Dakwaan Polio Adalah Konspirasi Kaut Untung Mengarut


KESIHATAN | Virus Polio kembali lagi ke Malaysia selepas 27 tahun. Berita mengemparkan ini didedahkan oleh Ketua Pengarah KKM dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, virus itu dikesan ke atas seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan di Tuaran, Sabah.


Mangsa didapati mengalami demam diikuti lemah anggota badan, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi selepas disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), Jumaat lalu.

Beliau juga mengesahkan, bayi itu kini dirawat di wad isolasi dan berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan bantuan pernafasan. 

Perkembangan terbaru itu sekali lagi membuka ruangan perdebatan online diantara dua kumpulan terbesar, iaitu anti vaksin dan pro vaksinisasi.

Baca;

Oleh : Ini Sains Beb

POLIO OH POLIO

Bila polio mula memberi salam perkenalan kembali pada rakyat Malaysia, kita patut gusar dan gundah. Bukan masanya kita bertepuk tangan dan berkonspirasi. Seorang yang dijangkiti, boleh merebakkan virus pada 200 orang lain dalam tempoh singkat.

sdf

Mari kita sama sama betulkan fakta ‘penyelidik’ ini:

1. Mana mungkin kita cucuk OPV

Vaksin polio ada dua jenis:

ORAL POLIO VACCINE
Vaksin polio yang diberikan secara oral (melalui mulut)

INACTIVATED POLIO VACCINE
Vaksin polio yang diberikan secara suntikan intramuscular (di otot).

Jadi vaksin OPV kita tidak CUCUK, kita TELAN. Vaksin ini adalah virus hidup yang dilemahkan (attenuated live virus).

Kenapa kita perlu beri virus hidup? Kerana fungsi vaksin ini adalah untuk mengaruh sistem imun humoral dan mengaruh penghasilan antibodi IgA spesifik terhadap poliovirus dalam lapisan mukosa saluran gastrointestinal.

Antibodi ini spesifik dalam mengenal poliovirus. Kalau makan makanan apa pun termasuk ‘makanan sunnah’ yang meningkatkan IgA, tanpa epitop pengenalan spesifik, dia tak kenal poliovirus, Bang...

Kenapa penghasilan IgA ini penting? Kerana poliovirus adalah sejenis enterovirus yang hidup dan membiak dalam saluran gastrointestinal, virus ini kemudian disebar melalui tinja. Jadi cemaran melalui fecal-oral dapat dibendung dengan efisyen.

Baca lebih lanjut mengenai vaksin polio: https://www.facebook.com/615923662100226/posts/937675486591707?sfns=mo

2. Bukankah mutasi virus dalam vaksin itu gara gara antivaksin?

Virus lemah dalam OPV juga akan dikeluarkan dari tubuh bayi dan kanak-kanak yang divaksin. Ini dipanggil vaccine shedding. Ia berlaku sehingga 60 hari selepas vaksinasi bagi dos pertama dan berkurangan selepas dos seterusnya. Ini kerana tubuh telah membina imuniti terhadap virus tersebut dan melawan virus tersebut dalam waktu yang singkat berbanding dos pertama. Begitulah vaksin berfungsi ya...

Lagipula, virus ini adalah virus lemah yang tidak mengakibatkan jangkitan secara normal. Hanya mampu bereplikasi dalam tubuh manusia sahaja. Namun, bila ramai orang tidak mampu melawan virus ini, ia akan berlegar dan bereplikasi dengan lebih lama. Sempatlah ia bermutasi menjadi virulen, kuat dan menjangkiti manusia.

Tak perlu jutaan orang. Cukup hanya berlegar beberapa ketika kerana poliovirus amat mudah menjangkiti.

3. Benarkah IPV nak kena jual lepas OPV tak laku?

Sebenarnya SALK VACCINE atau dikenali kini sebagai IPV telah terlebih dahulu dilesenkan pada tahun 1955. Diikuti oleh SABIN VACCINE atau OPV yang diperkenalkan pada tahun 1960.

OPV digunakan dikawasan yang masih endemik kes polio. Kerana keberkesanannya dalam mencegah jangkitan dan perebakan virus. IPV pula berfungsi untuk melindungi individu dari jangkitan poliovirus.

Walaupun OPV lebih efisyen mencegah polio, ia hadit dengan risiko. OPV mengakibatkan VDPV (poliovirus yang shedding) dan berisiko mengakibatkan paralisis akibat vaksin polio (VPDD)

Risiko adalah rendah berbanding manfaat jika dikawasan endemik wabak polio. Sekitar 1 kes dari sejuta vaksin yang diberi. Tiada kes dan risiko bagi IPV kerana virus yang digunakan adalah virus mati.

Tetapi IPV kurang efisyen bagi mencegah perebakan wabak. Kerana IPV tidak begitu efisyen bagi menghasilkan perlidungan IgA dalam lapisan mukosa gastrointestinal. Hanya meningkatkan IgA dalam plasma darah kita sahaja.

Jadi, IPV digunakan bagi negara yang telah diisytihar BEBAS POLIO termasuk negara Malaysia 🇲🇾 yang kita cintai.

Tapi apakan daya... Polio masih menjengah pula.

4. Siapa yang kaya bila polio menjenguk wajahnya?

WHO, CDC, KKM dan seluruh dunia mempunyai target untuk bebas polio menjelang 2021. Tiada siapa yang boleh buat untung jika polio menjadi wabak. Polio tiada ubat. Tiada rawatan khusus. Iron lung juga sudah pupus.

Jonas Salk pun TAK PATEN vaksin beliau.

Menjelang 2020, kita dapat lihat kes polio. Yang telah lebih dua dekad dilenyapkan dari Malaysia. Maka lain kali serahkanlah urusan perubatan dan saintifik pada penjual kolam mandi dan suplemen vitamin C.

5. Siapa sebenarnya penyebar polio?

Syabas!

#SembangMalam
#VaksinlahBeb

RUJUKAN

Abraham R et al. Shedding of virulent poliovirus revertants during immunization with oral poliovirus vaccine after prior immunization with inactivated polio vaccine. J Infect Dis 1993 Nov 168 11051109

Heinsbroek E, Ruitenberg EJ. The global introduction of inactivated polio vaccine can circumvent the oral polio vaccine paradox. Vaccine. 2010 May 14;28(22):3778-83.

Hird TR, Grassly NC. Systematic review of mucosal immunity induced by oral and inactivated poliovirus vaccines against virus shedding following oral poliovirus challenge. PLoS pathogens. 2012 Apr 19;8(4):e1002599.

https://www.who.int/…/inactivated_polio_v…/Key_mess_FAQs.pdf

"The Real Reason Why Salk Refused to Patent the Polio Vaccine". Biotech-now.org. Retrieved July 14, 2014


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/12/dakwaan-polio-adalah-konspirasi-kaut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Amalina Kesal Sikap Individu Guna Agama Untuk Diri Sendiri Kaut Untung

Dr Amalina Kesal Sikap Individu Guna Agama Untuk Diri Sendiri Kaut Untung

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 397 hits
Isu yang berkaitan agama sememangnya tidak boleh dipermainkan atau dipersendakan oleh semua orang Perkara ini supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan yang boleh menyebabkan padangan buruk terhadap sesebuah agama Begitulah yang disuarakan o...
Semata Nak Kaut Untung Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

Semata Nak Kaut Untung Bapa Sewa Anak Pada Pedofil

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 401 hits
Jenayah penindasan terhadap wanita agak kritikal di India Antaranya adalah perbuatan rogol yang boleh dikatakan setiap hari berlaku Terbaru seorang bapa sanggup menyewakan anak perempuannya kepada hampir 30 orang lelaki pedofil Tindakan tid...
Guna Agama Kaut Untung Produk Kesihatan Dr Amalina Berang

Guna Agama Kaut Untung Produk Kesihatan Dr Amalina Berang

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 650 hits
Provided by Projek MM Dr Nur Amalina Che Bakri berang dengan tindakan pihak tertentu yang mempergunakan agama demi menipu dan mengaut keuntungan Foto ihsan Instagram dramalinabakriKUALA LUMPUR 14 Dis Pakar bedah Dr Nur Amalina Che Bakri ber...
Dakwaan Azilah Adalah Cerita Orang Terdesak Kata Najib

Dakwaan Azilah Adalah Cerita Orang Terdesak Kata Najib

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 438 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan terbaharu bekas pegawai polis Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 Memetik laporan Free Malaysia Today Najib menj...
Cara Menguruskan Stress Adalah Dengan Pergi Travel

Cara Menguruskan Stress Adalah Dengan Pergi Travel

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 411 hits
Cara Menguruskan Stress Assalamualaikum hangpa Hai Hari ni saja nak sembang dengan hangpa Pasal cycle hidup kita ni Ada orang sambung belajar untuk dapatkan kerja dengan buat pinjaman PTPTN atau mana mana pinjaman lah Lepas dah habis belaja...
Unesco Borobudur Adalah Contoh Paling Hebat Dari Harmonisasi Agama

Unesco Borobudur Adalah Contoh Paling Hebat Dari Harmonisasi Agama

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 320 hits
Candi Borobudur yang berlokasi di Magelang Jawa Tengah adalah bangunan bersejarah yang telah lama diakui sebagai warisan budaya dunia oleh Organisasi Pendidikan Ilmu Pengetahuan dan Budaya PBB atau UNESCO
Bayangkan Jika Hari Ini Azmin Adalah Presiden

Bayangkan Jika Hari Ini Azmin Adalah Presiden

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 307 hits
Berlakunya pergeseran dalam kepimpinan PKR antara Azmin Ali dengan Anwar Ibrahim yang berterusan sehingga hari ini salah satu faktornya barangkali adalah kerana tidak tercapainya hasrat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu untuk menjadi Presiden p...
Memburit Adalah Majoriti Yang Paling Ramai Mengidap Hiv

Memburit Adalah Majoriti Yang Paling Ramai Mengidap Hiv

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 989 hits
Menakutkan Itu yang mampu diperkatakan apabila jumlah pesakit HIV meningkat saban tahun dan majoritinya adalah kerana hubungan sejenis sesama lelaki Sejak tahun 1990 majoriti jangkitan HIV berlaku dalam kalangan penagih dadah akibat perkong...
Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

Cuti Sekolah Sudah Bermula Berikut Adalah 5 Tempat Menarik Yang Patut Korang Kunjungi Sempena Musim Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 784 hits
Sumber gambar dari GoogleSesi persekolahan sudah pun melabuhkan tirainya minggu lepas dan diikuti dengan budak budak SPM yang last paper semalam jadi korang yang mak ayah ni dah ada ke tempat ke nak bawa anak anak pergi bercuti memandangkan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon