Dap Mahu Perlembagaan Negara Sekular Sama Seperti Kerangka Awal Sebelum 1957


bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
[email protected] 2, 2023
Peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi, ketika ditemui di Kota Damansara. - Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
KUALA LUMPUR: Matlamat DAP untuk 'memulihkan' Perlembagaan negara supaya menjadi sekular sama seperti draf awal Perlembagaan yang dirangka sebelum 1957 antara sebab pihak tertentu menuntut parti itu meminda perlembagaannya, sekali gus ia dapat meyakinkan kembali orang Melayu kepada DAP.

Mengikut catatan sejarah, draf awal Perlembagaan Persekutuan dibentang Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada 21 Mac 1956 adalah berbentuk sekular, namun selepas mendapat bantahan pemimpin Melayu dan golongan pembesar ketika itu, kedudukan raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu mula dimasukkan sebagai kerangka penting Perlembagaan serta dipertahan hingga kini.

Pengamal undang-undang yang juga penganalisis politik, Datuk Shamsuddin Nawawi, berkata DAP terus memperjuangkan bahawa Perlembagaan asal negara ini sekular dan ia sama seperti matlamat yang digariskan dalam perlembagaan parti itu.

"DAP sebenarnya mahu meminda Perlembagaan Malaysia balik semula kepada sekular. Hujahlah bagaimana pun, DAP tetap mahu pemerintahan sekular.

"Pengertian sekular DAP ialah kesamarataan dalam semua perkara termasuk agama dan 18 matlamat (dalam perlembagaan DAP) itu jelas," katanya mengulas gesaan pihak tertentu yang meminta DAP meminda perlembagaannya bagi memulihkan sokongan Melayu.

Media melaporkan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata DAP tidak perlu menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan 'Malaysian Malaysia' kerana persefahaman sudah dicapai antara parti dalam gabungan sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Ini kerana, katanya, DAP tidak pernah meminta parti lain meminda perlembagaan, selain Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri sudah berpuas hati dengan penjelasan DAP sebelum BN bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, mengulas mengenai Malaysia Malaysian pula, Shamsuddin berkata, konsep itu perlu dinilai dan disoroti sejak dari mula ia digagaskan oleh mendiang bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

"Manifestasi perjuangan Kuan Yew waktu itu diterjemahkan dalam Perlembagaan Singapura apabila (negara itu memutuskan) keluar dari Malaysia pada 1967.

"'The Constitution of the Republic of Singapore' secara jelas meletakkan Melayu sebagai kaum minoriti yang mendapat perlindungan kerajaan kerana Melayu adalah 'the indigenous people' (penduduk asli atau pribumi).

"Untuk (konsep) sama rata, bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris adalah bahasa rasmi dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perjuangan Kuan Yew itu diteruskan oleh DAP," katanya.

Beliau berkata, sungguhpun konsep Malaysia Malaysian itu tidak dizahirkan secara verbatim dalam perlembagaan DAP, namun amat jelas seperti terkandung dalam matlamat parti itu yang digariskan dalam Fasal II perlembagaannya.

"Matlamat pentingnya ialah kesamarataan dalam semua aspek kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama, malah pembahagian Bumiputera dan bukan Bumiputera juga tidak dipersetujui DAP (jika dirujuk Deklarasi Setapak)," katanya.

Justeru, Shamsuddin berkata, jika mahu dihujahkan sama ada perjuangan DAP itu bercanggah atau tidak dengan Perlembagaan Persekutuan, ia perlu dilihat dalam matlamat perlembagaannya.

"Antara yang ketara ialah matlamat mengembalikan Perlembagaan Persekutuan kepada rangka sekular yang asal. Sama ada DAP mendapat sokongan orang Melayu atau tidak, itu soal politik.

"Mungkin ada yang menyokong sebab pada mereka, Melayu mereka tidak terjejas, mereka tetap Islam dan mungkin atas sebab lain. Kepada yang tidak menyokong DAP, juga ada alasan masing-masing," katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/dap-mahu-perlembagaan-negara-sekular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Perlu Gugurkan Agenda Negara Sekular Slogan Malaysian Malaysia Nur Jazlan

Dap Perlu Gugurkan Agenda Negara Sekular Slogan Malaysian Malaysia Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 385 hits
bharian com myOleh Ogos 30 2023 2 03pmMenteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Calon Pakatan Harapan Parlimen Pulai Suhaizan Kayat ketika melawat PDM Sungai Danga di Balairaya Kampung ...
Dap Mesti Tinggalkan Malaysian Malaysia Jika Benar Junjung Perlembagaan

Dap Mesti Tinggalkan Malaysian Malaysia Jika Benar Junjung Perlembagaan

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 243 hits
ismaweb net03 09 2023Pejuang kemerdekaan dulu tolak asimilasi pilih integrasi kaum bina negaraBANGI 17 Safar 1445H Ahad DAP perlu meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia sekiranya parti itu benar benar menjunjung Perlembagaan Ahli Majlis...
Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

Malaysian Malaysia Tak Langgar Prinsip Perlembagaan Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 179 hits
Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Sheikh Omar Ali berkata isu membabitkan slogan Malaysian Malaysia lebih berbentuk serangan politik untuk beri imej dan gambaran buruk terhadap DAP dan juga PH dan kerajaan perpaduan PETALING JAYA Seorang pemimpin...
Maaf Saifuddin Zahid Hamidi Bebas Tak Sama Dengan Mahiaddin Bebas

Maaf Saifuddin Zahid Hamidi Bebas Tak Sama Dengan Mahiaddin Bebas

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 132 hits
Dalam cubaan untuk mempertahankan Ahmad Zahid Hamidi yang beroleh pembebasan daripada semua tuduhan mahkamah yang dihadapinya Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail menyamakannya dengan kes Presiden Bersatu Mahiaddin Md Yasin yang b...
Pmx Masih Sama Hingga Ogos Lafaz Taklik Lelaki Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik

Pmx Masih Sama Hingga Ogos Lafaz Taklik Lelaki Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 351 hits
Tangkapan layar satu lafaz taklik seorang pengguna Facebook pada bulan Februari mengatakan yang akan menceraikan isteri andai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos telah tular di media sosial baru baru i...
Cara Goreng Telur Dadar Crispy Sama Macam Kedai Confirm Jadi Tambah Bahan Ni

Cara Goreng Telur Dadar Crispy Sama Macam Kedai Confirm Jadi Tambah Bahan Ni

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 237 hits
Setiap kali ke kedai pasti kagum dengan telur dadarnya yang rangup Puas mencuba tapi tak pernah jadi Kali ini bagi yang ingin cuba resepi telur dadar crispy di luar dan rangup di dalamnya boleh cuba cara yang dikongsikan oleh ini Sebelum in...
Harga Masih Sama Ja

Harga Masih Sama Ja

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 150 hits
Heboh satu malaysia pasal kenaikan harga tapi harga beras import buat sementara yg aku nampak tadi kat Aeon untuk beras tempatan masih harga terkawal tempat lain macam mana
Jokowi Di Forum Asean Indo Pasifik Ubah Rivalitas Jadi Kerja Sama Tanpa Ada Yang Dikucilkan

Jokowi Di Forum Asean Indo Pasifik Ubah Rivalitas Jadi Kerja Sama Tanpa Ada Yang Dikucilkan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 148 hits
Jokowi melanjutkan adalah pembiayaan berkelanjutan yang inovatif Dia berkata ASEAN membutuhkan USD29 4 triliun untuk transisi energi
Mendag Zulkifli Bertemu Delegasi Vinfast Bahas Peluang Kerja Sama Hingga Investasi Di Bidang Ev

Mendag Zulkifli Bertemu Delegasi Vinfast Bahas Peluang Kerja Sama Hingga Investasi Di Bidang Ev

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 233 hits
Mendag Zulkifli menyambut baik rencana VinFast untuk mendirikan perusahaan manufaktur kendaraan listrik di Indonesia
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ryan Bakery Minta Pempengaruh Sedar Diri Jaga Adab Dalam Hasilkan Konten

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Refund Selepas Tulis Reviu Di Google

Zarina Anjoulie Pilih Lelaki Berduit Kecantikan Perlu Wang Ringgit

Mcmc In Talks With Tiktok Over Removal Of 18 Media Accounts

Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti