10 Amalan Mudah Di Dunia Tapi Mampu Memberi Syafa At Di Akhirat


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
10 Amalan Mudah di Dunia Tapi Mampu Memberi Syafa'at di Akhirat! | Semalam dengar sikit pasal amalan sunnah yang selalu Nabi s.a.W buat.. salah satunya baca Al-Quran... dan ustaz sebut pasal syafa'at... 

Definisi syafa’at
Dari segi bahasa syafa'at bermaksud menjadikan sesuatu genap (berpasangan). 
Dari segi istilah, syafa’at adalah menjadi penengah bagi orang lain untuk mengusahakan kebaikan atau mencegah keburukan. 
Imam Ibnul Atsir berkata, “(Lafaz) syafa’at disebutkan berulang kali dalam hadis-hadis Rasulullah SAW dalam perkara yang berkaitan dengan urusan dunia ataupun akhirat. Syafa’at ini ertinya memohon (kepada Allah SWT) agar (Dia) mengampuni dosa-dosa dan kesalahan (yang terjadi) di antara mereka


Syarat-syarat untuk Mendapatkan Syafa’at
Semua syafa’at adalah milik Allah SWT semata-mata, maka syafa’at yang diterima di sisi-Nya hanyalah syafa’at yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan-Nya. 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
قُلْ لِلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا
“Katakanlah, “Semua syafa’at itu milik Allah (semata-mata).” (QS. az-Zumar: 44)

Syarat-syarat diterimanya syafa’at tersebut adalah:
1- Redha Allah SWT terhadap orang yang akan memberi syafa’at.
Dalam hal ini mereka adalah Rasulullah SAW dan para Nabi lainnya ‘alaihissalam, serta para Malaikat dan orang-orang yang soleh dari kaum mukminin, demikian juga anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum baligh (dewasa), dua atau tiga orang, dapat memberi syafa’at kepada orang tuanya. [Sebagaimana dalam hadits riwayat an-Nasa’i (no. 1876), Ahmad (2/510 dan 6/431) dan al-Hakim  (no. 1416), dinyatakan shahih oleh Imam al-Hakim, adz-Dzahabi dan Syaikh al-Albani.]
Redha Allah Ta’ala terhadap orang yang akan diberi syafa’at, berdasarkan firman Allah ‘Azza wa Jalla
وَلا يَشْفَعُونَ إِلا لِمَنِ ارْتَضَى
“Dan mereka tidak (mampu) memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredhai Allah.” (QS. al-Anbiyaa’: 28)
3- Izin Allah SWT dalam pemberian syafa’at tersebut. Dan izin dari-Nya adalah setelah redha-Nya kepada orang yang akan memberi syafa’at dan orang yang akan diberi syafa’at. Firman Allah SWT,
مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ
“Siapakah (tiada seorangpun) yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya.” (QS. al-Baqarah: 255)

Demikian pula firman Allah SWT dalam ayat-ayat berikut,
يَوْمَئِذٍ لا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ إِلا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَنُ وَرَضِيَ لَهُ قَوْلاً
“Pada hari itu (hari kemudian) tidak berguna syafa’at, kecuali (syafa’at) orang yang diberi izin oleh Allah Maha Pemurah, dan Dia telah meredhai perkataannya.” (QS. Thaahaa: 109)

وَكَمْ مِنْ مَلَكٍ فِي السَّمَاوَاتِ لا تُغْنِي شَفَاعَتُهُمْ شَيْئًا إِلا مِنْ بَعْدِ أَنْ يَأْذَنَ اللَّهُ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَرْضَى
“Dan betapa banyak Malaikat di langit, syafa’at mereka sedikitpun tidak berguna kecuali setelah Allah mengizinkannya bagi orang yang dikehendaki dan diredhai-Nya.” (QS an-Najm: 26)
[Lihat kitab-kitab berikut: Tafsir Ibnu Katsir (4/72), Tafsir al-Qurthubi (15/264), Fathul Majiid (hal. 244-245), Syarhul Aqiidatil Waasithiyyah (2/168) dan Al-Irsyad ila Shahiihil I’tiqaad (hal. 224)]


10 Amalan yang Menjadikan Sebab Seseorang Memperoleh Syafa’at pada Hari Kiamat
Setiap muslim mendambakan syafa’at Nabi Muhammad SAW, kerana pada hari Kiamat nanti, tidak ada yang menolong seorang hamba, kecuali Allah Ta’ala, kemudian amal-amal soleh yang dikerjakan seorang hamba, serta syafa’at Nabi Muhammad SAW

Cara-cara seorang muslim untuk mendapatkan syafa’at iaitu:
1. Tauhid dan mengikhlaskan ibadah kepada Allah serta ittiba’ kepada Rasulullah SAW.
Tauhid sebagai penyebab yang paling besar untuk mendapatkan syafa’at pada hari Kiamat. Nabi s.aw pernah ditanya: “Siapakah orang yang paling bahagia dengan syafa’atmu pada hari Kiamat?” Nabi menjawab :
أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ
“Yang paling bahagia dengan syafa’atku pada hari Kiamat adalah, orang yang mengucapkan Laa ilaahaa illallaah dengan ikhlas dari hatinya atau dirinya”. [HR Bukhari, no. 99]

2. Membaca al Qur`an.
Dari Abi Umamah bahawasanya dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
“Bacalah al Qur`an. Sesungguhnya al Qur`an akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa’at bagi sahabatnya…” [HR Muslim, no.804]

Yang dimaksud para sahabat al Qur`an, mereka adalah orang-orang yang membacanya, mentadabburinya, dan mengamalkan isinya. 


3. Sering Membaca Surah Al-Mulk
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
سُورَةٌ مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً تَشْفَعُ لِصَاحِبِهَا حَتَّى يُغْفَرَ لَهُ {تَبَارَكَ الَّذِى بِيَدِهِ الْمُلْكُ}. وفي رواية: فأخرجته من النار و أدخلته الجنة »
“Satu surah dalam al-Qur’an (yang terdiri dari) tiga puluh ayat (pada hari kiamat) akan memberi syafa’at (dengan izin Allah Ta’ala) bagi orang yang selalu membacanya (dengan merenungkan ertinya) sehingga Allah mengampuni (dosa-dosa)nya, (iaitu surah al-Mulk): “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”. Dalam riwayat lain: “…sehingga dia dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga” [HR Abu Dawud (no. 1400), at-Tirmidzi (no. 2891), Ibnu Majah (no. 3786), Ahmad (2/299) dan al-Hakim (no. 2075 dan 3838), dinyatakan shahih oleh imam al-Hakim dan disepakati oleh imam adz-Dzahabi, serta dinyatakan hasan oleh imam at-Tirmidzi dan syaikh al-Albani]


4. Puasa
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
“Puasa dan al Qur`an akan memberi syafa’at kepada seorang hamba pada hari Kiamat kelak. Puasa akan berkata : “Wahai, Rabb-ku. Aku telah menahannya dari makan pada siang hari dan nafsu syahwat. Kerananya, perkenankan aku untuk memberi syafa’at kepadanya”. Sedangkan al Qur`an berkata : “Aku telah melarangnya dari tidur pada malam hari. Kerananya, perkenankan aku untuk memberi syafa’at kepadanya”. Maka keduanya pun memberi syafa’at”. [HR Ahmad, II/174; al Hakim, I/554; dari Abdullah bin ‘Amr. Sanad hadis ini hasan. Hadis ini disahihkan oleh al Hakim dan disetujui oleh Imam adz Dzahabi. Kata Imam al Haitsami, diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani dalam Mu’jam Kabir. Rijal hadis ini rijal sahih. Lihat Majma’uz Zawaid III/181. Disahihkan oleh al Albani dalam Tamamul Minnah, hlm. 394]
5. Tinggal di Madinah, sabar tehadap cubaannya, dan mati disana.
Abu Sa’id pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا
“Tidaklah seseorang sabar terhadap kesusahannya (Madinah) kemudian dia mati, kecuali aku akan memberikan syafa’at padanya, atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat. Jika dia seorang muslim” [HR Muslim, no.1374, 477; dari Abu Sa’id al Khudri]

لَا يَصْبِرُ عَلَى لَأْوَاءِ الْمَدِينَةِ وَشِدَّتِهَا أَحَدٌ مِنْ أُمَّتِي إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَوْ شَهِيدًا
“Tidaklah seseorang dari umatku sabar terhadap cubaan Madinah dan kesusahannya, kecuali aku akan memberikan syafa’at padanya atau menjadi saksi baginya pada hari Kiamat”. [HR Muslim, no.1378, 484; dari Abu Hurairah]

مَنْ اسْتَطَاعَ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَمُتْ بِهَا فَإِنِّي أَشْفَعُ لِمَنْ يَمُوتُ بِهَا
“Barangsiapa yang ingin mati di Madinah, maka matilah disana. Sesungguhnya aku akan memberi syafa’at bagi orang yang mati disana“. [HR Ahmad, II/74,104; Tirmidzi, no.3917; Ibnu Majah, no.3112; Ibnu Hibban, no. 3741, dari Ibnu Umar. Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan sahih”]

6. Selawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam. 
Dari Ibnu Mas’ud, bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً
“Orang yang paling berhak mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat adalah yang paling banyak selawat kepadaku” [HR Tirmidzi, no.484, hasan]

7. Memperbanyak sujud.
Dari Rabi’ah bin Ka’ab al Aslami, dia berkata: “Aku pernah bermalam bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu aku mendatangi beliau sambil membawa air untuk wudhu’ beliau. Kemudian beliau berkata kepadaku,’Mintalah’. Aku berkata,’Aku minta untuk dapat menemanimu di syurga,’ kemudian beliau berkata, ‘Atau selain itu?’ Aku berkata,’Itu saja’. Lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ
“Tolonglah aku atas dirimu dengan banyak bersujud”. [HR Muslim, no.489, 226]

8. Doa setelah azan
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Barangsiapa yang membaca ketika mendengar azan “Allohumma Robba hadzihid da’watit taammah wash sholaatil qooimah aati muhammadanil wasiilata wal fadhiilah wab’atshu maqoomam mahmuudah alladzii wa’attah” [Ya Allah, Rabb pemilik panggilan yang sempurna ini dan solat (wajib) yang didirikan. Berilah al wasilah (darjat di syurga), dan keutamaan kepada Muhammad, dan bangkitkan beliau, sehingga boleh menempati maqam terpuji yang engkau janjikan]. Maka dia berhak mendapatkan syafa’atku pada hari Kiamat”. [HR Bukhari no.614, dari Jabir bin Abdillah]
Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, beliau mendengar Nabi SAW bersabda,
إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِىَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِى الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِى إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِىَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ
“Apabila kalian mendengar mu’adzin, maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh muadzin, lalu berselawatlah kepadaku, maka sungguh siapa saja yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10x. Kemudian mintalah pada Allah wasilah bagiku kerana wasilah adalah sebuah kedudukan di syurga. Tidaklah layak mendapatkan kedudukan tersebut kecuali untuk satu orang di antara hamba Allah. Aku berharap aku adalah dia. Barangsiapa meminta wasilah untukku, dia berhak mendapatkan syafa’atku.” (HR. Muslim no. 875) 

9. Solatnya sekelompok orang muslim terhadap mayat muslim.
Rasulullah SAW bersabda :
مَا مِنْ مَيِّتٍ تُصَلِّي عَلَيْهِ أُمَّةٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ يَبْلُغُونَ مِائَةً كُلُّهُمْ يَشْفَعُونَ لَهُ إِلَّا شُفِّعُوا فِيهِ
“Tidaklah seorang mayat disolatkan oleh sekelompok orang Islam yang jumlah mereka mencapai seratus, semuanya memintakan syafa’at untuknya, melainkan syafa’at itu akan diberikan pada dirinya“. [HR Muslim, no. 947, 58]

مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا شَفَّعَهُمْ اللَّهُ فِيهِ
“Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, lalu jenazahnya disolatkan oleh empat puluh orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, melainkan Allah akan memberikan syafa’at kepadanya”. [HR Muslim, no.948, 59]. 
10. Doa Anak Soleh
Nabi SAW bersabda :
إن الله ليرفع الدرجة للعبد الصالح في الجنة فيقول : يا رب أنى لي هذه ؟ فيقول باستغفار ولدك لك )) رواه أحمد
“ Sesungguhnya Allah Ta’ala mengangkat darjat seorang Hamba yang soleh ke dalam syurga , maka hamba ini berkata ;”Wahai Tuhanku dari manakah aku mendapatkan hal ini ?” maka Allah menjawab: “ Dengan Istigfar yang dimintakan oleh anakmu.” HR. Ahmad: 5092, Bukhori dalam Adabul Mufrod dan dishahihkan Al-Albani)
Hadis tersebut senada dengan hadis:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: sadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya”. [HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i]
Demikianlah 10 amalan atau perkara yang menyebabkan seseorang berhak atas syafa’at. Mudah-mudahan kita termasuk orang yang mendapatkan syafa’at Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat nanti... Berusahalah untuk mendapatkan syafa'at kerana syafaat dapat melindungi kita dari azab api neraka.. 
Sumber: internet


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2017/04/10-amalan-mudah-di-dunia-tapi-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Laksa Mee Pangkor Original Resipi Mudah Tapi Sedap Hirup Kuah Paling Best

Laksa Mee Pangkor Original Resipi Mudah Tapi Sedap Hirup Kuah Paling Best

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 196 hits
Laksa mee Pangkor merupakan antara hidangan yang cukup popular terutama di Pangkor Lumut Pantai Remis dan sekitarnya Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor Bagi orang Perak yang rindu nak makan laksa mee Pa...
Tujuh Amalan Yang Mampu Memperindah Laluan Kita Ke Syurga

Tujuh Amalan Yang Mampu Memperindah Laluan Kita Ke Syurga

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 343 hits
Tujuh amalan yang mampu memperindah laluan kita ke syurga1 Ilmu yang disebarluaskanAmat besar rahmatnya bagi orang yang menyampaikan menyebarkan dan mengajarkan ilmu dunia dan akhirat yang bermanfaat 2 Anak soleh yang ditinggalkanPendidikan...
Ayam Sambal Bali Resipi Mudah Tapi Membuka Selera

Ayam Sambal Bali Resipi Mudah Tapi Membuka Selera

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 289 hits
Tak perlu lauk lain menu ayam sambal Bali sudah cukup membuatkan kita makan bertambah tambah Rasa bumbunya yang harum amat memikat selera Kalau mak mak nak cuba buat boleh ikut resipi ini Sukatan satu ekor ayam ikut setiap satu langkahnya p...
Gus Yahya Gerakan Boikot Produk Pro Israel Penting Tapi Bukan Jalan Keluar

Gus Yahya Gerakan Boikot Produk Pro Israel Penting Tapi Bukan Jalan Keluar

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 183 hits
Harus dicari jalan yang lebih masuk akal agar kekerasan terhadap Palestina bisa dihentikan
Jiran Mesej Nampak Suami Kat Rumah Mak Aku Tapi Mak Tiada Rupanya Ini Projek Suami Dengan Adik Perempuan Aku

Jiran Mesej Nampak Suami Kat Rumah Mak Aku Tapi Mak Tiada Rupanya Ini Projek Suami Dengan Adik Perempuan Aku

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 242 hits
Assalamualaikum buat admin dan para pembaca kisah saya bermula dari rumah tangga yang sangat sangat bahagia Saya mempunyai seorang suami yang sangat bertanggungjawab baik sempurna bagi saya zahir dan batin Dia sangat sempurna Rumah tangga k...
Arief Basayang Tapi Babagi Chord

Arief Basayang Tapi Babagi Chord

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 249 hits
C G Dm G C F C G C C nan bungkuak dimakan saruang C nan bengkok dimakan tali G titian runtuah jikok barakuak G Dm bacinto dalam bacinto G basayang tapi babagi C G baa rasonyo C batapuak lai babaleh C tapi rasonyo tasakik G diri den surang m...
Merdeka Tapi Dijajah M Sia Sepert Palestin

Merdeka Tapi Dijajah M Sia Sepert Palestin

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 149 hits
Kedaulatan Syariah Kemerdekaan kita yang cuba dijajah KITA difahamkan bahawa apabila kita merdeka kita mempunyai hak sebagaimana hak untuk menjalankan agama dan juga undang undang kita sebagaimana sebelum kita dijajah Kemerdekaan sepatutnya...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco