Dap Hancur Melayu



blogtunm.blogspot.com Tun M
1. Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia

2. Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah. Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu

3. Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka

4. Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.
5. Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di lain-lain tempat. British ambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka

6. Lepas Perang Dunia II, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka mencadang menubuh Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London. Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael paksa Raja-Raja Melayu serah negeri-negeri mereka kepada British.
7. Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British, suatu kuasa dunia yang baru menang perang terpaksa tunduk kepada orang Melayu, terpaksa batal Malayan Union hanya dua tahun selepas diisytihar

8. British ingat mudah untuk rampas negeri Melayu seperti mereka rampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi. Percubaan untuk rampas negeri Melayu, untuk sebenarnya hancurkan bangsa Melayu gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.
9. Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu tuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu tuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.
10. Melayu tolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu tolak

11. Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, Kerajaan pimpinan Melayu perkenal dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia. Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.
12. Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya tiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik akan minta untuk pergi mengadap Presiden Amerika. Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, hanya pergi Amerika Syarikat (US) tiga tahun selepas dilantik walaupun duta Amerika Syarikat cuba mendapat temujanji sesudah sahaja Perdana Menteri baru Malaysia mengambil alih.
13. Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur selewengan kuasa besar kepada Israel

14. Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk Kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank. Badan-badan ini menawar pinjaman jika Malaysia letak ekonomi Malaysia dibawah mereka.
15. Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah keturunan nilai Ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan muflis – bankrap. Tetapi tidak. Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran Melayu.
16. Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan

17. Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin. Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu

18. Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia.
19. Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 May 2018, parti ini kalah

20. Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri

21. Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu

22. Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP. Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng.
23. Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak

24. Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah

25. Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?
26. Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah

27. Saya malu. Amat malu

28. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka

29. DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2020/05/dap-hancur-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiap Kali Melayu Bergaduh Dap Yang Salah

Tiap Kali Melayu Bergaduh Dap Yang Salah

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 278 hits
Ketua Pemuda DAP Johor Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa masih menjadikan DAP alasan kelemahan pentadbiran kerajaan Kenyataan itu hadir selepas kenyataan Annuar yang memberikan tiga sebab Umno perl...
Melayu Kalau Waras Tak Join Dap

Melayu Kalau Waras Tak Join Dap

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 333 hits
Mungkin ayat ITU tidak benar tetapi ada JUGA tepatnya Bawa sekali masuk kubur kamu
Poster Majlis Maulid Persia Melayu

Poster Majlis Maulid Persia Melayu

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 328 hits
MAOELID PEURISA MEULAJOE 1422 10 1439 29 2017 18 1442 31 2021 09 00 60186468684 60123497323 60126254555 Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain at...
1 Februari 1948 Memperingati Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

1 Februari 1948 Memperingati Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 332 hits
Ramai yang malu mengaku Melayu jauh sekali berjuang ubah nasib anak bangsaSAYA yakin ramai yang tidak mengetahui bahawa tarikh 1 Februari adalah hari penubuhan Persekutuan Tanah Melayu di mana negeri negeri Melayu telah diisytiharkan sebaga...
Sakitnya Tanah Rizab Melayu

Sakitnya Tanah Rizab Melayu

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 512 hits
ISU Tanah Rizab Melayu berlegar dilaporkan Utusan Malaysia dalam seminggu ini Berbahang Datuk Hamidah Osman dedahkan isu TRM begini Pejabat Tanah dan Galian jawab begitu Polis ada ketegasannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pula ada...
Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

Pengkhianat Tanah Rizab Melayu Harus Dilucut Kerakyatan

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 251 hits
Rampas semula tanah demi kedaulatan undang undang negaraBANGI Hanya pengkhianat sanggup melakukan penyelewengan Tanah Rizab Melayu di Sitiawan yang kini didakwa sudah berpindah milik kepada bukan Melayu Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumip...
Pindah Milik Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu Satu Pengkhianatan

Pindah Milik Tanah Rizab Kepada Bukan Melayu Satu Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 361 hits
ISMA harap pihak bersalah mesti dikenakan hukuman tegas BANGI Tanah rizab Melayu yang didakwa berpindah tangan kepada bukan Melayu di Sitiawan Perak adalah suatu pengkhianatan kepada bangsa Melayu Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Prof...
Ajaran Agama Melayu Ibu Yati Kini Disiasat Pihak Berkuasa Selepas Didakwa Sesat

Ajaran Agama Melayu Ibu Yati Kini Disiasat Pihak Berkuasa Selepas Didakwa Sesat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 354 hits
Satu ajaran agama baru dikenali sebagai Agama Melayu dilaporkan telah dikesan dan menjadi topik perbualan masyarakat di negara ini sejak beberapa hari ini Agama berkenaan menurut Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Nasrudin Hassa...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance