Dah Tak Rasa Sakit Setiap Hari Kena Suntik Insulin Masa Hamil Sebab Gdm


Bagi penghidap diabetes atau penjaga pesakit diabetes, anda mesti mengetahui cara suntik insulin di bahagian tubuh yang tepat. Teknik suntikan insulin yang betul akan memastikan keberkesanannya dalam mengawal paras gula darah.

Kaedah atau cara suntik insulin yang tepat
Menurut perkongsian Hello Doktor, sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau teknik suntikan insulin yang boleh dilakukan. Ini termasuklah penggunaan picagari, pen insulin, pam insulin dan penyuntik jet.
Doktor akan melakukan pemilihan kaedah suntikan yang bersesuaian dengan pesakit.
Namun, penggunaan picagari bagi menyuntik insulin adalah kaedah yang paling biasa dilakukan oleh kebanyakan pesakit diabetes kerana kosnya yang jauh lebih murah.
Picagari terdiri daripada pelbagai jenis berdasarkan jumlah insulin yang akan disuntik selain saiz jarum yang akan digunakan.
Picagari juga adalah sejenis item yang bersifat pakai buang, yang bermaksud ia hanya boleh digunakan untuk satu kali penggunaan sahaja.
Di manakah lokasi yang paling sesuai untuk suntik insulin?
Suntikan insulin dilakukan di bawah lapisan kulit tubuh, atau dengan lebih tepat lagi ke dalam lapisan lemak di bawah kulit anda.
Jarum picagari yang pendek akan digunakan untuk menyuntik insulin ke dalam lapisan berlemak yang terletak di antara kulit dan juga otot.
Sekiranya insulin ini disuntik jauh ke bahagian otot anda, ia tidaklah membahayakan namun tubuh badan anda akan menyerapnya dengan lebih pantas.
Malah suntikan sehingga ke bahagian otot sebenarnya lebih menyakitkan berbanding suntikan sehingga ke bahagian lapisan lemak sahaja.
Jika tubuh badan anda menyerap insulin dalam kadar yang pantas, anda mungkin akan mengalami hipoglisemia iaitu paras gula darah yang terlalu rendah.
Mereka yang dikehendaki mengambil suntikan insulin perlulah menyuntik pada bahagian tubuh secara pusingan dan bukan di kawasan yang sama setiap kali suntikan dilakukan.
Ini kerana, jika anda melakukan suntikan pada lokasi yang sama setiap masa, ia akan menyebabkan satu keadaan yang disebut lipodistrofi.
Lipodistrofi adalah satu keadaan di mana terdapat pengumpulan lemak yang tidak normal di bawah lapisan kulit anda. Ia akan menyebabkan kemunculan ketulan yang akan mengganggu proses penyerapan insulin dalam tubuh.
Oleh sebab itu, anda perlulah menyuntik pada kawasan yang berbeza bergilir-gilir setiap kali suntikan.
Berikut adalah bahagian tubuh yang sesuai untuk disuntik dengan insulin:
#1. Cara suntik insulin di bahagian perut
Bahagian tubuh pertama yang paling sesuai disuntik insulin adalah di bahagian perut anda. Ini kerana, insulin akan diserap dengan lebih cepat selain ia adalah lokasi yang paling mudah untuk anda lakukan suntikan tersebut.
Lokasi yang lebih tepat adalah di bahagian antara bawah tulang rusuk hingga ke kawasan kemaluan anda. Elakkan menyuntik di sekitar 2 inci daripada pusat anda.
Selain itu, elakkan juga melakukan suntikan di bahagian yang mempunyai calar, parut atau tahi lalat kerana semua perkara ini hanya akan mengganggu kelancaran proses penyerapan insulin.
#2. Cara suntik insulin di bahagian paha
Selain daripada bahagian abdomen atau perut, anda juga boleh menyuntik insulin di bahagian paha kaki anda. Anda boleh menyuntik di sekitar kawasan bahagian atas dan bahagian sebelah luar paha kaki.
Anda boleh mula menyuntik di kawasan sekitar bermula 4 inci daripada atas paha sehinggalah 4 inci sebelum kawasan lutut. Elakkan bahagian sebelah dalam paha kerana terdapat jaringan saluran darah yang lebih padat di kawasan tersebut.
Walaupun suntikan di bahagian paha ini merupakan antara kawasan yang paling mudah untuk dilakukan, ia mungkin akan memberikan sedikit rasa tidak selesa kepada anda sewaktu berjalan atau berlari selepas suntikan.
Apatah lagi jika anda kerap menyuntik insulin di kawasan paha ini.
#3. Cara suntik insulin di bahagian lengan
Anda juga boleh melakukan suntikan di bahagian lengan anda. Lokasinya adalah di bahagian sebelah belakang lengan, iaitu di antara bahu dan siku anda.
Jika anda melakukan suntikan secara bersendirian, kawasan ini mungkin boleh dikatakan antara bahagian yang agak sukar dicapai. Anda mungkin memerlukan bantuan individu lain untuk menyuntikkan insulin tersebut.
Namun, jika suntikan tersebut dilakukan pada bahagian tangan yang tidak dominan bagi seseorang tersebut, ia adalah lebih selesa dan kurang menyakitkan berbanding suntikan di bahagian lain.
Sebagai contoh, jika tangan kanan anda lebih dominan, maka adalah lebih baik jika suntikan tersebut dilakukan pada bahagian lengan sebelah kiri. Ia lebih selesa dan kurang menyakitkan.
#4. Cara suntik insulin di bahagian pinggul atau punggung
Bahagian terakhir yang paling sesuai untuk anda suntik insulin adalah di bahagian pinggul atau punggung anda.
Lokasi yang paling tepat adalah di bahagian bermula daripada bawah pinggang sehinggalah ke bahagian atas punggung di antara dua pinggul.
Cuba elakkan daripada melakukan suntikan di bahagian bawah punggung. Bahagian ini juga merupakan kawasan tubuh yang agak sukar untuk dicapai bagi suntikan insulin disebabkan lokasinya yang berada di belakang tubuh.
Anda mungkin memerlukan bantuan rakan atau ahli keluarga anda untuk menyuntik insulin.
Kesimpulan
Dengan mengetahui teknik suntikan insulin yang betul dapat membantu serapan berlaku dengan lebih berkesan ke dalam tubuh.
Teknik suntikan insulin yang betul akan membuatkan ia bertindak dengan lebih berkesan atau tidak diserap dengan terlalu cepat oleh tubuh sehingga boleh menyebabkan hipoglisemia.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Dah Tak Rasa Sakit, Setiap Hari Kena Suntik Insulin Masa Hamil Sebab GDM! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dah-tak-rasa-sakit-setiap-hari-kena-suntik-insulin-masa-hamil-sebab-gdm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setiap Hari Sakit Pinggang Belakang Ainan Tasneem Terpaksa Pakai Penyokong Tak Sabar Tunggu Baby Kembar

Setiap Hari Sakit Pinggang Belakang Ainan Tasneem Terpaksa Pakai Penyokong Tak Sabar Tunggu Baby Kembar

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 324 hits
Bukan mudah mengandungkan anak kembar apatah lagi bagi ibu yang berbadan kecil Bagi penyanyi Ainan Tasneem kandungan kembarnya yang semakin membesar membuatkan dia semakin berjaga jaga Katanya menerusi instagram miliknya dek kerana kandunga...
Bila Hamil Banyak Benda Buat Rasa Resah Tak Selesa Ini Cara Mama Nak Dapat Tidur Lena Masa Mengandung

Bila Hamil Banyak Benda Buat Rasa Resah Tak Selesa Ini Cara Mama Nak Dapat Tidur Lena Masa Mengandung

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 469 hits
Mata dah mengantuk tapi tak boleh nak tidur itulah yang sering menjadi keluhan ibu hamil yang menunggu saat melahirkan Perut yang membesar dan rasa tidak selesa sering mengganggu tidur nyenyak pada malam hari Waktu tidur yang diperlukan ole...
Dibunuh Perompak Masa Jaga Ibu Sakit Syurga Buatmu Siti Nur Surya Netizen

Dibunuh Perompak Masa Jaga Ibu Sakit Syurga Buatmu Siti Nur Surya Netizen

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 2101 hits
Sedihnya ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat Berapa jam tengok mayat anak sebelum dapat bantuan Dibunuh perompak masa jaga ibu sakit syurga buatmu Siti Nur Surya Netizen Kematian seorang remaja perempuan Siti Nur Surya Ismail yang ...
B4u Global Investment Syarikat Bagus Untuk Melabur Dapat Dividen Setiap Hari

B4u Global Investment Syarikat Bagus Untuk Melabur Dapat Dividen Setiap Hari

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 356 hits
B4U Global Investment Syarikat Bagus Untuk Melabur Dapat Dividen Setiap Hari Jika anda tercari cari company investment atau syarikat bagus untuk The post appeared first on
Dapat Dividen Setiap Hari Dengan Melabur Dalam Syarikat B4u Trades Investment

Dapat Dividen Setiap Hari Dengan Melabur Dalam Syarikat B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 285 hits
Dapat Dividen Setiap Hari Dengan Melabur Dalam Syarikat B4U Trades Investment Anda mahu menjana pendapatan pasif income harian atau bulanan The post appeared first on
Pernah Kena Suntik Ubat Matangkan Peparu Bayi Memang Sakit Doktor Jelaskan Sebabnya

Pernah Kena Suntik Ubat Matangkan Peparu Bayi Memang Sakit Doktor Jelaskan Sebabnya

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 402 hits
Mama kena dapatkan suntikan ini sebelum bersalin terutamanya yang mungkin bersalin awal dari tarikh jangkaan Penting sangat Menurut pegawai perubatan Obstetrik Ginekologi suntikan amat penting untuk ibu yang berkemungkinan melahirkan bayi p...
Videografis Cara Aman Berobat Di Rumah Sakit Pada Masa Pandemi Covid 19

Videografis Cara Aman Berobat Di Rumah Sakit Pada Masa Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 225 hits
Mayoritas Rumah Sakit sudah menerapkan protokol kesehatan Namun sikap kewaspadaan terhadap paparan Covid 19 ini tetap harus dimulai dari diri sendiri Berikut cara aman berobat di Rumah Sakit pada masa pandemi
Risau Sakit Lama Amalan Sepanjang Hamil Doa Mudah Bersalin Ini Boleh Amalkan

Risau Sakit Lama Amalan Sepanjang Hamil Doa Mudah Bersalin Ini Boleh Amalkan

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 598 hits
Apabila diri disahkan hamil tiada ungkapan lain yang keluar dari mulut seorang ibu kecuali Alhamdulillah Tanpa sedar air mata kegembiraan ini mengalir secara tiba tiba Lagi lagi yang memang dah menantikannya Namun fasa setiap kehamilan dan ...
Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4u Trades Investment

Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4u Trades Investment

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 443 hits
Platform Buat Profit Setiap Hari Secara Pasif Di B4U Trades Investment Bagaimana untuk anda menjana untung atau buat profit setiap The post appeared first on
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi