDDIN KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau tidak pernah menyatakan sokongan untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Beliau berkata kepu...
Umno Ibarat Berada Alam Halusinasi Antara Anwar Bersatu Dap

Umno Ibarat Berada Alam Halusinasi Antara Anwar Bersatu Dap

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 344 hits
Ketika spekulasi mengenai perubahan kerajaan terus diperkatakan sekurang kurangnya tiga ahli parlimen Umno dan dua pemimpin parti menyatakan pendirian mereka menentang sebarang rancangan yang melibatkan Presiden PKR Anwar Ibrahim atau DAP H...
Nazri Says It Again No Anwar No Mahathir No Dap

Nazri Says It Again No Anwar No Mahathir No Dap

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 263 hits
A senior Umno member Nazri Aziz has quashed rumours that Umno could work with Pakatan Harapan to form a new government to topple the Perikatan Nasional administration led by Muhyiddin Yassin Nazri a former Umno Supreme Council member told F...
Tiada Anwar Tiada Dap Tiada Mahathir

Tiada Anwar Tiada Dap Tiada Mahathir

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 375 hits
sarawakvoice com October 19 2020KUALA LUMPUR Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razlan Rafii berkata sejak awal Barisan Nasional telah menegaskan hanya menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan bukannya Perikatan Nasional...
Guan Eng Dap Won T Follow If Anwar Steps Out Of Harapan Framework

Guan Eng Dap Won T Follow If Anwar Steps Out Of Harapan Framework

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 256 hits
With Umno for Prime Minister Muhyiddin Yassin s Perikatan Nasional government questions abound if it is game over for Anwar Ibrahim to be prime minister The PKR president has been contending for the PM s post since he was sacked from Umno a...
Langkah Anwar Nampaknya Dap Hanya Ambil Langkah Lihat Ajelah

Langkah Anwar Nampaknya Dap Hanya Ambil Langkah Lihat Ajelah

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 239 hits
DAP memilih berhati hati kerana tidak mahu mengundang maklum balas negatif daripada penyokongnya Susulan langkah Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim yang mahu menukar kerajaan kerana mendakwa mempunyai sokongan mencukupi ahli Dewan Rak...
Umno Youth Passes Resolution Supporting Ceasefire Rejecting Anwar Dap

Umno Youth Passes Resolution Supporting Ceasefire Rejecting Anwar Dap

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 267 hits
Umno s Youth wing met online last night and adopted resolutions formalising its support for the political ceasefire announced by party president Ahmad Zahid Hamidi They also rejected any cooperation with PKR president Anwar Ibrahim and Paka...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt