Damaikan Orang Berseteru


*DAMAIKANLAH ORANG YANG BERSETERU*
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَأَصۡلِحُوا۟ ذَاتَ بَیۡنِكُمۡۖ
“…Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu…”
[Surah al-Anfal 1]
Di antara perkara yang sangat penting, Allah SWT memerintahkan umat Islam agar bertaqwa kepadaNya. Ini bermakna kita kena tahu tentang Allah, tahu tentang perintah dan laranganNya, takut akan Allah dengan tidak menderhakaiNya serta menjaga hukum-hakam Allah dalam segenap sudut kehidupan. Inilah ketaqwaan yang sebenar-benarnya yang perlu ada dalam diri kita semua.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”
[Surah Aali Imran 102]
Dan Allah menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada orang yang bertaqwa:
وَلَأَجۡرُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ خَیۡرࣱ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ یَتَّقُونَ
“Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.”
[Surah Yusuf 57]
Kemudian Allah SWT memerintah kita agar sentiasa memperbaiki hubungan antara sesama manusia. Hendaklah melakukan islah iaitu melakukan pembaikan, jangan berdengki dan iri hati, jangan benci sesama sendiri, jangan berbantah, bertengkar dan bertelagah. Sentiasa perbaiki hubungan sesama insan. Jangan bertelagah tentang hal yang remeh dan kecil. Jangan kerana harta, pangkat, kedudukan dan takhta menyebabkan hidup dalam keadaan bermasam muka dan berselisih. Damaikan dan harmonikan hubungan.
Rasulullah SAW bersabda:
ألا أُخبِرُكم بأفضلَ من درجةِ الصيامِ والصلاةِ والصدقةِ ؟ قالوا : بلى . قال : صلاحُ ذاتِ البَيْنِ
“Mahukah kalian aku khabarkan amalan yang menyamai darjat puasa, solat dan sedekah?”. Para sahabat menjawab: “Tentu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: “Mendamaikan orang-orang yang berseteru (bermusuhan)…”
(HR at-Tirmizi)
Jadilah insan bertaqwa serta sentiasa berusaha untuk mendamaikan orang yang berseteru. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita. Aamiiin.
Jom perbanyakkan beristighfar dan berselawat..
اَللهُمَّ صَلِّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faizsaaid.com/damaikan-orang-berseteru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menurut Prof Jimly 2 Kubu Berseteru Berkaitan Dengan Surga Dan Neraka

Menurut Prof Jimly 2 Kubu Berseteru Berkaitan Dengan Surga Dan Neraka

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 104 hits
Guru Besar Hukum Tata Negara Universitas Indonesia Prof Jimly Asshiddiqie sependapat dengan anggapan bahwa pelaksanaan Pilpres di Indonesia memunculkan polarisasi politik identitas yang berbahaya karena cenderung memecah belah masyarakat Ko...
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm

Umno Pas Bersatu Amanah Mengail Dalam Kolam Yang Sama