Dah Tiga Hari Tak Masak
Assalamualaikum...
SEJAK Isnin lepas, kami tiga beranak menaiki satu kereta ke pejabat. Apa sebabnya, next entry kita cerita ya. Kalau dah semua naik satu kereta, maknanya memang kena tunggulah sampai semua dah habis kerja, marilah pulang bersama-sama. Bila nak tunggu semua pulang bersama-sama, memang tak sempatlah nak memasak. Nak keluar makan pun malas. Balik kerja terus pergi makan pun bukan pe'el Pak Inche. Wajiblah balik mandi dulu apa semua, sebelum keluar makan. Jadi, dua hari berturut, kami tapau makanan pasar malam. Kalau tiga beranak punya selera, faham-faham sajo 😂
Pasar malam hari isnin yang belum malam, hehehe. Pergi pasar malam dah tak seseronok dulu. Sendu dan tak meriah. Tak rasa lagi nikmat jalan pasar malam sambil sedut air dalam cawan atau kunyah kulit ayam. Semua wajib pakai mask, kan
Beli donut untuk peminat donut. Kalau nak makan donut memang beli ajelah. Kalau buat sendiri, tak pasal-pasal kena makan banyak pulak. Padahal memang tak pandai buat donut, hahaha
Gendang Kasturi, favourite Pak Inche. Kalau nampak kuih ni memang dia mesti beli la. Kalau diikutkan banyak kuih kegemaran Pak Inche yang Sk tak minat dan kuih kegemaran Sk yang Pak Inche tak minat, contohnya Gendang Kasturi ni la.. hihi
Kulit ayam goreng. Lebar-lebar kulitnya terbentang. Eh, tiber teringat resepi kulit ayam viral. Harapnya ni betul kulit ayam la, bukan telur dadar, hahaha
Mula Pak Inche kata, nak jagung bakar tak? Tapi, dah sampai kat tempat jagung bakar tu, dibelinya kacang kuda rebus, jagung bakar tak beli. Terus jadi pertikaian, hahahah. Lepas tu singgah tempat jagung bakar yang lain, beli dua tongkol. Abang jagung tu bagi percuma setengah plastik kacang kuda rebus pulak
Iman nak makan Nasi Kerabu Daging Merah. Nasi lembut, daging pun lembut dan sedap sangat
Pak Inche makan nasi beriani. Lauknya ayam masak merah, diam jer makan, sedap la tu kot
Terliur tengok nasi ambeng, tak perasan pulak ayamnya digoreng ala kfc. Patutnya ayam rendang atau masak kicap, kan. Tapi aroma nasi ambengnya macam nasi ambeng yang orang bawa balik dari kenduri
Ni kat pasar malam hari selasa. Ikan Siakap 14 kilo, sekilo baru RM24. Haaa.. kiralah sendiri berapa seekor tu. Tapi, boleh jer kalau tak nak beli seekor terus. Nak kepala aje ke, nak badan aje ke, sepotong, dua potong, kata kakak yang jual tu. Eh, kerang dia pun besar penumbuk Orbit, hahaha
Kali ni, Pak Inche kata, nak makan nasi lemak. Dia kan, mana boleh nampak nasi lemak bungkus daun pisang, mula la telan-telan ailio, hahaha
Roti jala RM2, siap pek 6 keping. Bukan roti jala jelita, cicahnya pun kuah aje. Masa Sk nak beli tu, dia kata, kalau ambil dua pek, RM3. Banyak-banyak takut tak habis sebab ada makanan lain, tapi kesian pulak, kita ambil jugak dua pek. Memang betul pun, satu pek aje yang dimakan, lagi satu masuk peti sejuk
Pak Inche beli Laksa Penang. Punnnn masuk peti sejuk. Ni dulu pek dalam plastik aje, RM2, sekarang dah jadi RM4. Zaman dah berubah 😅
Murtabak. Sejak kenal murtabak dengan kuah bawang ni, dah tak pandai makan murtabak cicah kari, hihi
Nasi Ayam Cincang. Ayam potong kecil goreng kunyit dengan kacang panjang. Ada kuah kari dan sambal belacan, sedappp
Tauhu bakar untuk Pak Inche.
Iman suka Cakue Bakar.
Hari ni, tak pergi pasar malam. Tapau nasi campur di Dapur Asmara, BBU. Berpuluh-puluh lauk boleh dipilih di sini mengalahkan restoran tau. Kalau malas masak tu, datang aje tapau kat sini. Sk ambil pajeri terung dan rendang ayam, sebab tak nak kacau rasa pajeri tu. Lama tak makan, nak masak tak ada kawan makan. Sebenarnya tak pandai masak pun, hahahaha
Pak Inche kat pejabat lagi, jadi dia pesan nak lauk kari ayam dan sambal kerang, tapi sambal kerang tak ado, kita ganti dengan sambal belacan pun bolehhhh. Tak ambil gambar pinggan Iman yang ada lauk asam pedas ayam, tauge dan kentang goreng sambal
Seronoknya dah tiga hari tak masak, yabedabeduuuuuuu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2021/11/dah-tiga-hari-tak-masak.html