Dana Politik Gubal Segera Akta Kawal Sumber Dana




Dana politik: Gubal segera akta kawal sumber danaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: June 24, 2022EmailPrintFriendlSharePendedahan di mahkamah dalam perbicaraan kes korupsi bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang melibatkan sumbangan kewangan daripada syarikat berurusan dengan kerajaan mewajarkan Akta Pendaaan Politik segera digubal.
Menurut Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (Pusat C4), pemindahan dana yang diistilahkan sebagai sumbangan politik yang didakwa dibuat oleh Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dalam kes itu kepada beberapa ahli politik terkemuka sehingga S$520,000 sebulan kepada Ahmad Zahid; RM1.3 juta kepada Muhyiddin Yassin pada 2018; RM3.7 juta kepada Khairy Jamaluddin serta beberapa nama lain tidak sepatutnya dipandang ringan.
Kata C4, tidak mustahil banyak lagi pembiayaan politik yang berlaku namun tidak terdedah seperti dalam perbicaraan rasuah kes bekas Timbalan Perdana Menteri berkenaan.
“Testimoni bekas pengarah dan kakitangan UKSB mengesahkan bayaran kepada Ahmad Zahid dan Muhyiddin Yassin adalah berkaitan program sistem visa asing kerajaan yang melibatkan perjanjian kontrak antara UKSB dan Kementerian Dalam Negeri. Bayaran berkenaan telah direkodkan dalam lejar UKSB.
“Pendedahan ini menyerlahkan keperluan mendesak untuk kerajaan memperkenalkan undang-undang mengenai pembiayaan politik dan mengawal selia secara menyeluruh derma kepada parti politik atau individu yang berkaitan politik.
“Derma politik tidak terkawal adalah penyebab utama rasuah politik. Di bawah rangka kerja undang-undang semasa, tiada had jumlah derma yang dibenarkan.
“Juga tiada keperluan bagi parti politik mendedahkan identiti penderma. Ini menghalang sebarang jenis pengawasan atau penelitian awam bagaimana derma itu mempengaruhi sistem politik sehingga selepas seseorang ahli politik didakwa menerima rasuah, seperti yang dibuktikan oleh kes Ahmad Zahid sekarang.
“Berapa banyak lagi “derma politik” yang mencurigakan kepada ahli politik yang tidak diketahui oleh orang ramai?” tanya C4 dalam satu kenyataan.
Tegas NGO itu, kekurangan peraturan mengenai derma politik juga mewujudkan kawasan kelabu di mana garis antara derma politik dan rasuah boleh menjadi kabur.
Hal itu, kata C4, memberi kesan kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Mansor. Selepas beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan menerima sogokan berjumlah RM2 juta daripada pengarah urusan Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong, dia dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.
“Alasan pembebasannya ialah RM2 juta yang dipersoalkan, yang dimasukkan ke dalam Tadmansori Holdings Sdn Bhd milik Tengku Adnan sendiri, didapati merupakan derma kepada Umno untuk dua Pilihan Raya Kecil dan bukan untuk kegunaan peribadi Tengku Adnan.
“Di manakah, kita akan membuat garis untuk derma politik ini? Walaupun mereka mungkin merupakan sumber pembiayaan politik yang sah, tanpa peraturan dan pengawasan yang sewajarnya, mereka bukan sahaja membuka pintu kepada kemungkinan berlakunya rasuah antara ahli politik yang berkuasa dan syarikat yang mencari perniagaan tetapi juga memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap sistem politik.
“Sebilangan besar ahli politik yang menghadapi kes mahkamah yang melibatkan derma politik menunjukkan ini bukanlah amalan terpencil,” kata C4.
Sehubungan itu NGO berkenaan menggesa agar Parlimen membentangkan Rang Undang-undang pembiayaan politik secepat mungkin kerana draf undang-undang telah wujud sejak sebelum pentadbiran Pakatan Harapan, cuma masih belum didedahkan kepada umum.
“Undang-undang pengisytiharan aset ini akan dibentangkan untuk menghalang aliran kekayaan rahsia dan haram.
“Misalnya (jika RUU itu wujud) semua ahli politik yang dinamakan dalam perbicaraan Ahmad Zahid Hamidi perlu menjelaskan penerimaan dana mereka daripada UKSB dan bagaimana wang itu digunakan. Penafian semata-mata hanya akan membawa kepada defisit amanah,” kata C4 lagi.
Selain itu C4 juga meminta pertanggungjawaban sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak segera menyiasat beberapa tokoh politik didedahkan oleh UKSB, sedangkan maklumat tersebut telah diperolehi mereka ketika sesi soal siasat bertahun lalu.
Di samping itu C4 juga mahu Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) bertindak menyiasat perkara berkenaan dan memastikan mengapa SPRM tidak melancarkan siasatan terhadap ahli politik lain walaupun mengetahui kandungan lejar itu terlebih dahulu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/dana-politik-gubal-segera-akta-kawal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Segera Khairy Terima Dana Politik

Siasat Segera Khairy Terima Dana Politik

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 322 hits
Siasat segera Khairy terima dana politikPosted By on June 20 2022Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu segera menyiasat Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin berikutan keterangan di mahkamah dalam kes perbicaraan Datuk Seri ...
Muhyiddin Nafi Menerima Dana Politik Rm1 3 Juta Dakwa Jalani Pembedahan Dan Bercuti

Muhyiddin Nafi Menerima Dana Politik Rm1 3 Juta Dakwa Jalani Pembedahan Dan Bercuti

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan menerima RM1 3 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd semasa berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan Dia berkata dakwaan y...
Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 218 hits
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut menerima dana politik RM3 7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun juga memberitahu Menteri Dalam Negeri Tan Sr...
Derma Darah Dapat Mi Segera Perisa Babi

Derma Darah Dapat Mi Segera Perisa Babi

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 155 hits
SATU kertas siasatan telah dibuka Polis Diraja Malaysia berkaitan kes pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera berperisa daging babi cincang pada satu program derma darah di sebuah pusat beli belah di Batu Pahat Johor pada Ahad Ketu...
Kontroversi Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi Cincang Penganjur Mohon Maaf Dan Kesal Ianya Tidak Disengajakan

Kontroversi Cenderahati Mi Segera Perisa Daging Babi Cincang Penganjur Mohon Maaf Dan Kesal Ianya Tidak Disengajakan

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 133 hits
Penganjur program derma daarah memohon maaf kepada orang ramai yang menerima beg cenderahati berisi mi segera berperisa daging babi cincang di pusat beli belah di sini kelmarin Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan Lou Kok Me
Pinjaman Peribadi Koperasi 10 Minit Segera Diluluskan

Pinjaman Peribadi Koperasi 10 Minit Segera Diluluskan

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 437 hits
Untuk makluman anda untuk semak baki loan kereta anda boleh dilakukan secara on the net Anda hanya perlu daftar sebagai pengguna di laman Website lender masing masing Pada masa sekarang kesemua lender telah menyediakan perkhidmatan on the i...
Resipi Sweet Sour Chicken Mudah Sedap Tanpa Guna Sos Segera

Resipi Sweet Sour Chicken Mudah Sedap Tanpa Guna Sos Segera

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 192 hits
Sedapnya Sweet Sour Chicken Chinese Style Ayam Masam Manis stail cina perkongsian saudari Helna Nadira ni Lauk yang satu ini pastinya menjadi kegemaran anak anak dek kerana rasanya yang tidak pedas Para ibu juga pasti suka kerana cara masak...
Caffino Kapucino Segera Pertama Di Indonesia Yang Menggunakan Kopi Asli Dan Susu Asli

Caffino Kapucino Segera Pertama Di Indonesia Yang Menggunakan Kopi Asli Dan Susu Asli

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum Kopi memang best diminum tak kira waktu Tambahan pula kopi Caffino dengan rasa kopi asli dari bahan bahan berkualiti Caffino adalah kapucino segera pertama di Indonesia yang menggunakan kopi asli dan susu asli Caffino kapuci...
Perlu Segera Pru 15 Jika Mahu Kerajaan Kuat Dan Juga Mengembalikan Kepercayaan Rakyat

Perlu Segera Pru 15 Jika Mahu Kerajaan Kuat Dan Juga Mengembalikan Kepercayaan Rakyat

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Islam SeMalaysia Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Pilihan Raya Umum ke 15 perlu diadakan segera jika mahu membina kekuatan dalam kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara Bagaima...
Walkie Talkie Serangan Teknologi Baru Pbb Israel As Kalah

Aeon Mall Bukit Tinggi Klang Meriah Dengan Pameran Transformers One

Investment Grade 5 Lots From Bonhams 2024 Autumn Stafford Sale

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Menu Dinner Pak Zain Discharged

Ulangtahun Kelahiran Dak Kakak Dan Gerakan Reformasi

Baru Draf La Benggong Rupanya

Doa Naik Kapal Laut


echo '';
10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Khasiat Jus Tembikai Rahsia Awet Muda Dan Ceria Sepanjang Hari

Resepi Mooncake Halal

Spinning The Wheel Of Fortune A Deep Dive Into Online Roulette Strategies

Penyelewengan Akidah Pemimpin Gisb Dakwa Mampu Hubungi Nabi Dalam Sedar Bekas Ahli

Gadis Diarah Tanggal Pakaian Sebagai Bukti Bukan Lelaki

Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group