Dakwaan Finas Seleweng Dana Kandungan Digital Penerbit Buat Laporan Polis Sprm


 

PETALING JAYA – Isu ketelusan pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terus menjadi polemik dalam kalangan penggiat industri kreatif.
Terbaharu, penerbit juga pengarah drama, Mohd Asri Alias tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis susulan mengesyaki berlakunya penyelewengan DKP oleh pucuk pimpinan Finas.
Kata Asri, Finas bertegas bahawa agihan DKD akan dibuat secara telus, tanpa pilih kasih mahupun kronisme, namun apa yang berlaku sebaliknya, Asri juga mendakwa wujud ketirisan pengagihan DKD dalam kategori Filem Cereka berjumlah RM40. 5 juta kepada 60 syarikat produksi yang disenaraikan Finas apabila ada dalam kalangan pemilik syarikat berkenaan mempunyai pertalian dengan pucuk pimpinan di perbadanan berkenaan.
“Jumaat lalu, saya telah membuat laporan polis dan SPRM. Saya membuat kenyataan media ini dan laporan polis serta SPRM bagi melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemain industri kreatif dan juga sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara tercinta.
“Finas dalam sebuah akhbar menyatakan pemilihan penerima DKD telus, mengikut merit tanpa pilih kasih atau kronisme namun pada masa sama menyenaraikan Alfanazra Productions Sdn Bhd di mana pengarahnya, Ahmad Sabri dan Ahmad Khalid adalah adik beradik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
“Saya mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan telah berlaku iaitu ‘conflict of interests’ melibatkan syarikat itu dengan CEO perbadanan berberkenaan,” katanya menerusi sidang media virtual, semalam.
Laporan dibuat berdasarkan Akta 694 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) mengikut Seksyen 3, Seksyen 23 dan Seksyen 50 (1) bersama Akta 244 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Finas) mengikut Seksyen 12.
Tambah Mohd Asri yang aktif menerbitkan drama sejak 2013, tindakan berani tersebut juga dibuat bagi menyahut cabaran penerbit Kuasatek Pictures, Mohd Noor Kadir yang menggesanya mengajukan perkara berkenaan kepada polis dan SPRM.
“Setelah menerima cabaran daripada penerbit rumah penerbitan Kuasatek Picture menerusi kenyataannya dalam Facebook bertarikh 6 Julai 2021 yang menyebut ‘Kalau yakin sangat dengan persepsi kamu salah guna kuasa, buatlah laporan agar siasatan dijalankan’.
“Saya juga dapati pada 24 November 2020 jumlah pemberian dana bernilai RM13,381,000 diberikan kepada 99 syarikat termasuk dua syarikat milik ahli perbadanan iaitu Red Communications Sdn. Bhd bawah Lina Tan Suan Jeu serta Veedu Production Sdn Bhd kepunyaan Denes Kumar Ragupathy.
Tambah Asri yang juga ahli Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), kedua-dua laporan berkenaan dibuat atas kapasiti individu, bukan mewakili persatuan memandangkan permohonan dana DKD sebelum ini diajukan bawah syarikatnya.
Katanya, dia pernah menyuarakan persoalan mengenai kegagalan syarikatnya memperoleh dana tersebut kepada Pengerusi Finas sendiri, Zakaria Abdul Hamid sewaktu bertemu dalam sebuah majlis di Melaka sebelum ini.
Dia dimaklumkan punca tidak disenarai dalam sesi permohonan dana itu adalah disebabkan, syarikat miliknya tiada pengalaman dalam penghasilan filem.
Ulas pengarah itu lagi, borang syarat kelayakan serta kriteria permohonan dana berkenaan tidak meletakkan satu klausa yang mengatakan pemohonan dana DKD itu hanya dibuka kepada mereka yang berpengalaman dalam penerbitan filem. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/08/dakwa-finas-seleweng-dana-kandungan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Foto Disalahguna Untuk Iklan Judi Izzue Islam Buat Laporan Polis

Hiburan Foto Disalahguna Untuk Iklan Judi Izzue Islam Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 211 hits
Pelakon dan juga penyanyi Izzue Islam dilaporkan telah membuat laporan polis berikutan fotonya telah dimanipulasi untuk pengiklanan judi online di media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMaklum Izzue dia telah membuat laporan di Balai P...
Kes Tembak Anggota Tudm Polis Sedang Tunggu Laporan Pakar Patologi Aidi

Kes Tembak Anggota Tudm Polis Sedang Tunggu Laporan Pakar Patologi Aidi

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 141 hits
Polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi mengenai empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan di kem TUDM Kota Samarahan 13 Ogos lepas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aid...
Hiburan Rugi Rm70k Andi Bernadee Buat Laporan Polis Didakwa Kena Aniaya Dengan Rakan Baik

Hiburan Rugi Rm70k Andi Bernadee Buat Laporan Polis Didakwa Kena Aniaya Dengan Rakan Baik

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 875 hits
Penyanyi dan juga penyanyi Andi Bernadee telah membuat laporan polis setelah ditipu rakan baik yang juga merangkap pembantu peribadinya pada pagi rabu lalu ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementKata Andi dia telah mengalami kerugian sebanyak RM70 ...
Hiburan Tak Main Main Azwan Ali Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Pelakon Wanita

Hiburan Tak Main Main Azwan Ali Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Pelakon Wanita

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 451 hits
Pengacara sensasi Azwan Ali dilaporkan telah selesai membuat laporan polis terhadap seorang pelakon wanita terkenal yang didakwa telah membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementAzwan Ali yang lebih dikenali se...
Kenyataan Tawaran Berunsur Rasuah Umno Maran Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

Kenyataan Tawaran Berunsur Rasuah Umno Maran Buat Laporan Polis Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 181 hits
MARAN UMNO Bahagian Maran membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan yang disiarkan secara langsung di media pada 13 Ogos 2021 Terdahulu Muhyiddin pasa satu kenyataan menawarkan tujuh perkara...
Amanah Adukan Muhyiddin Ke Polis Amk Minta Sprm Siasat

Amanah Adukan Muhyiddin Ke Polis Amk Minta Sprm Siasat

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 189 hits
MALAYSIAKINI Parti Amanah mengadukan kepada polis tawaran tawaran dibuat Muhyiddin Yassin kepada ahli parlimen pembangkang semalam agar membolehkan perdana menteri itu disiasat kerana didakwa melibatkan unsur rasuah Berdasarkan maklumat yan...
Tokoh Muflis Tetapi Syarikat Diberi Projek Rm1 Bilion Ahli Pkr Buat Laporan Polis Terhadap Mb Kedah

Tokoh Muflis Tetapi Syarikat Diberi Projek Rm1 Bilion Ahli Pkr Buat Laporan Polis Terhadap Mb Kedah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 369 hits
Ahli PKR itu mendakwa sebuah projek berkaitan pelancongan berbilion ringgit di Langkawi diberikan kepada sebuah syarikat dengan tokoh utamanya yang muflis PETALING JAYA Seorang ahli PKR membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Muh...
Amk Buat Laporan Sprm Secara Terbuka Tawaran Sogokan Pm Mahiaddin

Amk Buat Laporan Sprm Secara Terbuka Tawaran Sogokan Pm Mahiaddin

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 137 hits
LAPORAN SPRM Setelah meneliti Ucapan Khas Tan Sri Mahiaddin Bin Haji Md Yasin semalam Angkatan Muda KEADILAN telah mendapati bahawa ucapan tersebut mengandungi unsur unsur yang sesungguhnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan membe...
Anak Pelakon Tolak Vaksin Buat Laporan Polis

Anak Pelakon Tolak Vaksin Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 131 hits
Oleh Laporan polis itu dibuat pelajar itu bersama adik perempuannya Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar 12 dan rakannya Muhammad Hanif Haikal Jeffery 17 di Balai Polis Taman Melawati BIMBANG perkara buruk menimpa mereka selepas divaksin ...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur