Dalam Basah Hujan Ashraf Wajdi Dakwa Raja Dihina


MALASIAKINI

    Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sekali lagi menggerakkan orang ramai untuk turun berhimpun di ibu negara, kali ini bagi menyertai himpunan "mempertahankan kedaulatan Islam"

Perhimpunan yang dikatakan sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa itu dijangka bermula pada jam 2 petang nanti dan dijadualkan berakhir sekitar jam 6 petang.

Ummah yang mengetuai himpunan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas solat Zuhur dan akan berakhir di Sogo yang akan menghimpunkan kesemua pemimpin NGO dan parti politik terbabit.
Ia merupakan himpunan kedua dianjurkan Ummah yang merupakan gabungan NGO Islam setelah kejayaan perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tahun lalu.

Program anjuran Ummah itu turut mendapat sokongan pemimpin Umno dan PAS yang telah menyatakan kesediaan untuk mengerahkan anggota parti masing-masing.

Menurut Timbalan Pengerusi Ummah Kamaruzaman Mohamad, perhimpunan hari ini akan menyentuh isu-isu semasa yang didakwa mengancam kedaulatan negara dan kedudukan agama Islam, seperti Statut Rom, kematian anggota Bomba dan pelbagai isu lain yang bercanggah Perlembagaan Persekutuan.

Ia ditambah lagi dengan penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dalam satu wawancara minggu lalu menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina agama selain menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai usaha untuk menghasut umat Islam di negara ini.

LANGSUNG
Bersurai dengan aman
3.30pm: Perhimpunan bersurai.

Sebelum itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad membacakan doa penutup perhimpunan berkenaan dalam keadaan hujan lebat.

Sesudah itu, penganjur mengumumkan peserta perhimpunan supaya bersurai dengan aman.

Penganjur juga meminta peserta untuk tidak meninggalkan sampah sarap serta pulang dengan berhati-hati.

Dalam basah hujan, Ashraf Wajdi dakwa raja dihina

2.58pm: Sogo - Hujan mula turun ketika Pemuda Umno Ashraf Wajdi Dusuki mula memberikan ucapannya.

Menurutnya, perhimpunan hari ini cuma permulaan kepada perhimpunan lebih besar.

Katanya, rakyat tidak boleh menerima jika institusi raja-raja Melayu dipermainkan.

“Terbaru raja-raja Melayu dihina, dalam perlembagaan kita kena pertahankan institusi raja-raja dan pertahankan martabat serta kesucian Islam.

“(Ada) kata raja Melayu perompak, dalam forum itu ada Peguam Negara Negara Tommy Thomas.
Kita mesti desak Tommy Thomas letak jawatan. Dia tak layak jadi peguam negara, dia biarkan raja Melayu dihina,” katanya sambil disambut sorakan “Allahuakbar”.

Ketika beliau hampir menghabiskan ucapannya, hujan turun bertambah lebat.

Kelihatan peserta mula beralih ketepi jalan untuk berteduh namun ada antara mereka yang tetap tidak berganjak dengan membuka payung dan memakai baju hujan.

Selain itu kelihatan peniaga kecil tidak melepaskan peluang menjual baju hujan kepada peserta perhimpunan.

Berhimpun kerana tak puas hati pada PH - peserta 
3.00pm: Sogo - Rata-rata peserta perhimpunan yang ditemui Malaysiakini berkata isu berkaitan Statut Rom bukanlah perkara pokok yang mendorong mereka berhimpun.

Sebaliknya, menurut salah seorang peserta himpunan, Akhmal Haris, 48, dari Jerlun, Kedah, ia lebih kepada ketidakpuasaan hati rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
Akhmal mendakwa, selepas hampir setahun pentadbiran Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, kerajaan terus menerus memberi tekanan kepada rakyat khususnya dalam perkara melibatkan Islam.

“Saya sertai himpunan hari ini bukanlah kerana Statut Rom tetapi lebih kepada ketisakpuasan hati terhadap kerajaan.

“Pimpinan sedia ada hari ini dilihat sengaja memberi tekanan kepada rakyat, bukan sahaja isu Statut Rom tetapi semua apa yang berlaku di dalam negara ini,”kata Akhmal yang tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 10.00 pagi tadi dari Jerlun, Kedah.

Negaraku bergema
2.20pm: Sogo - Kira-kira 700 orang berhimpun sambil duduk di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan dengan Sogo sementara menunggu peserta perhimpunan yang sedang berarak dari Masjid Jamek tiba

Dalam tempoh menunggu itu, peserta perhimpunan mendengar ucapan dari Sekreteriat Perhimpunan Ummah mengenai sebab mereka berhimpun hari ini.

Mereka juga menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.

Cuaca di hadapan Sogo agak mendung namun peserta tetap berganjak dari terus mendengar ucapan berkenaan.

TMJ di hati pendemo
2.13pm: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim popular di kalangan peserta hari ini.
Ramai yang membawa poster dan plakad memuji putera raja itu yang dilihat tidak berlaga angin dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad,terutamanya dalam isu Statut Rom. [Baca lanjut]

Peserta mula berarak

1.52pm: Sogo - Laungan “Daulat Tuanku” dan “ Allahuakbar” bergema di hadapan pusat beli belah Sogo oleh peserta perhimpunan Ummah.



Kira-kira 400 peserta perhimpunan dari Umno dan PAS mula membanjiri hadapan pusat membeli belah itu.
Sementara itu bekas ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Rafii dalam ucapannya berkata antara sebab mereka berhimpun hari ini kerana arwah anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tak dibela.

“Hari ini hari bomba, sepatutnya bersama Bomba, bersama tunang tapi beliau mati sia-sia, kalau kita tak pertahankan siapa nak (pertahankan),” katanya sambil menerima sorakan peserta perhimpunan itu.

Orang ramai dijangka bakal bertambah kerana ingin mendengar kumpulan busking menyanyi kurang 10 meter dari peserta perhimpunan Ummah berkumpul.

Malaysiakini difahamkan seramai 30 anggota trafik mengawal lalu lintas sepanjang perhimpunan ini berlangsung.

Dianggarkan seramai 60 anggota polis dari pelbagai balai polis seperti Sentul, Dangi dan Cheras mengawal keadaan hari ini.

Selain itu seorang anggota unit amal memaklumkan seramai 200 anggotanya mengawal perjalanan perhimpunan hari ini.

Keadaan trafik di hadapan Sogo agak sesak namun terkawal dengan bantuan polis trafik.

Peserta mula berarak
1.50pm: Masjid Jamek: Peserta Himpunan sudah mula bergerak ke pusat beli-belah Sogo sambil melaungkan “Hidup Islam”, Bangkit Ummah dan Hidup Islam

KL akan penuh, kata Lokman
1.14pm: Sogo - Kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan pusat beli belah Sogo dengan memakai kemeja-t putih dengan tulisan “Daulat tuanku rakyat bersama tuanku” yang memaparkan gambar raja-raja Melayu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang turut bersama kumpulan berkenaan tidak boleh menjangkakan berapa ramai yang akan turun hari ini.

“Kita tak boleh jangka tapi bakal penuh.

“Seluruh Malaysia kita dah buat seruan suruh orang datang,” katanya.

Kebanyakan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan Lokman.

Turut kelihatan beberapa gerai dibuka menjual kemeja-T dan mafla dengan tulisan “penyatuan ummah” dan “himpunan perpaduan Ummah”.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/dalam-basah-hujan-ashraf-wajdi-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Raja Raja Apakah Ag Akan Dakwa Diri Sendiri Soal Umno

Hina Raja Raja Apakah Ag Akan Dakwa Diri Sendiri Soal Umno

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 275 hits
News Diterbitkan Hari ini 7 01 malam Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengalu alukan kesedian pihak polis untuk menyiasat sebuah forum membibcangkan Statut Rom di Universiti Malaya baru baru ini yang didakwa bukan sahaja menghasut teta...
Mahathir Berani Sindir Anak Raja Dan Mufti Tetapi Takutkan D4p

Mahathir Berani Sindir Anak Raja Dan Mufti Tetapi Takutkan D4p

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 458 hits
Tunku Mahkota Johor sememangnya terkenal lantang bersuara sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi dan bukannya hanya bersuara mengkritik pada zaman Pakatan Harapan Beliau merupakan satu satunya Putera Mahkota daripada sembilan keraba...
Raja Maha Vajiralongkorn Dinobatkan Sebagai Rama X Thailand

Raja Maha Vajiralongkorn Dinobatkan Sebagai Rama X Thailand

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 343 hits
Vajiralongkorn 66 tahun mengenakan pakaian kebesaran berlapis emas dan menerima mahkota Kemenangan berlapis emas seberat 7 3 kilogram yang kemudian dipakai di kepalanya sebelum menyampaikan titah pertama sebagai raja
Lika Liku Kehidupan Pribadi Raja Baru Thailand Yang Tidak Diungkap Ke Publik

Lika Liku Kehidupan Pribadi Raja Baru Thailand Yang Tidak Diungkap Ke Publik

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 511 hits
Gaya hidup sang Putra Mahkota Pangeran Vajiralongkorn yang menyukai pesawat mobil mewah perempuan dalam beberapa dekade terakhir membuat kerajaan cemas Dan kemarin sang putra mahkota itu sudah dinobatkan menjadi raja menggantikan ayahnya ya...
Fakta Fakta Penobatan Raja Thailand Pakai Mahkota Emas 7 5 Kg

Fakta Fakta Penobatan Raja Thailand Pakai Mahkota Emas 7 5 Kg

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 255 hits
Raja Thailand Vajiralongkorn akhirnya melakukan penobatan resmi sebagai raja Berikut fakta fakta penobatan hingga memakan dana miliaran rupiah
Serba Tidak Kena Peniaga Pengunjung Bazar Jalan Raja Mahu Dbkl Dengar Luahan Mereka

Serba Tidak Kena Peniaga Pengunjung Bazar Jalan Raja Mahu Dbkl Dengar Luahan Mereka

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 591 hits
Kelihatan pengunjung tidak dapat membeli juadah berbuka puasa kerana peniaga mengambil tindakan memboikot dari berniaga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bazar Ramadan Dataran Merdeka Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Segal...
Bazar Ramadan Jalan Raja Di Bawah Ph Lengang Suram

Bazar Ramadan Jalan Raja Di Bawah Ph Lengang Suram

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 621 hits
SUASANA bazar Ramadan di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang kurang pengunjung pada hari pertama bulan Ramadan semalam UTUSAN ONLINE AMIR KHALID KUAL LUMPUR 7 Mei Lengang dan suram Itu gambaran hari pertama operasi bazar...
Tiga Kali Menikah Lalu Cerai Ini Tiga Mantan Istri Raja Thailand

Tiga Kali Menikah Lalu Cerai Ini Tiga Mantan Istri Raja Thailand

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 483 hits
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn yang baru dinobatkan hari ini sempat menjadi pusat perhatian karena gaya hidupnya
Raja Perlis Berangkat Ziarah Pusara Abu Hassan Din

Raja Perlis Berangkat Ziarah Pusara Abu Hassan Din

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 726 hits
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi pusara Allahyarham Abu Hassan Din Al Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Gombak Loading Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tua...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025