Dakwa Malaysia Bakal Jadi Sri Lanka Pemuda Umno Bidas Kit Siang


agendaily.com20/5/2022
Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.
Pemuda UMNO membidas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang didakwa cuba mengaitkan krisis di Sri Lanka juga boleh dialami Malaysia.

Tindakan Kit Siang itu disifatkan tidak bertanggungjawab dan mahu mengacau kestabilan ekonomi negara dengan memberi gambaran tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Husin Akhtar Husin.

“Hantaran media sosial pemimpin DAP, YB Lim Kit Siang, yang bertanya ‘apakah rumah Perdana Menteri dan menteri akan dibakar oleh rakyat yang marah seperti mana di Sri Lanka’ merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab, bersifat anarkis dan satu sabotaj kepada ekonomi negara.

“Ekonomi Malaysia hari ini tidak sama langsung dengan keadaan di Sri Lanka. Sri Lanka berhadapan krisis inflasi yang mendadak sehingga rakyat tiada wang untuk membeli barang keperluan asas,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, keadaan di Malaysia tidak seteruk yang dialami Sri Lanka.

“Di Sri Lanka, harga barangan keperluan asas mula meningkat pada akhir 2021 dan kini orang ramai membayar sehingga 30 peratus lebih berbanding setahun yang lalu.

“Ramai yang terpaksa berlapar, bahan api tidak dapat memenuhi permintaan, bekalan elektrik kerap terputus dan ubat juga tidak mencukupi. Apakah semua ini mencerminkan keadaan Malaysia hari ini? Ia tidak sama sekali,” katanya.

Jelas Nazir Husin, majoriti rakyat negara ini masih mempunyai makanan di atas meja setiap hari, stesen minyak pula masih berjalan seperti biasa, jalan raya masih sesak, bekalan elektrik kekal stabil dan rumah-rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri terus berjalan dengan meriah.

Tambahnya, memang benar negara sekarang berdepan dengan inflasi namun ia turut dihadapi oleh hampir semua negara di dunia.

“Dalam keadaan ini, sistem pentadbiran kita masih tetap utuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malah keperluan majoriti rakyat tidak pernah terancam.

“Jika kita kekurangan bekalan makanan tertentu, ia bukan kerana rakyat tidak mampu membeli namun kerana negara yang mengeksport mengambil tindakan mengurangkan eksport akibat krisis dalam negara mereka.

“Tidak seperti rakyat Sri Lanka yang kelaparan, rakyat Malaysia hanya berhadapan terpaksa memilih bahan makanan lain sebagai pilihan,” ujar beliau.

Justeru, beliau berharap sebagai wakil rakyat veteran, Kit Siang memadam hantaran tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

“Adalah sangat menyedihkan dalam keadaan negara berusaha untuk pulih dari kemelut ekonomi dan pandemik Covid-19, Kit Siang memberi gambaran tidak benar mengenai keadaan negara kepada rakyat dan pelabur luar negara,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/dakwa-malaysia-bakal-jadi-sri-lanka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henti Hasut Rakyat Ikut Jejak Sri Lanka Najib Beritahu Kit Siang

Henti Hasut Rakyat Ikut Jejak Sri Lanka Najib Beritahu Kit Siang

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 205 hits
Najib Razak berkata Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang terdahulu mengumumkan persaraan dalam politik tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan kenyataan vete...
I Didn T Advocate Violence Kit Siang Tells Najib Over Sri Lanka Comparisons

I Didn T Advocate Violence Kit Siang Tells Najib Over Sri Lanka Comparisons

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 274 hits
DAP veteran Lim Kit Siang says it was not his intention to incite any unrest PETALING JAYA DAP veteran Lim Kit Siang has denied advocating violence in drawing comparisons between Malaysia and Sri Lanka which was recently plagued by unrest T...
Rentasan 1130 Gempar Malaysia Bakal Ikut Jejak Langkah Sri Lanka Gr

Rentasan 1130 Gempar Malaysia Bakal Ikut Jejak Langkah Sri Lanka Gr

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 192 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11301 AKHIRNYA RAKYAT DAPAT KERDAK KERDAK KEK SAHAJA 2 APA YANG WAJAR DIPELAJARI DARI SRI LANKA 3 MENTERI BUKAN HANYA BENTANG MASALAH TAPI SELESAI MASALAH
Pakatan Harapan Pushing Malaysia To Become Like Sri Lanka

Pakatan Harapan Pushing Malaysia To Become Like Sri Lanka

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 211 hits
Herein lies the problem An ecstatic electorate elected a government based on a manifesto which included the abolition of the hugely unpopular goods and services tax This has had far reaching consequences From Walter Sandosam Free Malaysia T...
Kononnya Nak Jadi Negara Maju Tetapi Otak Penuh T Hi Lembu Persamaan Sri Lanka Dan Malaysia

Kononnya Nak Jadi Negara Maju Tetapi Otak Penuh T Hi Lembu Persamaan Sri Lanka Dan Malaysia

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 270 hits
Bukan saja persamaan dengan Sri Lanka tetapi dengan kesemua ekonomi negara yang gagal Hampir kesemua negara Islam adalah negara yang gagal atau failed States termasuk Turki Indonesia sudah mula bergerak ke depan tetapi masih jauh lagi Dan s...
Sri Lanka S Serendipitous Lesson For Malaysia

Sri Lanka S Serendipitous Lesson For Malaysia

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 249 hits
Sri Lanka has been in the news a lot lately though they probably wish they weren t It s never a good thing when CNN the BBC and Al Jazeera show footage of people demonstrating in the streets seeking to oust their leaders Great testimonials ...
Kenapa Siasat Kit Siang Ekonomi Malaysia Sudah Memang Buruk

Kenapa Siasat Kit Siang Ekonomi Malaysia Sudah Memang Buruk

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 260 hits
Kenapa siasat Kit Siang ekonomi Malaysia sudah memang burukPosted By on May 24 2022Tindakan menyiasat supremo DAP Lim Kit Siang kononnya menghasut rakyat Malaysia untuk bertindak sebagaimana rakyat Sri Lanka yang merusuh akibat kehancuran e...
Aksi Protes Warga Sri Lanka Blokade Jalanan Dengan Tabung Lpg

Aksi Protes Warga Sri Lanka Blokade Jalanan Dengan Tabung Lpg

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 203 hits
Aksi Protes Warga Sri Lanka Blokade Jalanan dengan Tabung LPG Aksi blokade ini dilakukan setelah warga yang mengantre panjang tidak dapat mengisi ulang tabung LPG lantaran sebuah toko lokal kehabisan persediaan di tengah memburuknya krisis ...
Un Condemns Escalating Violence In Sri Lanka

Un Condemns Escalating Violence In Sri Lanka

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 207 hits
Government supporters and police confront each other outside the President s office in Colombo on May 9 2022 Violence raged across Sri Lanka late into the night on May 9 2022 with five people dead and some 180 injured as prime minister Mahi...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

Abaikan Jika Tak Minat

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta