Betul Ker Najib Tidak Terlepas Pendakwaan Walaupun Bn Memerintah




Andaian popular adalah para pembesar Umno/BN daripada kluster mahkamah mahu supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan lebih awal bagi mengelak masuk penjara dan mendapat pengampunan diraja

Tetapi kalau diperincikan, ia tidaklah semudah itu. Pertama sekali belum tentu Umno/BN menang sehingga boleh membentuk kerajaan sendiri macam sebelum PRU2018 dan kembali bertindak sesuka hati

Kedua, kemenangan dalam pilihan raya kecil serta pilihan raya negeri di Melaka dan Johor tidak menjamin Umno/BN boleh mengubah aliran kemerosotan yang dideritainya sejak PRU 2008

Dan ketiga, tidaklah semudah itu untuk membatalkan siri perbicaraan ke atas para pembesar Umno/BN yang sedang berjalan sekarang dan memberi pengampunan diraja kepada mereka

Risikonya amat besar. Umno mungkin hancur dan institusi-institusi terlibat akan ditentang secara terbuka oleh banyak pihak

Selain kepemimpinan kerajaan, proses pengampunan akan melibatkan peguam negara, kehakiman, perdana menteri, Lembaga Pengampunan dan Yang di-Pertuan Agong

Pengampunan Anwar Ibrahim pada tahun 2018 sering disebut sebagai duluan (precedent) bagi mengampunkan Najib Razak dan gengnya dalam kluster mahkamah

Tapi mereka sengaja lupa yang Anwar telah menjalani hukuman penjara selama lebih tiga tahun mulai 2015

Lagipun, kesalahan beliau tidaklah membebankan negara dan rakyat jelata dengan hutang berbilion-bilion ringgit seperti yang dilakukan oleh Mohd Najib dalam SRC International dan 1MDB

Penyokong kluster mahkamah sengaja lupa atau tidak tahu bahawa Almarhum Harun Idris juga telah menjalani hukuman penjara dalam kes pecah amanah Bank Rakyat sebelum diberikan pengampunan

Beliau dipenjarakan pada tahun 1977 dan dapat pengampunan hanya pada 1982. Itu pun bersama-sama 62 banduan lain bersempena ulang tahun ke-25 kemerdekaan negara

Harun tidak ambil duit untuk dirinya sendiri tapi untuk pentaskan tinju Muhammad Ali-Joe Bugner di Kuala Lumpur pada tahun 1975

Begitu juga dengan Almarhum Mokhtar Hashim yang membunuh musuh politiknya, Almarhum Mohamad Taha Talib pada tahun 1982

Dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 1983 dan pada tahun berikutnya diberikan pengampunan kepada penjara seumur hidup

Pada tahun 1991, dia diberikan pengampunan kedua dan dibebaskan setelah sembilan tahun dalam penjara. Dia menembak mati speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan itu sebelum PRU 1982

Bukanlah semudah seperti digambarkan bagi Yang di-Pertuan Agong (atau Raja-raja Melayu yang lain serta Yang di-Pertua Negeri) memberi pengampunan


Dinamik dalam Umno sendiri
Beban tanggungjawab dibawah undang-undang adalah sangat berat kerana ia adalah hak mutlak Baginda. Akhirnya Bagindalah yang memikul beban tanggungjawab dan risiko tindakan tersebut, bukan perdana menteri atau Lembaga Pengampunan. Mereka hanya memberi nasihat kepada Baginda

Kalau kita masih ingat, hatta pengampunan Anwar itu pun pernah cuba dicabar atas isu prosedur dan sama ada ia "free pardon" (pengampunan tanpa syarat) atau "full pardon" (pengampunan penuh)

Menurut peguam Nimalan Devaraja yang menulis dalam skrine.com pada 2018, Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada “free pardon” dalam beberapa peruntukan tetapi tidak pernah menggunakan terma “full pardon”

Kesimpulannya, pengampunan bagi Najib dan gengnya (sekiranya nanti didapati bersalah oleh semua peringkat mahkamah) bukanlah sesuatu yang automatik atau telah terpahat di atas batu, tidak kiralah sama ada Umno/BN menang atau kalah

Lagipun menurut Devaraja yang memetik Perlembagaan Persekutuan, permohonan pengampunan pengampunan hanya boleh dibuat setelah seseorang banduan menjalani hukuman empat, lapan, 12 dan 16 tahun daripada tempoh dipenjarakan dan setiap tahun selepas itu

Itu belum diambil kira dinamik politik negara dan Umno sendiri. Dalam Umno pun bukan semua mahu kluster mahkamah dibebaskan atau diampunkan

Sudah pun nampak ada kelompok yang lebih suka jika sesetengah atau semua anggota kluster mahkamah dipenjarakan sebagai salah satu cara membersih dan menyembuhkan semula parti itu

Kadir Jasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/06/betul-ker-najib-tidak-terlepas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujah Pendakwaan Tak Cukup Kuat Teresa Kok Goyang Dengan Queen Counsel Najib

Hujah Pendakwaan Tak Cukup Kuat Teresa Kok Goyang Dengan Queen Counsel Najib

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 181 hits
Oleh Sirajuddin AhmadPendakwaan berkenaan kes 1MDB terhadap Najib Razak semakin melalut Selain Pendakwaraya cuba jadikan salah sorang tertuduh menjadi saksi pendakwa juga gusar dengan kemasukan Queen Councel kedalam mahkamah
Jika Tidak Dihalang Keluar Negara Pasti Banyak Negara Jemput Najib Razak

Jika Tidak Dihalang Keluar Negara Pasti Banyak Negara Jemput Najib Razak

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 267 hits
oleh Sirajuddin Ahmad Baru baru ini dilaporkan Tun Mahathir telah pergi ke Jepun untuk menerima anugerah Maka ramai lah penyokong Tun Mahathir mendabik dada berkenaan nya Untuk jasa dan kerja apa anugerah diberi kepada Tun Mahathir pihak ka...
Pengikut Setia Najib Dipecat Sebagai Ketua Penerangan Bn Selangor

Pengikut Setia Najib Dipecat Sebagai Ketua Penerangan Bn Selangor

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 162 hits
agendaily com08 06 2022Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak Isham Jalil Seorang pengikut setia Datuk Seri Najib Razak dipecat serta merta sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Bekas pegawai khas Najib Isham Jalil itu sendiri menges...
Najib Makin Sasau

Najib Makin Sasau

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 381 hits
Mungkin tidor malamnya kini makin kacau meracau Untuk tunjuk hebat dan menang dengan Mahathir ialah dia mesti fokus dan bersihkan dirinya di mahkamah undang Mahkamah rakyat telah menghukum nya di PRU14 dan dia boleh tebus di PRU15 dan jadi ...
Kes 1mdb Src Tumpuan Rakyat Beralih Dari Najib Kepada Hakim Nazlan

Kes 1mdb Src Tumpuan Rakyat Beralih Dari Najib Kepada Hakim Nazlan

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 146 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad kes 1MDB SC telah masuk ke fasa peralihan Jika sebelum ini bualan dan tumpuan rakyat terhala kepada Najib Razak kini sudah bertukar pula Rakyat mula berbual berkenaan hakim Mohd Nazlan Ghazali pula Semenjak terdedah ma...
Jangan Terkejut Jika Najib Dibebaskan Atau Dibicara Semula

Jangan Terkejut Jika Najib Dibebaskan Atau Dibicara Semula

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 214 hits
Oleh Sirajuddn Ahmad Jangan terkejut jika Najib dibebaskan atau dibicara semula Perkembangan terkini berkenaan kes membabitkan Datuk Seri Najib Razak semakin menarik Semalam pada sidang media bersama wartawan Peguam DSNR Tan Seri Shafie tel...
Najib Meeting Dengan Bonian Gamaknya

Najib Meeting Dengan Bonian Gamaknya

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 142 hits
SHAHBUDINEntah syarikat apalah 1MDB ini lantik ahli lembaga penasihat dan bayar RM30 ribu sebulan tapi tak pernah diundang walau sekali pun untuk hadir mesyuarat Sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB Najib mesyuarat dengan siapa sebenarn...
Gaji Rm23 000 Sebulan Najib Kata Rendah

Gaji Rm23 000 Sebulan Najib Kata Rendah

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 474 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bekas perdana menteri Najib Razak melantik Mohd Sidek Hassan sebagai ahli lembaga penasihat 1MDB kerana dia merasakan gaji bekas ketua setiausaha negara itu terlalu rendah Sidek berkata demiki...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je