Dap Memang Pewaris Perjuangan Pap Pensyarah Uum



DAP MEMANG PEWARIS PERJUANGAN PAP

Oleh: Dr. Kamarul Yusuff, UUM.

Gegak-gempita jadinya penyokong DAP dan Pakatan Harapan (PH) bila Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyebut dalam nada yang agak keras di dalam ucapan beliau di Rusila, Marang, pada 10 April 2017 mengenai kedudukan DAP sebagai pewaris perjuangan PAP.

Bagaimanapun, bagi mereka yang betul-betul mengkaji dan memahami sejarah politik Malaysia sejak tahun 1960-an, termasuk detik waktu Singapura menyertai Malaysia dari 16 September 1963 ke 9 Ogos 1965, ucapan ini tidak mengandungi sebarang kontroversi kerana ia adalah satu hakikat.

Ayat “The DAP is committed to the struggle for a free, democratic socialist Malaysian Malaysia” dan ayat “DAP adalah komited kepada perjuangan untuk sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia yang bebas dan demokratik sosial” jelas terpampang di dalam laman web rasmi DAP.

Perjuangan Malaysian Malaysia bermula dari inisiatif PAP mengumpulkan empat parti lain, iaitu United Democratic Party (UDP) dan People’s Progressive Party (PPP) dari Semenanjung Malaysia serta Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Machinda dari Sarawak pada 9 Mei 1965.

Para pemimpin keempat-empat parti ini, dengan diketuai oleh PAP, di dalam perjumpaan mereka di Sri Temasek, Singapura, telah mengeluarkan deklarasi bersama atas nama Malaysian Solidarity Convention (MSC) bagi meminta sokongan rakyat ke atas perjuangan Malaysian Malaysia.

Peri pentingnya konsep Malaysian Malaysia kepada perjuangan PAP dan empat parti rakannya ini boleh dilihat melalui sebutan “Malaysian Malaysia” sebanyak 15 kali di dalam deklarasi bersama yang menyeru rakyat menghadiri konvensyen di Teater Nasional, Singapura, pada 6 Jun 1965.

Terang deklarasi bersama ini, “A Malaysian Malaysia means that the nation and the state is not identified with the supremacy, well-being and the interests of any one particular community or race”, yang membawa makna bahawa tiada kaum mempunyai kelebihan berbanding kaum lain.

Di dalam pengenalannya, deklarasi bersama ini menyebut betapa kesedaran untuk menghasilkannya wujud ekoran kesedaran para pemimpin keempat-empat parti ini mengenai ancaman pihak luar kepada Malaysia dan petanda masalah ekoran pertelingkahan dalaman.

Kebetulannya, Yang di-Pertuan Agong di dalam titah ucapan sewaktu merasmikan pembukaan sidang Parlimen pada 26 Mei 1965, turut menyebut mengenai ancaman pihak luar kepada Malaysia di samping “ancaman dari dalam negeri” yang bertujuan hendak menimbulkan kekacauan.

Lee Kuan Yew, yang seolah-olah termakan cili, sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada 27 Mei 1965, mempersoalkan kewajaran Baginda memperkatakan mengenai “ancaman dari dalam negeri” tanpa menyebut identiti sebenar pihak yang menjadi ancaman ini.

Sambil mempertahankan diri beliau dan pemimpin MSC lain dari serangan yang dibuat di dalam media massa ke atas konsep Malaysian Malaysia, Lee Kuan Yew mempertegaskan sambil menjelaskan dengan panjang lebar konsep ini di dalam ucapan beliau di Parlimen pada hari itu.

Lee Kuan Yew juga mengemukakan cadangan supaya usul terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dipinda dengan menambah ungkapan lain, iaitu menyesali bahawa titah ucapan Baginda tidak meyakinkan negara bahawa Malaysia akan membangun ke arah Malaysian Malaysia.

Setelah berbahas panjang, termasuk mendengar penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, usul Lee Kuan Yew ditolak setelah ia hanya mendapat sokongan 14 Ahli Parlimen berbanding bangkangan 108 Ahli Parlimen lain dalam pengundian yang dibuat pada 3 Jun 1965.

Dalam pada itu, Lee Kuan Yew, dalam satu lagi ucapannya di Singapura pada 30 Mei 1965, sekali lagi menekankan betapa Singapura tidak pernah bersetuju dengan pemerintahan Melayu bila ia menyertai Malaysia sambil menegaskan cakap-cakap mengenainya adalah cakap-cakap bodoh.

Beliau juga menyebut betapa isu Malaysian Malaysia perlu diputuskan sekarang, tanpa perlu menunggu lima atau 10 tahun lagi, kerana jika mereka tidak mahu maka ia akan menjadikannya lebih mudah untuk pihak yang mahukannya membuat rancangan-rancangan alternatif lain.

Kata beliau, salah satu rancangan ini adalah untuk menggabungkan semua negeri yang bersetuju dengan konsep Malaysian Malaysia, di mana beliau menyebut tiga negeri, iaitu Singapura, Sabah dan Sarawak, sambil menambah Melaka dan Pulau Pinang sebagai mungkin turut berminat.

Seterusnya, di dalam konvensyen MSC pada 6 Jun 1965, Lee Kuan Yew telah memberi ucapan yang berapi-api dengan di antara lainnya mengingatkan mereka mengenai slogan yang beliau berikan dan yang mereka setujui, iaitu Malaysian Malaysia, dan betapa mereka akan menang.

Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah di sebaliknya, di mana Singapura akhirnya terkeluar dari Singapura setelah Parlimen meluluskan “The Constitution And Malaysia (Singapore Amendment) Bill” yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman Putra, pada 9 Ogos 1965.

Apa yang berlaku selepas itu tercatat kemas di dalam lipatan sejarah, di antaranya ialah di dalam Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang dibentangkan oleh Pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin, kepada Persidangan Kebangsaan pertama DAP di Setapak pada 17 Mac 1968.

Di dalam laporan ini, Dr Chen Man Hin, yang sekarang merupakan Penasihat Seumur Hidup DAP, menyebut mengenai bagaimana tenaga Malaysian Malaysia tidak mati bila Singapura terkeluar, di mana peranan dimainkan PAP terus diambil-alih oleh satu PAP yang berasaskan Malaysia.

Kata Dr Chen Man Hin, PAP Malaysia ini dibatalkan pendaftarannya pada 9 September 1965 menyebabkan para pemimpinnya mendaftarkan sebuah parti baru bernama DAP yang diluluskan pendaftarannya pada 19 Mac 1966, maka bermulalah perjuangan Malaysian Malaysia DAP.

#CelahGelegar Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://1malaynews.blogspot.com/2018/11/sejarah-dap-memang-pewaris-perjuangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uum S Kamarul Zaman Retracts Dap Stooge Post Apologises To Mujahid

Uum S Kamarul Zaman Retracts Dap Stooge Post Apologises To Mujahid

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 221 hits
Universiti Utara Malaysia lecturer Kamarul Zaman Yusoff today issued an apology to Minister in the Prime Minister s Department Mujahid Rawa Yusof and retracted a statement he made on Facebook describing the Parit Buntar MP as a liberal and ...
Abang Bomba Sudah Ramai Tahu Memang Hebat Tapi Si Kecil Ini Pula Ternyata Sangat Pintar Apabila

Abang Bomba Sudah Ramai Tahu Memang Hebat Tapi Si Kecil Ini Pula Ternyata Sangat Pintar Apabila

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 424 hits
LELAKI berdepan detik cemas apabila dua anaknya terperangkap di dalam kereta ketika dia memberhentikan kenderaannya untuk menyerahkan sepucuk surat kepada jirannya di Bandar Sunway Subang Jaya hari ini Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Suban...
Memang Celaka Puak Puak Ni

Memang Celaka Puak Puak Ni

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 236 hits
Gempar lebih RM22j dana Tabung Haji untuk politik RAZIATUL HANUM A RAJAK SHAH ALAM Lembaga Tabung Haji mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu Difahamkan perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pert...
15 Gambar Sama Cantik Sama Padan Sekitar Perkahwinan Deepika Dan Ranveer Yang Dinantikan Ramai Peminat Memang Cantik

15 Gambar Sama Cantik Sama Padan Sekitar Perkahwinan Deepika Dan Ranveer Yang Dinantikan Ramai Peminat Memang Cantik

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 991 hits
Pasangan bintang Bollywood Deepika Padukone dan Ranveer Singh telah berkahwin pada 14 November lalu Pasangan bagai pinang dibelah dua ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak lima tahun lalu ketika membintangi filem Goliyon Ki Raasleela a...
Anda Mungkin Tak Suka Tapi Daun Pokok Ini Memang Sangat Mujarab Merawat 4 Jenis Penyakit Paling Ditakuti Di Dunia

Anda Mungkin Tak Suka Tapi Daun Pokok Ini Memang Sangat Mujarab Merawat 4 Jenis Penyakit Paling Ditakuti Di Dunia

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 881 hits
Sukun adalah salah satu jenis buah yang sering dimasak menjadi berbagai macam sajian Salah satu hidangan yang paling popular adalah sukun goreng atau sukun rebus Buah sukun memiliki karakter yang manis lembut dan mengenyangkan Namun terbukt...
Tengok Banyak Kali Pun Tak Jemu Reaksi Siti Aafiyah Apabila Ibu Balik Kerja Memang Comel Habis

Tengok Banyak Kali Pun Tak Jemu Reaksi Siti Aafiyah Apabila Ibu Balik Kerja Memang Comel Habis

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 390 hits
Pada 13 Oktober 2017 selepas 11 tahun berkahwin Datuk Siti mengumumkan yang beliau kini disahkan hamil empat bulan di dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa Ampang Selangor Ini merupakan kehamilan be...
Setelah 23 Tahun Dipenjara Baru Tahu Dia Tak Bersalah Memang Kes Nanya

Setelah 23 Tahun Dipenjara Baru Tahu Dia Tak Bersalah Memang Kes Nanya

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 414 hits
30 November 2018 CHANGCHUN Lebih dari 20 tahun dia dipenjara kini dibebaskan setelah dinyatakan tidak bersalah atas jenayah yang dituduhkan kepadanya Jin Zhehong yang kini berusia 50 tahun dibebaskan setelah menghabiskan setengah dari hidup...
Polis Sahkan Memang Adib Cedera Kerana Dipukul

Polis Sahkan Memang Adib Cedera Kerana Dipukul

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 262 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan dakwaan bahawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di Putra Heights Subang Jaya ada...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik