Dap Merobek Hati Melayu Bebankan Ph


Sejurus PH dikuis di Semenyih dengan  BN mendapat 1,914 majoriti undi, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menggesa Putrajaya tidak lagi apologetik dalam melaksanakan janji yang melibatkan agenda Melayu dan Bumiputera.

Timbalan Presiden PKR itu dan Timbalan  Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr. Mohd Radzi Md Jidin (pemimpin BERSATU Kelantan) membuat kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Kelantan dalam rangka lawatan kerja tiga hari di negeri kubu kuat Pas itu.

Adakah Azmin sudah menghidu sentimen pengundi Melayu yang semakin jauh hati dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ekoran banyak janji PRU-14 tidak tertunai serta pada masa sama dipacu dengan sikap melampau sesetengah Menteri, timbalan Menteri, Adun DAP yang menaikkan amarah orang Melayu?

Adakah Azmin dan timbalannya sedar bahawa ramai pengundi Melayu atas pagar termasuk golongan muda yang mengundi PH sudah kecewa lagi panas hati dengan isu penghinaan Islam oleh orang bukan Islam selain jutaan ringgit peruntukan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan hangus demi kepentingan perkauman Cina seperti pendidikan tinggi swasta kaum itu?

Ketika ada segelintir pemimpin Melayu dalam PH cuba untuk menjadi jurucakap DAP dengan mengitar semula hujah kerjasama Umno-Pas hanya atas dasar perkauman, padahal itulah taktik politik pilihan raya; Azmin (baca: PKR) dan Dr Radzi (baca: BERSATU) mulai bermanis wajah dengan kerajaan negeri Kelantan (baca: Pas) yang terbukti masih dipercayai pengundi Melayu di 18 kawasan kerusi Parlimen di seluruh Semenanjung dengan menguasai Kelantan dan Terengganu selain punya banyak kerusi DUN di Kedah.

Ketika Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP, Ronnie Liu sudah memberi amaran agar PH tidak menjadi "lebih Melayu" daripada Umno dan Pas diikuti kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut mengejutkan orang Melayu penyokong PH sendiri ; reaksi segelintir pemimpin Melayu dalam komponen PH yang cuba menafikan realiti wujudnya rasisme seperti diucap sendiri Ronnie Liu dan Guan Eng hanya akan menjauhkan pengundi Melayu daripada PH.


Kenyataan Guan Eng bahawa kerjasama Umno-Pas sebagai 'perang’ kepada bukan Melayu sebelum diubah menjadi  ‘sasaran kepada bukan Melayu’ dilihat menghakis lagi kepercayaan orang Melayu kepada PH yang menduduki hampir 70 peratus komposisi rakyat di tanah air ini.

Ronnie Liu dan Guan Eng "berjaya" mewujudkan persepsi buruk di mata orang Melayu bahawa mereka dan DAP bersikap anti Melayu.

Sudahlah sokongan pengundi Melayu kepada PH pada PRU-14 lalu tidak sampai pun 30 peratus, reaksi melampaui batas lagi provokatif oleh pemimpin DAP itu hanya akan memberi peluru kepada Umno-Pas dan menyukarkan lagi perjalanan PH untuk PRK terdekat di kerusi Dun Rantau ini.

Adakah DAP tidak menyedari kerana mulut celupar mereka, bukan sahaja menyusahkan rakan dalam PH iaitu AMANAH dan BERSATU yang masih bergelut untuk menarik sokongan pengundi Melayu bahkan mengundang rasa tidak harmoni antara orang Melayu dan bukan Melayu merentas fahaman parti politik?

Sudahlah sebelum ini, orang Melayu memerhati tajam perangai pemimpin DAP yang sesetengahnya (bukan semua) ibarat kera mendapat bunga.

Sejurus dapat kuasa, pemimpin PH Cina dan India dari DAP (bukan semua, kena tulis, nanti kita pula dituduh rasis) dari Menteri dan Timbalan Menteri hinggalah Adun bahkan baru jadi ahli majlis menampakkan sikap yang "Malaysian second" walaupun di lidah menyebut "Malaysian Malaysia" bahkan marah benar pula dengan "Malay first".


Orang Melayu tidak lupa bagaimana awal-awal PH dapat mandat rakyat, boleh pula Menteri dari DAP selamba keluar kenyataan media lengkap dengan Jata Negara dalam bahasa Cina. MCA-GERAKAN dalam BN dulu pun tak melampau tahap itu. Sudah jadi Menteri dan Timbalan Menteri pun, Facebook tulis Cina sekali gus tidak menghormati  semangat nasional dan asas kenegaraan melalui sikap memgutamakan bahasa kebangsaan. 

Orang Melayu juga masih ingat bagaimana Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sibuk paksa kerajaan mengiktiraf UEC yang lama dituntut melalui "kerjasama DAP-MCA" untuk UEC walaupun jelas bercanggah dengan semangat sistem pendidikan kebangsaan Malaysia.

Orang Melayu bertambah sakit hati apabila Timbalan Menteri Sumber Manusia, Kulasegaran memanggil Melayu sebagai bangsa pendatang sedangkan ahli antropologi pun sudah mengkelaskan rantau ini sebagai Malay Archipelago sekali gus menjadi hujah bahawa tiada istilah pendatang bagi Melayu di rantau ini kerana sempadan negara Indonesia-Malaysia hanya baru dibentuk tak sampai 100 tahun pun.


Ungkit

Penegasan dua Adun Cina DAP dari Pahang supaya kepimpinan tertinggi parti mereka kembali kepada semangat Deklarasi Setapak 1967 ketika kecoh isu ICERD sebelum ini juga satu isyarat bahaya bagi tanggapan orang Melayu.

DAP jelas mahu mengungkit kembali bibit-bibit tragedi 13 Me 1969 yang membawa kepada aksi tunjuk perasaan orang bukan Melayu yang anti-Melayu di KL dengan mengeluarkan kata-kata makian membangkitkan perasaan marah orang Melayu.

Ketika datuk nenek orang Melayu yang masih hidup hari ini bercerita kepada anak cucu tentang kekejaman Cina komunis menzalimi termasuk membunuh orang Melayu dan membakar kampung sejurus Jepun menyerah kalah; sikap DAP hari ini menggamit kembali pengalaman ngeri orang Melayu.

Pergaduhan kaum menyimbah di merata tempat seperti di Sungai Manik, Batu Kikir, sekitar Bekor dan Lenggong di Perak; Jelebu dan Padang Lebar, Negeri Sembilan; Senggarang, Kluang, Mersing dan Batu Pahat di Johor; Pekan dan Raub di Pahang; Kampung Merbok di Kedah; Kota Bharu, Kelantan serta Alor Gajah, Melaka.

Di Perak pergaduhan kaum Melayu dengan Cina sehingga menumpahkan darah berlaku sekitar Tualang dan Parit, daerah Dinding-Sitiawan, daerah Parit dan Kota Lama, Malim Mawar dan Bagan Datoh, kawasan Manong serta Teluk Anson (Teluk Intan). Ramai orang Melayu dibunuh oleh komunis kerana dianggap sebagai tali barut Jepun (Lanjut rujuk buku Ho Hui Ling; Penerbit Universiti Malaya; 2015).

Selanjutnya tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan orang bukan Melayu melaungkan perkataan "Melayu mati", "Engkau Melayu bodoh", "Tidak berkuasa"; sikap DAP pasca PRU-14 juga tidak ubah masih lagi 'mabuk kemenangan', meminjam bab dalam buku Tunku Abdul Rahman bertajuk "13 Mei: Sebelum dan Selepas".

Bagi orang Melayu yang tidak taksub politik kepartian lantaran sudah hadam sejarah jatuh bangun tanah air ini sudah sedia maklum bahawa Deklarasi Setapak 1967 yang antara lain menolak pengkategorian Bumiputera dan Bukan Bumiputera itu jugalah reaksi protes DAP terhadap kerajaan ketika itu untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekali gus bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Masyarakat Melayu juga sudah melihat bagaimana pemimpin Cina DAP begitu mendesak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (baca: BERSATU) supaya menyalurkan peruntukan kerajaan kepada pendidikan swasta Cina ketika banyak Sekolah Kebangsaan (SK) di kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak masih memerlukan lebih perhatian.

Di kawasan bandar dan pinggir bandar pun, SK untuk semua anak Malaysia bukan hanya untuk anak Melayu sedia ada tidak cukup menampung pelajar sehingga mereka terpaksa berhimpit macam ikan sardin dalam tin selain terpaksa buat sekolah sesi petang.

Sebaliknya, boleh pula peruntukan untuk sekolah persendirian Cina dipercepat melalui penyediaan dana khas Kementerian Kewangan.

Bukan sedikit. Menteri Kewangan menyalurkan terus dana khas RM 12 juta kepada sekolah menengah persendirian Cina yang tidak membantu pun perpaduan semua anak Malaysia di bawah satu bumbung iaitu Sekolah Kebangsaan.


Mengitar semula

Takkanlah pemimpin Melayu PH (bukan semua) terlalu naif dengan asyik mengitar semula label rasisme itu hanya sikap orang Melayu sahaja atau lebih sempit kepada politik kepartian, kerjasama Umno-Pas itu sebagai rasis?

Melihatkan reaksi berlebihan pemimpin Cina DAP (pemimpin Melayu DAP setakat ini belum nampak lagi bersuara lantang, mungkin serba salah) terhadap kerjasama Umno-Pas, sukalah diingatkan kepada Melayu PH yang sudah berada di barisan kerajaan, tidak perlulah terikut rentak DAP melatah tahap melampaui batas.

Sedarlah, "kerjasama DAP-MCA-Gerakan" dulu pun sudah lama ada. Hanya mereka tidak isytihar rasmi.

DAP sebelum ini di blok pembangkang bersama MCA-Gerakan sebagai komponen BN dalam parti pemerintah sebelum ini jauh lebih awal bekerjasama untuk kepentingan kaum Cina.

Dua-dua pihak Cina makan keliling. BN pun dia tekan. DAP sebagai pembangkang ketika itu pun dia asak. Semak baca balik tuntutan Suqui berkenaan pendidikan.

Google balik "kerjasama" DAP-MCA menjelang PRU 1999 dengan mengemukakan bermacam-macam tuntutan termasuk paksa supaya UEC diiktiraf.

Tidakkah itu juga boleh dibaca sebagai "peperangan" kepada orang Melayu kalau mengikut logik sempit Guan Eng sebelum diubah tapi masih tak dapat memyembunyikan perasaan sebenar yang terbenam di lubuk hati?

Justeru, realiti politik tanah air pasca PH menjadi kerajaan ini perlu diberi perhatian serius oleh pemimpin Melayu PH.

Sila nasihatkan rakan anda DAP dalam kumpulan WhatsApps atau dalam mesyuarat dan minum petang. Nasihatkan DAP bahawa kita sudah jadi kerajaan, utamakan polisi kerajaan berkaitan kepentingan kebangsaan atau kepentingan nasional bukan tamak haloba kaum.

Utamakan bahasa kebangsaan dalam acara rasmi kerajaan. Pemimpin DAP yang jadi Menteri mesti ingatkan pegawai-pegawai kerajaan yang mungkin sudah tidak peduli tentang bahasa kebangsaan ini untuk kembali mendaulatkan bahasa milik negara.

Guna juga bahasa Melayu ketika sidang media, jawab dalam bahasa Melayu walaupun wartawan bukan Melayu tapi rakyat Malaysia sibuk bertanyakan dalam bahasa Inggeris dengan 'grammar' dia pun lintang pukang.

Pemimpin bukan Melayu PH tolonglah berperanan. Paling tidak pun keluarkan kenyataan rasmi menasihatkan kaum masing-masing supaya berakal budi hidup saling menghormati.


Menahan sabar

Sebanyak 929 laporan dengan 16 kertas siasatan dibuka oleh polis setakat 5 Mac lepas  berhubung penghinaan terhadap agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.


Jumlah itu bukan angka yang kecil untuk PH pandang sebelah mata. Tapi penegasan Waytamoorthy sebagai Menteri Perpaduan pun entah ghaib ke mana.

Bagi sesetengah pemimpin Melayu PH yang suka benar mahu tonjolkan konon terbuka kepada kaum lain pula, tidak payahlah 'over' sangat.

Kalau anda mahu terus jadi wakil rakyat untuk PRU-15 nanti, baik fokus pada kerja masing-masing dan diam saja jika DAP menunjukkan belang ultra kiasu dan rasisnya.

Tidak usah membela atau jadi jurucakap DAP.  Tidak untung pun. Lihat saja barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang. Ada mahu DAP beri walau satu jawatan kepada AMANAH dan BERSATU sedangkan masing-masing ada dua kerusi Dun!

Setakat ini, nampaknya PKR dan BERSATU pun tidak buka mulut untuk bela DAP yang masih diselubungi keutamaan kepada kehendak Cina.

Sudah. Tunaikan apa yang dijanji pada PRU-14. Laksanakan dasar dan program untuk masyarakat Melayu.

Isu sara hidup yang paling genting mesti pemimpin Melayu PH tangani. Biarlah DAP mahu jadi hero Cina dan India.

Sebab kuasa undi Melayu akan mengajar mereka dan bukan semua kaum bukan Melayu pun terutama yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan suka dengan sikap ekstrem DAP pun tambah-tambah apabila sudah menjadi Menteri.

Selagi pembunuh wira bomba Adib tidak dihukum mati selagi itu pengundi Melayu menyimpan rasa kecil hati kepada PH. Orang Melayu lebih-lebih lagi anggota bomba dan keselamatan negara tetap tidak akan lupa bagaimana sekumpulan India bergelar Menteri, Adun Selangor dan Ahli Parlimen membuat sidang media menyalahkan polis ekoran isu rusuhan kuil di Selangor. Trend undi pengundi awal pada PRK Dun Semenyih lalu bukti polis dan askar sudah tawar hati dengan PH.

Selagi orang bukan Melayu terus menghina Islam di media sosial tanpa tiada sorang pun pemimpin bukan Melayu PH mengeluarkan kenyataan rasmi hatta Menteri Perpaduan (India Hindraf) tampil tegas menasihatkan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam supaya bersikap hormat, selagi itu hampir 70 peratus masyarakat Melayu Bumiputera terus curiga kepada kerajaan PH hari ini.

Bukannya orang Melayu perkauman tetapi sikap beberapa pemimpin DAP itulah yang sengaja mencurah minyak ke api.

Jelas, DAP tidak sampai setahun jadi sebahagian blok pemerintah sudah banyak merobek hati orang Melayu sekali gus membebankan Pakatan Harapan (PH) untuk menarik sokongan pengundi Melayu yang sedang menahan sabar.

Arif Atan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2019/03/dap-merobek-hati-melayu-bebankan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semenyih Isyarat Rajuk Jauh Hati Pengundi Melayu

Semenyih Isyarat Rajuk Jauh Hati Pengundi Melayu

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 511 hits
ARIF ATAN Pengundi Semenyih sudah pun bersuara semalam Pakatan Harapan gagal mempertahankan kerusi N 24 apabila calonnya Muhammad Aiman Zainali mendapat 17 866 undi berbanding calon BN Zakaria Hanafi dengan meraih 19 780 undi Majoriti seban...
Umno Dan Bn Yang Lingkupkan Hak Hak Melayu Di Malaysia Bukan Dap

Umno Dan Bn Yang Lingkupkan Hak Hak Melayu Di Malaysia Bukan Dap

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 355 hits
Sewaktu kerajaan di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional merekalah yang melingkupkan hak hak Melayu itu kata Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu ketika ditanya mengenai agenda Perpaduan Ummah yang diuar uarkan melalui kerjasam...
Ppbm Akan Bekerja Lagi Kuat Mengumpulkan Undi Melayu Bumiputera Islam Selepas Teruk Dimaki Hamun Penyokong Dap

Ppbm Akan Bekerja Lagi Kuat Mengumpulkan Undi Melayu Bumiputera Islam Selepas Teruk Dimaki Hamun Penyokong Dap

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 529 hits
Tiba tiba tona suara para pemimpin Pakatan Harapan terutama dari PPBM berubah sebaik baik berita kekalahan calon PPBM di DUN Semenyih malam tadi Tiba tiba sahaja PPBM diselimuti keinsafan berhubung nasib orang Melayu Bumiputera dan Islam Da...
Dap Bagi Amaran Ph Jangan Jadi Lebih Melayu Dari Umno Dan Pas

Dap Bagi Amaran Ph Jangan Jadi Lebih Melayu Dari Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 500 hits
Ahli jawatankuasa eksekutif DAP Ronnie Liu mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak menjadi lebih Melayu berikutan kekalahan mereka pada pilihan raya kecil DUN Semenyih Sabtu lalu Akan ada beberapa pemimpin PH yang mula ketakutan berhubung k...
Dap Berusaha Secepat Mungkin Memusnahkan Kekuatan Ekonomi Orang Melayu Islam Prksemenyih

Dap Berusaha Secepat Mungkin Memusnahkan Kekuatan Ekonomi Orang Melayu Islam Prksemenyih

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 364 hits
https i2 wp com pakdin my wp content uploads 2019 02 20190228 dap musnahkan ekonomi melayu jpg fit 600 2C400 ssl 1Institut kajian DAP mendapati kekuatan ekonomi orang Melayu ada pada 2 tempat Pertama pada gaji 1 juta lebih kakitangan keraja...
Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

Label Umno Pas Taliban Dap Hanya Jejaskan Sokongan Melayu Pada Ph

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 368 hits
Diterbitkan Hari ini 8 58 malam Tindakan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menyifatkan kerjasama Umno dan PAS dengan Taliban akan menghakiskan lagi sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan kata penganalisis politik Pensyarah Universiti...
Jelang Sidang Putusan Presenter Reza Bukan Berdoa Mata Hati Hakim Dibukakan

Jelang Sidang Putusan Presenter Reza Bukan Berdoa Mata Hati Hakim Dibukakan

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 206 hits
Reza Bukan ditangkap pada 30 Juni 2018 lalu di kediamannya di Casa Jardin Blok F 8 6 Kelurahan Keduang Kali Angke Kecamatan Cengkareng Jakarta Barat Pada Sabtu malam tim mengikuti pelaku selepas pulang kerja dari salah satu stasiun TV
Video Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Luahan Nonny Meruntun Hati Semua

Video Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Luahan Nonny Meruntun Hati Semua

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 403 hits
VIDEO Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Ya Allah Tolonglah Aku Luahan Nonny Meruntun Hati Semua Tidak mampu membendung airmata sepanjang perkongsian penghijrahannya pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah berkata dahulu cintanya terh...
Bahaya Gangguan Hati Berlemak

Bahaya Gangguan Hati Berlemak

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 422 hits
Assalamualaikum wbt Penyakit Hati Berlemak Tanpa Kehadiran Alkohol atau Non Alcoholic Fatty Liver Disease boleh membawa maut sekiranya ianya lambat dikesan Di Malaysia dianggarkan sebanyak 17 peratus orang dewasa mengalami penyakit ini dan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah