Daim Tolak Idea Penubuhan Pakatan Nasional


BERITA

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, menyuarakan penolakannya terhadap gesaan agar Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, membuat pakatan baru dengan PAS dan Umno mewujudkan 'Pakatan Nasional'.

Daim - yang dikenali sebagai penasihat Mahathir - berkata pengundi sudah memberikan mandat kepada kerajaan sekarang, justeru keutamaan PH sepatutnya ialah mengembalikan keyakinan rakyat.

Bercakap kepada Sin Chew Daily, Daim berkata, rakyat mahukan kebajikan mereka dibela dan kerajaan pula menjadi stabil serta kukuh.

Ketika ini, kata bekas ahli parlimen Merbok itu, beliau percaya keyakinan rakyat kepada kerajaan adalah rendah kerana ia kelihatan tidak bersatu padu.

'Pakatan Nasional' bukanlah nama bagi sebuah gabungan yang rasmi, sebaliknya dilabel begitu bagi menggambarkan kerjasama sebahagian parti PH (Pakatan Harapan) dengan BN (Barisan Nasional).

Isu 'Pakatan Nasional' muncul sejurus selepas ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam, mendedahkan wujudkan usaha presiden parti itu, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendapatkan sokongan bagi bekerjasama dengan Mahathir.

Ia berlaku ketika isu peralihan kuasa perdana menteri daripada Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, semakin banyak diperkatakan.

Pendedahan itu dianggap menggagalkan rancangan menyekat Anwar daripada mengambil alih kerajaan, dan menyaksikan Lokman dipecat daripada Umno.

Pada masa sama PAS pula gigih menggerakkan kempen membawa usul percaya kepada Mahathir di Dewan Rakyat untuk mendesak agar ahli parlimen Langkawi itu kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat yang diperolehi PH pada 2018 berakhir pada 2023.

Komunikasi sangat teruk

Penganalisis melihat langkah PAS itu adalah usaha terdesak parti terbabit menghalang Anwar dilantik sebagai perdana menteri.

Sesetengah pihak pula mendakwa Daim adalah antara orang yang tidak mahu Anwar menggantikan Mahathir.

Anwar berkata, Mahathir tidak terlibat dalam gerakan itu dan bersetuju penyerahan jawatan perdana menteri dilajukan selasas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) berakhir pada hujung Nov ini.

Menurut Daim apa yang perlu dilakukan kerajaan ketika ini ialah berhenti daripada menyalahkan kerajaan BN sebelum ini semasa mentadbir negara.

"Kita perlu bergerak ke depan dan membangunkan negara ini secara berterusan. Kerajaan mesti mengatasi semua masalah yang boleh diselesaikan (sekarang)," katanya.
Gambar failAnggota kabinet pula, kata Daim, mesti menunjukkan prestasi yang baik kerana beliau sendiri menerima banyak aduan mengenai menteri yang angkuh serta tidak mempedulikan pandangan rakyat.

"Saya tahu rakyat tak puas hati. Mereka anggap sesetengah menteri sekarang dah jadi angkuh dan tak lagi mahu mendengar.

"Kepada mereka, menteri-menteri yang ada sekarang mestilah menjadi orang yang sama semasa mereka jadi pembangkang, iaitu mudah didekati.

"Mengapa mereka (menteri) jadi begitu sekarang?

"Mereka tidak pernah menjawab surat dan mengaku terlalu sibuk. Ya, memang mereka ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Tak salah untuk menteri sibuk, tetapi mereka mesti ingat, mereka dipilih oleh orang ramai untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Baca 'Saya tak mahu masuk campur soal peralihan kuasa'

Sementara itu Daim juga menggesa kerajaan meningkatkan keberkesanan dalam amalan perhubungan awam bagi menjelaskan pelbagai pembaharuan yang dibawa.

Katanya, hal itu lebih diperlukan lagi untuk perubahan berterusan yang memerlukan masa lebih lama serta rumit.

"Semua menteri ada setiausaha akhbar. Mereka perlu menjelaskan apa yang berlaku kepada media. Masalahnya sekarang ialah, komunikasi mereka sangat teruk," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/02/daim-tolak-idea-penubuhan-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guan Eng Bimbang Pakatan Nasional Jadi Kenyataan

Guan Eng Bimbang Pakatan Nasional Jadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 302 hits
Ramieza WahidSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menasihati pihak media supaya jangan menyiarkan berita berkenaan isu Pakatan Nasional yang membabitkan Bersatu PAS dan Umno Jelasnya tumpuan seharusnya diberikan bagi menangani cabaran ekonomi ...
Guan Eng Marah Media Ke Berita Palsu Pakatan Nasional

Guan Eng Marah Media Ke Berita Palsu Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 417 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menasihati pihak media supaya jangan menyiarkan berita palsu berkenaan isu Pakatan Nasional yang membabitkan Bersatu PAS dan Umno Jelasnya tumpuan seharusnya diberikan bagi menangani cabaran ekonomi khususn...
Senang Cerita Pakatan Nasional Game Over

Senang Cerita Pakatan Nasional Game Over

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 1342 hits
Tiada perbincangan mengenai kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan cadangan pembentukan kerajaan campuran pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn sebentar tadi Sebaliknya mesyuarat MKT tertumpu kepada bebe...
Anwar Dismisses Pakatan Nasional Claims As Rumours Lies

Anwar Dismisses Pakatan Nasional Claims As Rumours Lies

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 234 hits
PKR president Anwar Ibrahim has dismissed as lies rumours of purported defections from Pakatan Harapan to form a new coalition government comprising largely of Bersatu Umno and PAS federal lawmakers Speaking to reporters after a function wi...
Pkr Condemns Those Behind The Move To Form Pakatan Nasional

Pkr Condemns Those Behind The Move To Form Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 264 hits
PKR vice president Xavier Jayakumar has slammed the appalling and treacherous political greed of those wanting to form a new government under the Pakatan Nasional banner The water land and natural resources minister said that while the Paka...
Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

Selepas Pakatan Nasional Gagal Inilah Kesempatan Terbaik Majlis Presiden Tetapkan Tarikh Serah Kuasa

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 366 hits
Sebagaimana yang dijangka hasrat UMNO untuk membentuk kerjasama dengan Tun Mahathir Mohamad yang turut disertai Pas dalam sebuah gabungan baru yang dinamakan Pakatan Nasional akhirnya sah telah menemui kegagalan Perkara itu yang sepatutnya ...
Pakatan Nasional Alkisah Lebai Malang

Pakatan Nasional Alkisah Lebai Malang

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 460 hits
Jebon Pakatan Nasional Alkisahnya PAS cuba memerangkap UMNO tetapi PAS yang terperangkap Hari ini menjadi sejarah pahit buat para lebai dan walaun walaun khadam MCA bila semua yang dirancang tidak menjadi Sebaliknya UMNO mula sangsi dengan ...
Pakatan Nasional Perlu Ku Li Jadi Perdana Menteri

Pakatan Nasional Perlu Ku Li Jadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 248 hits
Perkara itu telah digembar gemburkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Lokman Adam Bagaimanapun UMNO dalam kenyataan berkata isu itu tidak dibincangkan sebaliknya mesyuarat hari ini memutuskan untuk terus mengukuhkan Muafakat Nasional ...
Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

Hadi Pas Open To Pakatan Nasional Gov T To Unite Malay Muslim Power

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 301 hits
PAS is open to the formation of a Pakatan Nasional unity government to bring the country back to its original path says party president Abdul Hadi Awang However it must follow the principles of democracy the PAS stalwart warned While saying...
Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Prudence

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka