Dah Rasa Lain Sebab Mata Anak Tak Sama Hospital Call Terus Cari Tag Dalam Sampah


Hati ibu bapa mana yang tak risau dan sedih saat dapat tahu anak yang dibawa pulang ke rumah selepas dilahirkan adalah anak orang lain. Tambah lagi ia kelahiran pertama selepas mendirikan rumah tangga Julai tahun lalu.
Tahu bukan anak sendiri selepas hari kedua pulang ke rumah
Namun situasi ini benar-benar meninggalkan trauma kepada Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah.
Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi pembedahan pukul 3 petang, 10 Jun lalu di sebuah hospital di Shah Alam.

“Dah rasa lain, sebab mata anak tak sama” 
Khairul menjelaskan, semasa hari pertama kelahiran anak (10 Jun) memang ada ambil gambar, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya (11 Jun), tapi kami tengok muka bayi macam lain.
“Perbezaan ketara adalah pada mata. Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi itu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.

Cari semula tag nama dalam bekas  sampah
Bagaimanapun, menurut Khairul lagi, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak hospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.
“Pihak hospital call tanya sama ada kami periksa tag (tanda nama) di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya.
“Kebetulan sampah belum lagi dibuang, jadi kami cari tag tu. Mula-mula tak percaya (bayi tertukar) tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus beremosi lebih-lebih lagi isteri yang baru lepas bersalin,” jelasnya.

Isteri menangis bila dapat tahu anak tertukar
Tambahnya lagi, dia dan isteri tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020.
“Kedua-dia belah keluarga kami pula di Johor dan kami hanya tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.
“Isteri saya menangis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat servis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya.
Kecuaian ni sepatutnya tak berlaku
Khairul menambah, dia kesal apabila mendakwa alasan yang diberikan pihak hospital berhubung insiden pertukaran bayi itu adalah kerana ‘terlepas pandang’.
“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah orang lain.

“Bagi saya kecuaian ini tidak boleh diterima. Kami buat laporan polis berhubung kejadian dan masih belum memikirkan untuk melakukan tindakan selanjutnya, katanya.
“Kami dah sayang bayi tu. Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu.
“Kami dah sayang bayi tu, syukur anak kandung pun selamat”
Khairul tetap bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya kes pertukaran bayi.
“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu (anak orang lain). Hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak kandung kami, teringat bayi yang satu lagi.
“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.

“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik beradik,” katanya.
Sebelum ini tular kes tertukar bayi apabila ibu kepada salah seorang bayi menyedari anak yang dibawa pulang ke rumah bukan anak kandung selepas mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya.

Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi.
Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan lanjut berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami Siti Suriani di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 9 pagi (Ahad, 14 Jun).
Kredit: Mstar; IG dddyanaaa_ & FB Jamumall.com

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
 
The post “Dah Rasa Lain, Sebab Mata Anak Tak Sama. Hospital Call, Terus Cari Tag Dalam Sampah” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dah-rasa-lain-sebab-mata-anak-tak-sama-hospital-call-terus-cari-tag-dalam-sampah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Ibu Lain Anak Aku Kat Mana Wei Tertukar Tag Ke Baby Siti Jamumall

Nama Ibu Lain Anak Aku Kat Mana Wei Tertukar Tag Ke Baby Siti Jamumall

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 706 hits
Kecoh di media sosial apabila pengasas laman web Jamu Mall Siti Suriani yang selamat bersalin semalam mendakwa tertukar bayi dengan orang lain selepas dibenarkan pulang ke rumah hari ini Menerusi sesi siaran langsung di laman Facebook seben...
Asyik Hadap Gajet 24 Jam Anak Menangis Serik Main Phone Lepas Mata Jadi Lebam

Asyik Hadap Gajet 24 Jam Anak Menangis Serik Main Phone Lepas Mata Jadi Lebam

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 473 hits
Seiring kemajuan teknologi pada zaman moden ini ketagihan terhadap telefon bimbit dalam kalangan kanak kanak merupakan satu masalah yang membimbangkan di negara kita Begitulah seperti video tular yang dikongsi oleh seorang ibu dikenali seba...
Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

Terpaksa W4rded Terus Siti Jamumall Diduga Lagi Selepas Isv Bayi Tertukar Kini Datang Sak T Lain Pula

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 243 hits
Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall berdepan dug4an lagi apabila anaknya pula mengh1dap peny4kit dem4m kuning Siti menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya meluahkan kebimb4ngan k...
Pentingnya Ukuran Celana Yang Pas Untuk Cowok Chubby Jangan Cari Celana Longgar Terus

Pentingnya Ukuran Celana Yang Pas Untuk Cowok Chubby Jangan Cari Celana Longgar Terus

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 191 hits
Jangan anti dengan celana yang pas atau mengikuti bentuk tubuhmu ada tips khususnya juga
Tiga Kali Induce Baru Rasa Nak Bersalin Pilih Nama Ringkas Ain Edruce Kongsi Wajah Nama Anak

Tiga Kali Induce Baru Rasa Nak Bersalin Pilih Nama Ringkas Ain Edruce Kongsi Wajah Nama Anak

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 496 hits
Selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya akhirnya Ain Edruce tampil berkongsi cerita pengalaman kelahiran indahnya menerusi Youtube Ain sebelum ini membuka soalan untuk seluruh pengikutnya di Instagram yang ingin bertanyakan pelbagai so...
Bahan Tak Banyak Tapi Rasa Cukup Sedap Dadih Fresh Milk Buat Anak Berebut

Bahan Tak Banyak Tapi Rasa Cukup Sedap Dadih Fresh Milk Buat Anak Berebut

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 432 hits
Salah satu dadih yang paling mudah hendak disediakan di rumah pastinya dadih susu segar Menggunakan susu sebagai bahan utama buat lebih berkhasiat untuk anak makan Bagi anak yang kurang minum susu resipi mudah tapi super sedap ini pasti bua...
Cari Tuhan Yang Bisa Dilihat Mata Versi Berhala Pagan Oleh Dr Rakib Jam

Cari Tuhan Yang Bisa Dilihat Mata Versi Berhala Pagan Oleh Dr Rakib Jam

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 236 hits
jangan pikirkan hakekat Allah jangan pikirkan tapi pikirkanlah ciptaan Allah
Keluarga Bekas Pesakit Covid Mohon Maaf Pinta Tidak Terus Dihukum Jadi Punca Jangkitan 127 Individu Lain

Keluarga Bekas Pesakit Covid Mohon Maaf Pinta Tidak Terus Dihukum Jadi Punca Jangkitan 127 Individu Lain

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 266 hits
KUALA TERENGGANU 9 Jun Bagi bekas pesakit COVID 19 seperti Mohd Adli Mohamad dan anggota keluarganya kecaman persepsi negatif melampau dan disisihkan segelintir masyarakat adalah lebih sakit dan derita berbanding pertarungan melawan COVID 1...
Anak Susah Fokus Kejap Belajar Kejap Main Kena Tahu Sebab Dulu Bukan Terus Marah

Anak Susah Fokus Kejap Belajar Kejap Main Kena Tahu Sebab Dulu Bukan Terus Marah

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 413 hits
Anak ni tak susah nak fokus tapi dia senang ubah fokus Kejap dia belajar kejap dia main kejap dia main games Kenapa macam ni ya Bagi ibu bapa yang ada anak susah nak fokus jangan risau Ada penyelesaiannya Bagaimanapun mesti kena tahu sebabn...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi