Dalam Masa 72 Jam Pkp Dilanjutkan Atau Tidak Bakal Diketahui


KUALA LUMPUR, 8 April  — Status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama ada dilanjutkan atau ditamatkan bakal diketahui dalam tempoh kira-kira 72 jam ini selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu mengekang penularan pandemik COVID-19

PKP sepatutnya berakhir pada 14 April ini dan kerajaan dijangka membuat pengumuman pada Jumaat ini yang pastinya dinantikan rakyat di seluruh pelusuk tanah air

Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini

Untuk rekod, Malaysia merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Sementara, sebanyak 170 kes baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhan 63 kematian

Kita juga mungkin boleh berbangga apabila indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP namun tangkapan individu yang ingkar PKP di seluruh negara sehingga semalam sudah mencecah 6,451 orang

Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 666 operasi sanitasi di 79 zon termasuk kesemua 18 Zon Merah

Dalam tempoh itu, bangunan kerajaan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar termasuk 24,077 unit rumah PPR

Pastinya operasi itu penting kerana kini terdapat satu lagi lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang terbaharu bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di sini

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, dan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur

Di sebalik segala usaha itu, rakyat dan syarikat korporat turut bersama-sama kerajaan membantu membendung wabak COVID-19 termasuk melalui sumbangan kepada Tabung COVID-19 yang kini mencecah RM22.6 juta untuk disalurkan kepada pihak yang berkenaan

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui hantaran di laman Facebooknya, berkata sehingga Isnin lalu, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung itu disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak tersebut

Muhyiddin berkata sebanyak RM195,000 juga disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan COVID-19

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu

Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP ini bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya

Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara

— BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kelimerah.com/2020/04/dalam-masa-72-jam-pkp-dilanjutkan-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dilanjutkan Atau Tidak Status Pkp Akan Diketahui Dalam Masa 72 Jam

Dilanjutkan Atau Tidak Status Pkp Akan Diketahui Dalam Masa 72 Jam

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 296 hits
Apa apa pun keputusan pihak kerajaan rakyat perlu akur kerana ia sememangnya jalan yang terbaik small Cover image via small Pada 25 Mac lalu Kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 Apr...
Keputusan Pkp Akan Dilanjutkan Atau Tidak Ditentukan 10 April Ini

Keputusan Pkp Akan Dilanjutkan Atau Tidak Ditentukan 10 April Ini

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 347 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia akan membuat keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan atau sebaliknya pada 10 April ini Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya akan menggunakan data kes ya...
Kita Akan Menilai Sama Ada Pkp Harus Disambung Atau Tidak Pada Hari Ke 10 Dr Noor Hisham

Kita Akan Menilai Sama Ada Pkp Harus Disambung Atau Tidak Pada Hari Ke 10 Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 355 hits
Hari demi hari jumlah pesakit Covid 19 yang pulih dan dibenarkan pulang ke rumah terus meningkat Terbaru jumlah keseluruhan yang diumumkan oleh Dr Noor Hisham adalah 767 kes yang pulih setakat 2 April 2020 Walau bagaimanapun dalam sidang me...
Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

Jika Pkp Dilanjutkan Kerajaan Perlu Utamakan Kumpulan Bekerja Sendiri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 586 hits
KERAJAAN perlu memberi keutamaan kepada kumpulan bekerja sendiri dalam apa juga tindakan dan pemberian bantuan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Ketua Penerangan UMNO Shahril Suffian Hamdan berkata kerajaan perlu menyesuaikan tindakan b...
Rakyat Ingkar Pkp Bakal Berdepan Tindakan Lebih Keras Pada Minggu Kedua Hamzah

Rakyat Ingkar Pkp Bakal Berdepan Tindakan Lebih Keras Pada Minggu Kedua Hamzah

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 207 hits
Tindakan lebih keras akan dilaksanakan pada minggu kedua Perintah Kawalan Pergerakan terhadap orang ramai yang masih ingkar dengan arahan itu kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin Beliau berkata untuk minggu pertama PKP sebel...
Pkp Masa Untuk Jaga Tepi Kain Orang Membantu Golongan Memerlukan

Pkp Masa Untuk Jaga Tepi Kain Orang Membantu Golongan Memerlukan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 164 hits
Kata kata tengok tengokkan dan jagalah tepi kain orang untuk membantu mereka yang memerlukan di kawasan anda mendorong seorang pemilik restoran Suthan Mookiah 34 untuk memulakan program kebajikannya sendiri dalam tempoh penguatkuasaan Perin...
Jika Pkp Tidak Dilanjutkan Kkm Nasihatkan Tidak Sertai Perhimpunan Awam Antara 6 Bulan Hingga Setahun

Jika Pkp Tidak Dilanjutkan Kkm Nasihatkan Tidak Sertai Perhimpunan Awam Antara 6 Bulan Hingga Setahun

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 253 hits
Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan tidak dilanjutkan selepas 14 April Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai mana mana perhimpunan awam antara 6 bulan sehingga setahun Ketua Pengarah Kesihatan Datuk ...
Kaji Selidik Lebih 80 Netizen Bersetuju Tempoh Pkp Dilanjutkan Lagi

Kaji Selidik Lebih 80 Netizen Bersetuju Tempoh Pkp Dilanjutkan Lagi

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 453 hits
Sejak semalam beberapa laman Facebook membuat kaji selidik mendapatkan pandangan pengguna pengguna Facebook sama ada perlu atau tidak Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan di negara ini Setakat artikel ini ditulis Lebih 80 daripada lebih ...
Pkp Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

Pkp Dilanjutkan 2 Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 444 hits
Assalamualaikum hai readers PKP Dilanjutkan 2 Minggu Lagi Semalam perutusan dari Perdana Menteri berkata PKP dilanjutkan lagi 2 minggu Sehingga 28 april 2020 Erm Tak tau nak cakap apa For me redha je la I m okay Accept je la keadaan tu Anak...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut