Dan Rakyat Baik Letak Jawatan
BOB KELANANG
Seperti semua kes Covid-19 lain, pengesan kontak kini berlumba dengan masa untuk mengesan individu yang mempunyai kontak dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Zulkifli Mohamad sejak 14 hari lepas.
Kali ini, tugas itu menjadi lebih mencabar kerana dua minggu sebelum dijangkiti, Zulkifli telah merasmikan pelbagai acara yang dihadiri ratusan peserta, merentasi beberapa negeri, jika berdasarkan hantaran di laman Facebooknya.
Negeri-negeri berkenaan ialah Sabah, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Beliau turut melawat Putrajaya dan Kuala Lumpur,
Di tempat-tempat berkenaan, beliau dilihat memberikan ucapan di atas pentas, atau menyampaikan sijil atau bantuan dalam acara yang dihadiri ramai peserta.
Lawatan ke Sabah merupakan titik genting. Selain kes penjara di Alor Setar, Kedah dan kes-kes yang dikaitkan dengan pendatang tanpa dokumen di Klang, Selangor, hampir semua kes di semenanjung Malaysia mempunyai kaitan dengan perjalanan ke Sabah.
Selepas pulang dari Sabah, Zulkifli telah melawat beberapa masjid di pelbagai negeri, kebanyakannya untuk menyampaikan khutbah atau ceramah.
Ini termasuklah Masjid Dato Kelana Petra, Nilai, yang pada hari ini mengumumkan penutupan serta-merta sehingga pengumuman lanjut kerana “beberapa suspek pesakit Covid-19 hadir ke masjid” berkenaan. Zulkifli menyampaikan khutbah di situ sebanyak dua kali sejak pulang dari Sabah.
Masjid dan surau lain termasuklah Masjid Ulul Albab di Jerteh (25 September), Surau An-Nur di Bangi (27 September), Masjid Jamek Sultan Hisamuddin di Serdang (3 Oktober).
Selain acara-acara, menteri itu turut berkongsi gambar mesyuarat yang dihadirinya, termasuklah di pejabatnya, yang menyaksikan kebanyakan peserta mesyuarat tidak memakai pelitup muka.
Beliau turut melawat kedai makan, dan seperti pelanggan lain, dia menanggalkan pelitup mukanya untuk makan, seperti di Putrajaya (Kedai Pak Tam Sup Utara di Presint 8) dan Tuaran (Gerai Kelapa Bakar Kak Tini).
Di bawah ini, disenaraikan tempat yang dilawati atau dihadiri menteri berkenaan sekembalinya dari Sabah, berdasarkan hantaran Facebooknya:
24 September (Sabah)
Majlis di Kampung Serusup –
Kampung Serusup, Tuaran
Gerai Kelapa Bakar Kak Tini
Kediaman Sakaran Dandai
Lapangan Terbang Kota Kinabalu
25 September (Kelantan, Terengganu & Putrajaya)
Dewan Jubli Perak, Kota Bharu
Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kota Bharu
Masjid Ulu Albab, Jerteh
Kedai Pak Tam Putrajaya Sup Utara, Presint 8, Putrajaya
26 September (Kelantan, Kuala Lumpur)
Dewan Jubli Perak, Kota Bharu
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa
PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur
27 September (Selangor)
-Surau An-Nur, Bangi
30 September (Selangor)
Hotel Movenpick, Sepang
2 Oktober (Negeri Sembilan)
Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
3 Oktober (Selangor)
Jabatan Perdana Menteri
Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Serdang
Dewan Muktamar Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Bharu
4 Oktober (Selangor)
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
Hotel Geno, Subang Jaya
DAH TAHU BALIK DARI KAWASAN BAHAYA, BOLEH PULAK KE MERATA TEMPAT.
<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/2UikyugGxCU" frameborder="0" allow="accelerometer; autoplay; clipboard-write; encrypted-media; gyroscope; picture-in-picture" allowfullscreen></iframe>
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/10/dan-rakyatbaik-letak-jawatan.html