



Sehingga kini katanya, beliau dan rakan-rakan nelayan tidak pernah ditemui mana-mana pihak, sedangkan mereka yang mengaku mewakili nelayan pula dilihat berkepentingan dan boleh ‘diasuh’ oleh pihak berkaitan.Beliau juga kesal kerana pihak kerajaan tidak pernah cuba merasai sengsara golongan tersebut yang merupakan penduduk jati pulau itu, selain mereka juga berdepan tuduhan menceroboh tanah kerajaan di persisir pantai didiami.“Kena ingat, kerajaan tidak akan wujud tanpa rakyat. Bagus buat pembangunan, tetapi perlu juga lihat kesannya, terutama rakyat yang cari rezeki. Kami nelayan, cari makan sendiri, tak bergantung kepada kerajaan. Tak kacau kerajaan, tapi kerajaan yang kacau rakyat. Kerajaan hanya mau kuasa, bila ada kuasa lupa rakyat.“Sepatutnya mai bincang, mau jumpa penduduk tengok terjejasnya mata pencarian kami. Nelayan tua macam kami nak pergi jauh (tengah laut) tak mampu. Jadi kena ada perundingan, kena ada timbang rasa. Jangan hanya tahu nak roboh. Kesan hakisan yang kami kena, siput duri sampai pukat kami rosak,” ujarnya mendakwa kerugian ribuan ringgit.Bidasnya, kerajaan seolah-olah hanya mengutamakan orang luar termasuk pelancong, tetapi nelayan yang merupakan penduduk sendiri mahu dihapuskan, manakala kampung-kampung mereka juga hendak diambil atau dirobohkan.Menurut beliau, kerajaan bersikap dan memberi layanan sedemikian serta tidak dipedulikan mereka kerana golongan nelayan dianggap tidak memberi atau membawa keuntungan kewangan kepada pihak kerajaan.Anaknya, Mohd Faizal Mohd Zabri yang juga seorang nelayan berkata, permintaan pihak persatuan nelayan untuk diberikan sampan dan enjin kuasa besar sama sekali bukan penyelesaian kerana kos akan tetap meningkat.Keadaan tersebut jelasnya, berbanding dengan hasil tangkapan akan menyebabkan nelayan belum tentu menjana keuntungan, manakala pampasan ditawarkan tidak lebih sekadar melepas batuk di tangga.Bidasnya, pampasan tersebut hanya untuk mengelabui mata nelayan sedangkan dengannya tetap sukar nelayan membina kehidupan atau kemajuan masa depan, selain beberapa permintaan persatuan juga tidak relevan.Dakwa beliau, persatuan cuba menutup mata dengan realiti dihadapi warga nelayan dan seolah-olah cuba memperbodohkan mereka, walhal projek itu akan menyebabkan nelayan menganggur, sedangkan dasar kerajaan mahu hapus pengangguran.Hadir sama pada sidang media itu adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusof dan Pengerusi Lajnah Tanah dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang, Saiful Lizan Md Yusoff. -HARAKAHDAILY 16/3/2019|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |