Daiso Mini Haul
Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu yang panjang dan tentu sekali ibubapa mengambil kesempatan bercuti dengan anak-anak. Apa pun yang dilakukan semoga kalian sentiasa dilindungiNya.
Entry kali ini mengenai product review so called Daiso Mini Haul..
Yeayyy I like this review..
Oh sebelum itu, siapa tak pernah dengar dan tak pernah pergi Daiso Japan? Daiso Japan ialah store yang menjual barangan dari Jepun berkonsepkan harga RM5.00 (pada awalnya sebelum GST berkuatkuasa). Tapi bila termasuk GST harga jadi RM5.30 setiap satu barang. Kebanyakkan barangan adalah buatan Cina dan Korea tetapi kualiti dan design rekaan dari Jepun.
Boleh check di sini -> Daiso Japan Online Store.
Macam-macam ada dalam Daiso dari barang keperluan rumah hinggalah makanan, pakaian, alat tulis, make up dan keperluan lain. Kualiti barangnya juga baik. Berdasarkan pengalaman saya, barang murah tak semestinya tak bagus, begitulah sebaliknya. Jadi jangan menilai barang melalui harga. Kita beli dan guna sendiri baru tahu bagus tak bagusnya. Saya selalu cari barang di Daiso mengikut kegunaan sebab tak semua barang berbaloi dengan harga RM5.30, jadi dalam hal ini kita perlu bijak memilih.
Kata orang tak kenal maka tak cinta tapi bila dah kenal susah pula nak keluar dari Daiso ni..
Oh ya, bila last you all pergi Daiso? Saya baru semalam pergi Daiso di cawangan Palm Mall Seremban. Perancangan awal ingin membeli 2 barang tapi bila khusyuk memilih tak sedar dalam tangan ada beberapa barang, ops! Derhaka pada perjanjian asal.. hehehehe
Jom lihat hasil 'tangkapan' saya..
Resort Aroma Oil
Recently suka sangat kumpul minyak aromaterapi untuk kegunaan air purifier. Saya tertarik dengan perkataan 'Perfume type Fresh Floral' ditambah lagi Resort Wedding macam superb gitu.. Saya gunakan dalam air purifier dan ternyata wangian rose semerbak harum memenuhi ruang untuk beberapa jam..
Rate : 6/10
Christmas Cards
Sambutan Christmas hampir tiba jadi kad ini saya akan kirim kepada kenalan rapat saya di Russia dan Spain. Keistimewaan kad ini ada muzik dan saiz yang tidak terlalu besar, just nice.. menarik
Rate : 10/10
Repair of Shoes
Walaupun barang ini bukanlah keperluan, tapi memandangkan kasut high heels saya kebanyakkan tapak bahagian tumit sudah haus. Beli ini semata-mata untuk repair sendiri sebab cobbler sukar didapati di kawasan ini, huhuhuhu
Rate : 8/10 (tapak tak sama saiz, kena trim getah tu sedikit untuk fit it perfectly)
Colorful Rubber Bands
Colorful Rubber Bands ini diperlukan dalam pembuatan planner.
Rate : 10/10
Clear Pocket
Clear Pocket ini digunakan untuk projek penpal.
Keistimewaannya kuantiti yang banyak dan kualiti plastik juga baik
Design clear pocket ini boleh difailkan kerana terdapat 2 lubang di bahagian tepi
Rate : 9/10
Okay that's all for today. Diharapkan review ini membantu pembaca yang mencari-cari barang pada harga yang murah dengan kualiti yang baik.. Apa barang di Daiso yang menjadi kegemaran you all? Jangan lupa kongsi pendapat tau.
Thanks for reading.
Wasalam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://whateverapa-apasahaja.blogspot.com/2016/12/daiso-mini-haul_11.html