Dakwah Kontemporari


Oleh Dr Azlan Shaiful
PADA masa kini, kuliah agama atau dikenali sebagai tazkirah dalam kalangan masyarakat kita tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kesedaran terhadap asas Islam yang penting termasuk Fardu Ain, Bahasa Arab, Ilmu al-Quran, Tajwid hingga kelas-kelas tasmik dan talaqqi menjadi daya penarik masyarakat dewasa ini.
Biasanya kelas-kelas ini diadakan secara berkala di masjid, surau dan dewan khas yang boleh memuatkan ratusan malahan ribuan peserta dalam satu-satu masa. Kebanyakannya dianjurkan di kota atau di desa dan ia mendapat liputan yang meluas di mana-mana.
Semangat mencari ilmu ini bersesuaian dengan seruan
Allah SWT dalam Surah Thaha ayat 114: “Maka Maha Tinggi, Allah Raja Yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca al-Qur’an sebelum disempurnakan dan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”
Namun, setelah negara kita khasnya dan dunia amnya dilanda pandemik Covid-19 semuanya sudah berubah. Normal-normal baharu sudah mula melanda semua aktiviti seharian kita. Pelbagai perkara harus disesuaikan mengikut suasana dan keadaan sekeliling. Tidak ketinggalan aktiviti keagamaan. Tiada lagi solat berjemaah di masjid sehingga kini.
Walaupun ada sebahagian masjid utama dibuka dengan bilangan jemaah yang terhad, tetapi kuliah agama dan kelas-kelas berkaitan sama ada harian atau bulanan masih tidak berjalan seperti sedia kala.
Alhamdulillah, dengan adanya kemudahan teknologi, termasuk media sosial dan aplikasi komunikasi segerak yang interaktif serta terkini seperti Facebook, Instagram, Microsoft Teams, Google Meet, Zoom Meeting Cloud dan lain-lain memang sangat berbaloi.
Kebanyakan penceramah, pendakwah ataupun asatizah yang selama ini jarang atau mungkin tidak pernah menggunakan aplikasi ini, sekarang telah membuka mata untuk meluaskan skop dakwah bukan hanya secara berdepan atau face-to-face, malahan memanfaatkan sepenuhnya aplikasi yang disebutkan tadi.
Malahan penulis sendiri, semasa bulan Ramadan lalu memanfaatkan media sosial untuk menganjurkan tazkirah Ramadan harian secara langsung melalui aplikasi Facebook Live walaupun hanya duduk di rumah.
Ini bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Riwayat Muslim)
Antara manfaat program agama secara dalam talian ialah para penceramah memerlukan peralatan teknologi yang asas seperti komputer, telefon pintar dan akses internet untuk menjayakan sesuatu ceramah.
Ini secara tidak langsung menggalakkan pengetahuan asas berkenaan ICT dalam kalangan pendakwah. Para pendengar juga dapat meningkatkan pengetahuan ICT mereka terutama sekali dalam kalangan warga emas. Seruan menjadi orang yang berpengetahuan disebut oleh Allah SWT dalam Surah Az-zumar ayat 9: Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?”
Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. Ada juga mutiara kata hukama’ atau orang bijak pandai menyatakan: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.” Ini bertepatan dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat atau disebut sebagai at-Ta’allum madal hayah dalam Bahasa Arab.
Selain itu, penjimatan masa dan implikasi kewangan juga dapat dilakukan. Sekiranya sebelum ini penceramah perlu bergerak ke sana dan ke sini untuk menyampaikan ceramah termasuk menghadapi kesesakan lalu lintas yang mengakibatkan mereka lewat sampai ke destinasi kuliah mereka. Tetapi sekarang mereka hanya perlu bersedia sekitar 10 minit sebelum bersiaran untuk bersiap sedia menyampaikan ilmu.
Pengurusan masa ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Asr ayat 1 hingga 3: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Para pendengar yang sebelum ini selalu terlepas untuk menghadiri kuliah di masjid atau surau dan masa mereka yang agak tidak fleksibel, juga tidak perlu bimbang kerana mereka hanya perlu memasangkan alat pendengaran dan memilih penceramah yang digemari oleh mereka, di tempat kerja atau kediaman masing-masing.
Kemudian mereka boleh mendengar juga siaran rakaman jika terlupa atau tidak berkesempatan bersiaran langsung. Pendek kata: “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Moga pengajian agama dalam normal baharu ini memberi impak yang mampan dan tuntas kepada masyarakat Malaysia dalam meneruskan wadah pencarian khazanah agama yang tidak ternilai harganya.
Penulis ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
The post Dakwah kontemporari appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/14/dakwah-kontemporari/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dakwah-kontemporari

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sirah Dakwah Kepada Keluarga Terdekat

Sirah Dakwah Kepada Keluarga Terdekat

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 338 hits
Mula Berdakwah Secara Terbuka Kepada Keluarga TerdekatTindakan awal oleh Rasulullah SAW ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim dan juga keluarga Bani al Muttalib bin Abdul Manaf seramai 45 orang Dalam majlis tersebut Abu Lahab memulakan...
Sirah Nabawiyah Dakwah Terang Terangan

Sirah Nabawiyah Dakwah Terang Terangan

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 347 hits
Sirah Nabawiyah kali ini akan membahas tentang dakwah terang terangan Sebelumnya kita telah membahas Dakwah Sembunyi Sembunyi Selama sekitar tiga tahun Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berdakwah secara sembunyi sembunyi Di antara hasi...
Dakwah Maya Re Active

Dakwah Maya Re Active

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 191 hits
Selamat datang ke blog Dakwah MayaAssalamuallaikum warahmatullahi wabarakatuhDakwah Maya Team mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat subscriber dan penonton yang dihormati sekalian kerana masih tetap setia bersama channel ini S...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Hidden Junk Fees Must Be Disclosed F T C Rule Says

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kelantan Pelanggan Hotel Lari Akibat Tebing Sungai Runtuh

Hadiah Birthday 2024 Handbag David Jones Dari Kaklong Aya

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Mystery Illness In Congo Was Malaria Plus Possibly Another Disease In Malaysia

Hmd Fusion Harga Tidak Kena Dengan Apa Yang Ditawarkan

Poco C75 5g Rasmi Di India Cip Snapdragon 4s Gen 2 Harga Bawah Rm500