Dap Perlu Minta Maaf Kepada Umno Pemuda Umno



KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO hari ini menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu hingga kini.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jika DAP boleh membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum ini, mengapa tidak kepada UMNO.
"Pemuda UMNO menuntut DAP perlu membuktikan segala tohmahan, pemikiran dan cakap yang kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, rasis.. tidak sama sekali akan berlaku dalam Kerajaan Perpaduan ini.
"Kalau masa mahu tubuh Kerajaan Perpaduan dulu, DAP boleh terbang ke Sarawak berjumpa dengan GPS, minta maaf.
"Maka hari ini, kalau mahu lembutkan hati orang UMNO, kalau suci mahu menjalin tali persahabatan, kita mohon DAP tarik balik tohmahan diberi kepada UMNO dulu.
"Kalau jujur, kenapa dengan GPS boleh, kenapa tidak buat dengan kita. Saya mohon kepimpinan DAP kalau mahu nak menempuh Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang ini, mahu hati orang UMNO lebur, maka satu tuntutan maaf daripada DAP atas tohmahan selama ini, mesti dilakukan segera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini.
Pemuda UMNO kekal dengan pendirian tidak menjemput wakil daripada mana-mana parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan, selain parti komponen Barisan Nasional (BN).
Berbeza Wanita dan Puteri yang mana pentas persidangan dua sayap itu dilihat dihadiri pemimpin PH termasuk DAP yang membentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal mengakui sedar kedudukan UMNO bersama dengan DAP dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini sedikit meresahkan akar umbi UMNO.
"Saya faham, dalam rumah kita ini ada yang resah, ada yang gelisah. Meskipun sudah memiliki telaga, tangan masih memegang tali, sedang orang mencapai timba.
"Ada yang datang berjumpa, mengadu dan meluahkan perasaan, risau sawah sejalur tinggal sejengkal, tanah sebidang mudah terjual. Risau bila bersama DAP, keris UMNO terperosok ke bumi. Risau bila bersama DAP, UMNO diam terbisu, kampung tergadai.
"Kita nak tegaskan, Pemuda UMNO akan pastikan yang UMNO tidak akan sesekali menjadi DAP. Inilah cara kita, tiada selindung, jujur yang kita junjung," katanya.
Katanya, penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini juga dibuat atas faktor titah Yang di-Pertuan Agong untuk menjamin kestabilan politik negara.
"Kita bersama untuk membentuk kerajaan. Kita berkongsi ruang pentadbiran, tetapi bukan ruang fahaman. Kita rentas politik kepartian, tapi kita sempadankan prinsip perjuangan.
"Kalau ada yang berani melintas, Pemuda UMNO yang pertama akan datang mencantas," katanya - BH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/dap-perlu-minta-maaf-kepada-umno-pemuda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Tolak Jemput Dap Dalam Pau 2023

Pemuda Umno Tolak Jemput Dap Dalam Pau 2023

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 369 hits
mykmu net04 06 2023PETALING JAYA Barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri sebulat suara membuat keputusan untuk tidak akan menjemput wakil mana mana parti lain dalam Kerajaan Perpaduan terutama sekali DAP ke Perhimpunan Pemuda UMNO sempena...
Lebih Terpuji Jika Umno Yang Lebih Dulu Hulur Maaf Kepada Dap

Lebih Terpuji Jika Umno Yang Lebih Dulu Hulur Maaf Kepada Dap

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 233 hits
Bukan saja UMNO dan DAP sama sama bersalah dalam menyerang satu sama lain sebelum ini bahkan UMNO lebih banyak melakukan serangan termasuk dalam kebanyakan PAU yang diadakan LEBIH TERPUJI JIKA UMNO YANG LEBIH DULU HULUR MAAF KEPADA DAP Kala...
Dap Harus Mohon Maaf Biar Dikata Biadab Kerana Ia Suara Akar Umbi Tegas Ketua Pemuda

Dap Harus Mohon Maaf Biar Dikata Biadab Kerana Ia Suara Akar Umbi Tegas Ketua Pemuda

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 252 hits
freemalaysiatoday 08 Jun 2023Ketua Pemuda Akmal Saleh berkata beliau hanya menyuarakan suara akar umbi Umno Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataan bahawa DAP perlu memohon maaf kepada part...
Tak Perlu Maaf Umno Dap Dah Lama Lupa Sengketa Kata Zahid

Tak Perlu Maaf Umno Dap Dah Lama Lupa Sengketa Kata Zahid

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 500 hits
Umno dan DAP sudah melupakan sengketa selepas kedua dua parti mencapai persetujuan dalam perundingan membentuk kerajaan perpaduan Zahid Hamidi berkata DAP tidak perlu memohon maaf atas segala tohmahan parti itu terhadap Umno Presiden Umno b...
Dakwaan Fitnah Pemuda Pas Pahang Mendesak Mb Dan Umno Mohon Maaf

Dakwaan Fitnah Pemuda Pas Pahang Mendesak Mb Dan Umno Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 387 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang mengecam tindakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan UMNO Pahang mengenai tindakan yang didakwa memfitnah parti Islam itu serta wakil rakyat PAS seperti yang tular di media sosial Ketua Peneran...
Pau Dap Tak Kecil Hati Pemuda Umno Tak Jemput

Pau Dap Tak Kecil Hati Pemuda Umno Tak Jemput

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 249 hits
freemalaysiatoday com 04 Jun 2023Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata apa sahaja keputusan sayap Umno akan dihormati Teo Nie Ching berkata menjadi hak Pemuda Umno untuk tidak menjemput DAP termasuk parti lain dalam kera...
Peringatan Buat Pemuda Umno

Peringatan Buat Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 207 hits
Usahlah menembak kaki sendiri Cukup cukuplah kambing hitamkan DAP Selama ini bukan DAP yang curi pengundi UMNO pun Bukan kebiasaan UMNO bertanding di kerusi yang ditandingi DAP Musuh UMNO adalah Bersatu dan PAS Mereka ini yang curi pengundi...
Pemuda Umno Hormat Keputusan Annuar Musa Sertai Pas

Pemuda Umno Hormat Keputusan Annuar Musa Sertai Pas

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 266 hits
ismaweb net 12 06 2023Barisan anak muda akan terus kekal setia jaga rumah BANGI 23 Zulkaedah 1444H Isnin Pergerakan Pemuda UMNO menghormati keputusan Tan Sri Annuar Musa untuk tidak menerima jemputan menyertai parti itu semula dan memilih u...
Umno Dap Sleeping With The Enemy

Umno Dap Sleeping With The Enemy

papar berkaitan - pada 4/6/2023 - jumlah : 370 hits
Former foes DAP and Umno are now engaged in an uneasy truce However differences at the grassroot level may be costly for both parties Yeoh Guan Jin Free Malaysia Today If there is anyone in the room who believes that the DAP and Umno have k...
Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2025

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan

Tindakan Pecat Tiga Adun Bukti Ketegasan Pas Pertahan Prinsip Disiplin Amp Amanah Mb Perlis

Buat Duit Tanpa Modal Besar Cara Realistik Jana Income Secara Automatik

Pelaburan Online Yang Selamat Panduan Praktikal Untuk Elak Risiko Scam