Anak Susah Fokus Kejap Belajar Kejap Main Kena Tahu Sebab Dulu Bukan Terus Marah


Anak ni tak susah nak fokus tapi dia senang ubah fokus. Kejap dia belajar, kejap dia main, kejap dia main games. Kenapa macam ni ya? Bagi ibu bapa yang ada anak susah nak fokus, jangan risau.
Ada penyelesaiannya. Bagaimanapun, mesti kena tahu sebabnya dulu baru mudah nak atasi masalah susah fokus ini. Ikuti perkongsian Hanis Athirah Rusli. Moga bermanfaat untuk semua ibu bapa.
10 Sebab Anak Susah Nak Fokus
1️⃣ Attention span yang singkat
Keupayaan untuk anak-anak kecil untuk berikan tumpuan dalam sesuatu perkara tak lama. Semakin kecil usianya, semakin singkat tumpuannya. Ini kerana mereka memang cepat bosan dan tak dapat tumpukan sesuatu yang lama kecuali perkara itu menarik perhatian mereka.
▪️Anak 1 tahun : 1 hingga 3 minit
▪️Anak 2 tahun : 4 hingga 10 minit
▪️Anak 3 tahun : 6 hingga 15 minit
▪️Anak 4 tahun : 8 hingga 20 minit
▪️Anak 5 tahun : 10 hingga 25 minit
▪️Anak 6 tahun : 12 hingga 30 minit
▪️Anak 7 tahun : 14 hingga 35 minit
▪️Anak 8 tahun : 16 hingga 40 minit
▪️Anak 9 tahun : 18 hingga 45 minit
▪️Anak 10 tahun : 20hingga 50 minit

2️⃣Anak penat
Tahu emosi dan ikut rentak anak. Pembelajaran lebih efektif bila the whole body system bersedia dan gembira untuk menerimanya. Periksa anak dulu samada mereka lapar atau letih. Walaupun aktiviti yang kita sediakan mereka suka, tapi kekurangan tenaga menyebabkan mereka susah untuk terus fokus.
3️⃣ Mereka tak minat dan diluar kemampuan.
Paling penting, ketahui minat anak. Sediakan aktiviti yang berkait dengan minat mereka supaya mereka lebih lama mengamati apa yang diperlajari. Anak juga susah nak fokus jika aktiviti diluar kemampuan mereka. Mulakan dari perkara senang ke perkara susah atau konkrit kepada abstrak. Ini kerana kanak-kanak perlu belajar dari perkara yang senang dan jelas pada tahap umurnya. Bila anak tidak faham, sedikit sebanyak anak mula rasa cepat putus asa dan inilah sebab mereka tak fokus untuk teruskan sesi pembelajaran.
4️⃣ Terdapat gangguan dari sekeliling
Persekitaran dalam rumah yang sangat mengganggu. Bunyi adik menangis, bunyi si kakak menonton televisyen, bunyi ayah pula riuh rendah borak dengan rakan-rakannya. Persekitaran yang bising ini boleh menganggu perhatian mereka dan lama kelamaan anak tak fokus perkara yang sepatutnya mereka lakukan.
5️⃣ Dahagakan love affection
Anak sering dimarahi oleh ibu bapa memang susah untuk fokus. Emosi mereka rapuh dan mereka banyak terasa hati. Mereka cuba untuk fokus, tapi tak berjaya kerana teringat layanan sebelumnya yang menyakiti hatinya. Ibu ayah langsung tidak berikan motivasi kepada anak-anak sebelum dan semasa mereka beraktiviti dan belajar. Cuba kita ubah dengan kurangkan marah dan tingkatkan motivasi anak adalah dengan memberikan kata-kata dorongan, pujian, dan rangsangan. Hadiah juga salah satu cara untuk menaikkan motivasi anak. Biasakan beri hadiah yang kecil dan murah sahaja tetapi tinggi ertinya.
6️⃣Aktiviti yang sama yang membosankan
Setiap hari jenis aktiviti yang kita sediakan berulangan dan langsung tak dapat menarik perhatiaan anak. Untuk kanak-kanak galakkan hands-on dan pengunaan bahan bantu belajar yang menarik. Apabila belajar secara hands-on anak-anak dapat menggunakan kesemua deria mereka. Jadi mereka akan teruja untuk memberi fokus untuk jangka masa yang lama.
7️⃣Kesihatan anak terganggu
Faktor kesihatan memainkan peranan dalam menentukan keupayaan anak untuk terus fokus. Contohnya hidung anak tersumbat. Nampak remeh, tapi anak akan lebih tumpu kepada kesukaran untuk bernafas jadi mereka susah nak fokus. Berikan anak rehat yang secukupnya. Yang penting kesihatan dan kesejahteraan mereka.

8️⃣Gaya belajar yang tidak sesuai dengan anak
Setiap anak mempunyai gaya pemebelajaran yang tersendiri. Anak visual learner, lebih banyak menggunakan mata. Anak audio learner pula cenderung mendengar. Bagi anak kinestatik cenderung untuk bergerak semasa belajar. Sekiranya kita hanya tumpu satu gaya saja, kita tak mampu untuk tackle gaya belajar anak, inilah boleh menyebabkan fokus anak tak bertahan dengan lebih lama.
9️⃣Terlampau didedahkan dengan gajet
Anak yang dah biasa melekat dengan gajet 24 jam memang mengalami kesukaran nak fokus. Manakan tidak, mereka asyik teringat keseronokkan bermain gajet berbanding buat aktiviti bersama ibu ataupun belajar.
🔟 Anak tak biasa dilatih lakukan aktiviti yang membantu untuk fokus dari kecil
Masa kecil lagi, seawal bayi kita boleh tackle tumpuan anak. Banyakkan libatkan aktiviti yang melibatkan pandangan mata anak ke mata kita. Contoh paling senang main cak cak dengan anak. Nampak simple tapi bila biasa sangat dapat membantu anak untuk lebih fokus
Ada dekat sini kawan-kawan yang nak Anis kongsikan beberapa contoh aktiviti homeschool untuk tingkatkan fokus anak? Jika dipanjangkan umur, insyaAllah Anis kongsikan ya.
Kredit: Hanis Athirah Rusli

 
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
The post Anak Susah Fokus, Kejap Belajar, Kejap Main. Kena Tahu Sebab Dulu, Bukan Terus Marah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-susah-fokus-kejap-belajar-kejap-main-kena-tahu-sebab-dulu-bukan-terus-marah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Izin Dulu Sebelum Marah Biar Betul

Minta Izin Dulu Sebelum Marah Biar Betul

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 214 hits
MINTA IZIN DULU SEBELUM MARAH BIAR BETUL Assalammualaikum wbt Lain padang lain belalang lain orang lain cara dia lakukan Satu sifat atau perangai PC yang PC sendiri kadang rasa macam aneh dan macam tak best adalah bila PC nak marah mesti PC...
Dah Rasa Lain Sebab Mata Anak Tak Sama Hospital Call Terus Cari Tag Dalam Sampah

Dah Rasa Lain Sebab Mata Anak Tak Sama Hospital Call Terus Cari Tag Dalam Sampah

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 289 hits
Hati ibu bapa mana yang tak risau dan sedih saat dapat tahu anak yang dibawa pulang ke rumah selepas dilahirkan adalah anak orang lain Tambah lagi ia kelahiran pertama selepas mendirikan rumah tangga Julai tahun lalu Tahu bukan anak sendiri...
Baru 7 Bulan Dah Pandai Main Sendiri Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Jadikan Anak Berdikari Tak Melekap

Baru 7 Bulan Dah Pandai Main Sendiri Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Jadikan Anak Berdikari Tak Melekap

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 350 hits
Baru memasuki usia 7 bulan Emelia sudah pun pandai bermain sendiri walaupun tidak ditemani sesiapa Video tersebut di kongsi di laman Instagram Dr Sheikh Muszaphar dan mendapat tontonan sebanyak 200 ribu dari warga maya Dr Sheikh Muszaphar t...
Anak Seawal 2 Tahun Diberi Main Puzzle Boleh Jadi Bijak Perkembangan Pun Bagus

Anak Seawal 2 Tahun Diberi Main Puzzle Boleh Jadi Bijak Perkembangan Pun Bagus

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 348 hits
Ramai ibu bapa masih lagi teragak agak nak beli mainan yang sesuai untuk perkembangan anak Untuk pengetahuan ibu bapa sebenarnya aktiviti puzzle boleh merangsang otak anak seawal mungkin Puzzle ada banyak jenis dan ibu bapa atau guru boleh ...
12 Idea Susun Atur Dekor Ruang Belajar Anak Anak Di Rumah

12 Idea Susun Atur Dekor Ruang Belajar Anak Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 383 hits
Dua hari lepas telah pun di umumkan taqwin pembelajaran anak anak sekolah di mana pelaksanaan semula PdPR selama 25 hari bermula 13 14 Jun 2021 Pada pendapat ana ia adalah sangat wajar sebagai salah satu langkah yang di ambil kerajaan sebag...
Hiburan Cuba Fokus Satu Job Dulu Agar Dapat Menjiwai Watak Nadhir Nasar

Hiburan Cuba Fokus Satu Job Dulu Agar Dapat Menjiwai Watak Nadhir Nasar

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 778 hits
Makin dikenali ramai menerusi lakonan cemerlang dalam drama Projek Anchor SPM pelakon Nadhir Nasar akui mengambil masa yang lama untuk dirinya berjaya mendalami watak tersebut agar dapat menarik perhatian orang ramai AdvertisementBaru baru ...
Jangan Marah Anak Tak Tentu Pasal Usap Kepala Peluk Anak Tu Penting Tangki Emosi Anak Terubat

Jangan Marah Anak Tak Tentu Pasal Usap Kepala Peluk Anak Tu Penting Tangki Emosi Anak Terubat

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 308 hits
Selalu kita terlupa akan hal hal kecil yang semacam ini Walau kita sibuk macam mana sekalipun jangan biarkan emosi anak kosong dek rasa emosi dan kemarahan kita yang tidak stabil Jangan hamburkan kemarahan kita pada anak yang tidak tahu apa...
Anak Meragam Terkurung Dalam Rumah Pagi Pagi Keluar Kejap Biar Kena Matahari

Anak Meragam Terkurung Dalam Rumah Pagi Pagi Keluar Kejap Biar Kena Matahari

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 213 hits
Tahu tak semakin lama kita terkurung di dalam rumah yang lemau dan terkedap semakin huru hara jam biologi kita Ini paling beri kesan kepada anak anak kecil kerana jam biologi mereka sedang berkembang Bagaimana Baik sifir mudahnya Suhu badan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba