Dalam Gambar Ni Hanya Ada Awak Dan Ying Sahaja Dan Dalam Gambar Ni Rambut Awak Jadi Panjang Dipetik Dari Kisah Benar



Kisah ini mengenai empat remaja perempuan yang berasal dari Kuala Lumpur dan mereka berkawan rapat sejak di bangku sekolah lagi. Nana, Ying, Spicy dan Sis suka berkongsi kisah seram dan mereka pernah mendengar tentang khabar angin mengenai tandas sekolah mereka yang berhantu.
Berdasarkan khabar angin itu, terdapat seorang pelajar perempuan yang dilaporkan hilang dan dijumpai mati di dalam tandas perempuan yang berkunci di sekolah mereka itu. Jadi empat sekawan ini bercadang untuk curi masuk ke dalam tandas tersebut selepas habis waktu persekolahan untuk menguji keberanian mereka.
“Agaknya apa yang akan muncul nanti ya?” Kata Spicy.“Mesti kita jumpa mayat pelajar perempuan itu.” Balas Nana
Selepas habis kelas pada waktu petang, mereka berempat berkumpul di luar tandas yang dikatakan berhantu itu. Mereka menunggu di sana sehingga tiada sesiapa di tingkat tiga blok sekolah itu. Sis menggunakan pin baju untuk mengumpil lubang kunci pintu yang berkunci itu sehingga dia berjaya membukanya.
Keadaan dalam tandas itu kelihatan bersih namun agak kosong. Ketika mereka berempat masuk ke dalam tandas itu, mereka menjumpai sebuah kamera di lantai tandas tersebut. Apa yang anehnya, kamera itu masih boleh berfungsi dan baterinya masih penuh lagi.
Sis mengambil kamera itu dan mula memeriksa gambar di dalamnya. Dia melihat beberapa keping gambar yang menunjukkan imej keadaan dalam tandas itu namun tiada gambar orang yang dirakam.
“Mesti ada orang lain juga pernah curi masuk dalam tandas ini dan cuba ambil gambar hantu.” Kata Sis.“Ya betul tu. Ni mesti mereka tercicir kamera mereka di sini.” Kata Nana.“Jom kita ambil gambar wefie sebelum kita pergi dari sini. Macam tiada apa-apa dalam tandas ni.” Kata Ying.
Mereka berempat pun mengambil gambar bersama-sama menggunakan kamera yang mereka jumpai sebelum mereka pulang. Sis membawa pulang kamera tersebut dan ketika dia dalam perjalanan pulang, dia menerima panggilan telefon dari nombor peribadi.
Kemudian panggilan itu terputus sebaik sahaja suara dari seorang gadis itu habis berkata. Sis agak terkejut mendengarnya dan menganggap ia adalah panggilan dari nombor yang salah.
Pada waktu malam, dia memeriksa semula gambar dari kamera itu melalui komputer riba dan dia mendapati ada satu gambar yang aneh menarik perhatiannya.
" Sis mendapati rambut Nana (kanan) agak ganjil"
Sis cuba menelefon Nana tapi panggilan tidak dijawab. Beberapa minit kemudian, dia melihat semula gambar tadi dan terkejut apabila melihat Nana sudah hilang dari gambar itu.
Sis mula ketakutan dan apabila dia melihat dengan lebih dekat, dia mendapati rambut Spicy (kiri) kelihatan menjadi lebih panjang, seolah-olah dia memakai rambut palsu.
Sis mula bimbang dan cuba menelefon Spicy.“Hello Sis, kenapa call saya malam-malam ni?” Balas Spicy“Hi awak, ingat tak masa kita ambil gambar di tandas sekolah tadi?” kata Sis“Ingat, kenapa awak dah tengok ke gambar tu?”“Dah tapi Nana tiada dalam gambar!”“Hah apa maksud awak Sis?”“Dalam gambar ni hanya ada awak dan Ying sahaja. Dan dalam gambar ni rambut awak jadi panjang.”
Tiba-tiba panggilan telefon mereka terputus. Sis cuba menelefon Spicy semula namun panggilan itu gagal dijawab. Ketika dia melihat semula gambar itu, dia menjadi lebih takut. Spicy telah hilang dari gambar itu dan hanya tinggal Ying sahaja.
Apa yang lebih menakutkan Sis ialah terdapat seseorang berdiri di belakang Ying. Ia kelihatan seorang gadis yang berambut panjang dengan wajah yang pucat.
Dalam keadaan ketakutan, tiba-tiba telefon Sis berdering. Apabila dia menjawab panggilan itu, dia mendengar suara yang agak dikenali. Suaranya agak redup namun ianya seperti suara Ying.
“Padamkan gambar itu..” Kata Ying.“Ying! Apa yang berlaku?” balas Sis.“Padamkan gambar itu.” Kata Ying berulang-ulang kali.“Ying! Awak dimana? Bagitahu saya.”
Panggilan itu terputus dan tiba-tiba Sis mendengar bunyi ketukan dari pintu rumah pangsapurinya. Bunyi ketukan itu sangat kuat sehingga menaikkan bulu roma Sis.
“Siapa itu?” Tanya Sis dalam keadaan mengigil namun tiada jawapan. Dengan keadaan berhati-hati, Sis berjalan ke depan pintu dan cuba mengintai dari lubang pintu itu.
Ketika itu dia begitu terkejut apabila melihat sesorang mengintainya dari luar pintu melalui lubang itu juga. Pintu itu diketuk semakin kuat.
Sis mula menjerit ketakutan dan berlari semula ke biliknya. Dia pergi ke komputer ribanya dan memadam semua gambar dari kamera itu. Selepas itu bunyi ketukan itu berhenti dan keadaan menjadi sunyi sepi. Sis mula menangis dan menyelubungi dirinya dengan selimut.
Tiba-tiba kamera yang diletak diatas meja itu menangkap gambar Sis dengan sendiri. Sis yang berada dihadapan kamera itu cuba mengambil kamera itu untuk memeriksa gambar yang diambil tadi. Apabila dia melihat gambar tersebut, dia menjerit sekuat hati kerana ketakutan.
Pada keesokan harinya, rakan serumah Sis pulang ke rumah pangsapuri tersebut. Dia cuba mencari Sis tetapi dia tidak menjumpainya di dalam bilik Sis. Namun dia mendapati komputer riba sis masih terbuka dan ketika dia cuba melihat isi kandungan komputer tersebut, dia menjumpai gambar Sis dalam keadaan yang aneh sekali.
Sejak dari itu, rakan serumah Sis membuat laporan polis mengenai kehilangan Sis dan juga tiga rakannya itu yang turut hilang. Kes kehilangan itu masih belum selesai dan kehilangan mereka berempat masih menjadi misteri.
TAMAT





 PADAM!!!!!!!!!!!!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakearticle.blogspot.com/2019/06/dalam-gambar-ni-hanya-ada-awak-dan-ying.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengharukan Kisah Tindakan Empat Pemuda Disebalik Gambar Ini Amat Menyentuh Hati

Mengharukan Kisah Tindakan Empat Pemuda Disebalik Gambar Ini Amat Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 402 hits
Setelah lebih 71 tahun konflik antara Palestin Israel belum menunjukkan petanda untuk reda Bagi menentang tekanan ke atas mereka yang kini hanya memiliki tanah sekangkang kera di Gaza rakyat Palestin khususnya di Gaza melakukan perhimpunan ...
Doktor Hanya Beri Masa 3 Bulan Sahaja Kepada Sherry Al Hadad

Doktor Hanya Beri Masa 3 Bulan Sahaja Kepada Sherry Al Hadad

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 368 hits
Doktor Hanya Beri Masa 3 Bulan Sahaja Kepada Sherry Al HadadDoktor Hanya Beri Masa 3 Bulan Sahaja Kepada Sherry Al Hadad
Hanya Berkongsi Gambar Di Media Sosial Boleh Dapat Duit Dalam Usd

Hanya Berkongsi Gambar Di Media Sosial Boleh Dapat Duit Dalam Usd

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 429 hits
CN percaya pasti rata rata dikalangan kita ada satu akaun media sosial sama ada facebook atau instagram Ataupun konon konon media social influencer macam CN ni mesti ada kedua dua akaun facebook dan instagram untuk menyebarkan pengaruh dan ...
5 Filem Jepun Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Mampu Buatkan Anda Sedih

5 Filem Jepun Adaptasi Dari Kisah Benar Yang Mampu Buatkan Anda Sedih

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 1303 hits
Di Jepun terdapat beberapa peristiwa sebenar yang telah membuatkan rakyatnya merasa sedih Terdapat peristiwa dimana anak anak ditinggalkan oleh ibu sehingga mati dan juga kisah mengenai anjing yang begitu setia kepada tuannya Peristiwa peri...
Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

Ke Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni Kisah Seram Dendam Maya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 874 hits
Cerita yang akan aku sampaikan ini adalah kisah dari kiriman surat seorang sahabat lamaku Rizal Kami sudah lama tak berhubung selepas tamat sekolah menengah Lepas zaman persekolahan Rizal menghilangkan diri Jadi agak mengejutkan bila aku te...
Pengebumian Anak Penuh Hiba Ibu Hanya Dapat Saksi Jenazzah Menerusi Vc Sahaja

Pengebumian Anak Penuh Hiba Ibu Hanya Dapat Saksi Jenazzah Menerusi Vc Sahaja

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 373 hits
Pengebumian anak penuh hiba ibu hanya dapat saksi jenazzah menerusi VC sahajaPengebumian anak penuh hiba ibu hanya dapat saksi jenazzah menerusi VC sahaja
Kisah Benar Ketua Kumpulan Al Mau Unah Di Saat Hukuman Tali Gantung

Kisah Benar Ketua Kumpulan Al Mau Unah Di Saat Hukuman Tali Gantung

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 740 hits
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg Buloh Sebuah kisah benar Mengikut cerita beliau semasa beliau habis memberi ceramah agama pada banduan banduan di sana Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan m...
Doktor Cantik Ini Melanggan Gigolo Untuk Kepuasan Seks Kisah Benar

Doktor Cantik Ini Melanggan Gigolo Untuk Kepuasan Seks Kisah Benar

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 2995 hits
DIDI 32 pernah menjadi anak ikan secara tidak sengaja apabila berkenalan dengan wanita bernama Camelia di laman sosial Menurut Didi perkenalan itu secara tidak sengaja apabila dia menyapa seorang kenalan menerusi laman sembang ketika menunt...
Kisah Dapat Tawaran Haji Tapi Duit Simpanan Hanya Ada 6k Saja

Kisah Dapat Tawaran Haji Tapi Duit Simpanan Hanya Ada 6k Saja

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 372 hits
Original Content Duit simpanan hanya ada RM6 000 tapi boleh pergi haji Inilah kisah saya Saat terima surat tawaran alangkah gembira tak terkata Namun bila semak account Tabung Haji saya cuma ada RM6k Itupun rasanya hampir 2 tahun tak keluar...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Svg Ss25 Runway Fesyen Sebagai Suara Kebebasan