Dap Perguna Parti K Jaan Untuk Capai Deklarasi Setapak Kata Sanusi


malaysiakini.com
N Faizal Ghazali & Hariz Mohd
Diterbitkan: Sep 13, 2024 3:48 PM
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa parti-parti dalam kerajaan perpaduan dipergunakan DAP untuk mencapai matlamat Deklarasi Setapak.

Mengkritik perjuangan parti-parti kerajaan perpaduan yang tiada hala tuju katanya, DAP memperlihatkan kejayaan menguasai kerajaan.

“PKR saya pun tak tau apa perjuangannya tak nampak, tak terserlah. Yang paling dominan dan nampak sangat kejayaan menguasai kerajaan adalah DAP.

“Kita tahu perjuangan DAP ini apa dia, apa yang diisytiharkan dalam Deklarasi Setapak.

“Apa yang dinyatakan jelas, terang, nyata, dan sedang dicapai selangkah demi selangkah menggunakan parti-parti lain,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Muslimat PAS ke-64, di Dewan Al-Makmur, Temerloh, hari ini.

DAP paling untung

Deklarasi Setapak diwujudkan pada 1967 yang menyebut antaranya:

“Dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip ini pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ ditentang”.

Tambah pengarah pilihan raya PAS itu, perlu diakui perkara berkenaan dan semua komponen kerajaan perpaduan harus sedar hakikat bahawa rakyat Malaysia sedang menyaksikan yang paling berjaya adalah DAP.

“Yang paling berjaya, paling untung yang paling dominan dalam politik di negara ini dalam kerajaan adalah DAP.
“Walaupun dia tak cakap banyak, tapi semua parti lain bercakap bagi pihak DAP. Perhatilah betul-betul, sebab itu saya kata kena sambungkan puzzle, jangan tengok puzzle satu-satu.

“Sambung daripada sejarah yang panjang itu. Kita akan dapat saksikan yang paling beruntung dalam kerajaan perpaduan ini adalah DAP,” dakwanya lagi.

Bahtera Umno makin karam

Dalam ucapannya, Sanusi turut menyifatkan bahtera Umno ‘semakin karam’ apabila perjuangannya kini bukan lagi untuk mempertahankan Melayu dan Islam, sebaliknya untuk menyelamatkan individu tertentu.

Malah dia turut menegaskan betapa parti itu akan kehilangan banyak kerusi pada PRU ke-16 nanti.
“Umno kini (macam) sebuah badan yang dipergunakan untuk menyelamatkan individu tertentu saja.

“Mereka dah tiada prinsip, langgar habis semua. (Malah) laungan ‘Hidup Melayu’ pada perhimpunan agung (PAU) pun mereka tak berani sebut lagi.

“Dulu mereka ada banyak kerusi, PRU15 tinggal 26, insya-Allah, sekali lagi pilihan raya tinggal enam kerusi Parlimen,” katanya.

Menteri naik lembu juga jadi sasaran

Sanusi turut mengkritik Amanah yang digambarkannya sebagai tiada perjuangan yang jelas.

“Yang lemas sangat ini adalah PAN (Amanah), tidak tahu jadi apa. Tidak nampak apa, boleh la presiden dia jadi menteri naik lembu.
“Tidak ada agenda perjuangan, mereka ikut sahaja DAP, itu parti Amanah” katanya sambil menambah parti-parti itu membentuk kerajaan perpaduan hanya kerana masing-masing ingin merasakan pengalaman memegang tampuk pemerintahan negara.

“Yang tubuh kerajaan (pusat) sekarang ini tak perolehi kerusi banyak pun. Tetapi bergabung dengan ‘bewak’ (biawak), ‘boya’ (buaya) dan ‘pokka’ (sesumpah).

“Tidoq (tidur) guna selimut dan bantal lain-lain, tetapi bergabung demi kuasa, sebab nak jadi kerajaan,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Sanusi juga menyarankan agar Dewan Muslimat terus mengorak langkah ke hadapan mendepani isu-isu semasa terutama berkaitan wanita.

“Muslimat banyak menyumbang dalam pilihan raya, kerja-kerja kempen dan lain-lain, jumpa pengundi, program kemasyarakatan, ziarah dan santuni rakyat.

“Semua usaha ini dilakukan bersungguh-sungguh,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/dap-perguna-parti-kjaan-untuk-capai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vape K Jaan Mana Kasihan Si Jahil Dap

Vape K Jaan Mana Kasihan Si Jahil Dap

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 249 hits
Ahmad Yunus Hairi1 Anty Expo dan promosi vape Kerajaan di manakah KUALA LUMPUR Kerajaan dilihat tiada kesungguhan mahu menjaga kesihatan awam apabila Ekspo Industri Tembakau Baharu Asia yang terus diadakan di Pusat Konvensyen Pameran Antara...
Sanusi Nak Benarkan Kata Dia Bayar La Gaji

Sanusi Nak Benarkan Kata Dia Bayar La Gaji

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 126 hits
Fawwas Fadthil Bayar gaji pemain bola dengan bantu anak yatim mana lebih afdal Jawapannya Bayar gaji pemain lebih afdal dan wajib dibayar Ini kerana pemain terlibat dengan kontrak dan bayaran Maka memenuhi kontrak dan bayaran gaji pemain hu...
Penglipurlara Sanusi Dakwa Dap Kuasai Kerajaan Jom Kita Fakta

Penglipurlara Sanusi Dakwa Dap Kuasai Kerajaan Jom Kita Fakta

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 158 hits
dakwa DAP kuasai kerajaan Jom kita fakta Memang betul DAP adalah parti yang Tapi beberapa perkara yang perlu diperhatikan Walaupun kerusi terbanyak jawatan TPM tak dapat kepada DAP Boleh je kalau DAP nak tuntut tapi itu tak berlaku DAP juga...
Pas Boleh Tukar Nama Kepada Psa Parti Semua Agama Kata Puad

Pas Boleh Tukar Nama Kepada Psa Parti Semua Agama Kata Puad

papar berkaitan - pada 16/9/2024 - jumlah : 217 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 15 2024 5 49 PMPAS sanggup berubah menjadi parti liberal apabila membuka keahlian bersekutunya kepada semua agama kecuali Aties kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi Jelasnya keputusan itu ...
Tarik Balik Kenyataan Sijil Halal Dan Mohon Maaf Kata Pemuda Bersatu

Tarik Balik Kenyataan Sijil Halal Dan Mohon Maaf Kata Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 173 hits
suaramerdeka 7 September 2024PEMUDA Bersatu meminta Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataannya mengenai pensijilan halal untuk semua premis makanan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkoh...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Despite Us Pullout Pm Anwar Says Malaysia Still All In On Paris Agreement