Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Rebung Style Nogori Sembilan | Hai. Hari Ahad datang lagi dan macam biasa, hari Ahad akan ada 1 resepi yang simple, mudah dibuat, bahan pun senang nak cari, confirm menjadi dan confirm sedapppp.
Masak lemak cili api style nogori biasanya tak menggunakan bawang merah. Tapi kadang-kadang masak masuk juga tok nenek bawang tak salah pun. Namanya masih lagi masak lemak cili api.
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DENGAN REBUNG STYLE NOGORI
Daging salai ni antara menu kegemaran family. Sama juga dengan ikan keli salai. Eh, kiranya menu salai masak lomak memang kegemaran. Dah namanya orang nogori sembilan kan? Hehe.
RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DENGAN REBUNG STYLE NOGORI
Bahan-bahan : - Daging salai 300g- Rebung 3/4 cawan- Serai 2 batang- Cili api 1 genggam *ikut kepedasan yang dikehendaki- 1 inci kunyit hidup- Asam keping 2 - Santan kotak kecil 1- Santan cair 1 cawan- Garam secukup rasa
[Baca juga] : Resepi Lokan Tumis Halia
Cara buat :
1) Rebus daging bersama serai dan segenggam cili api ditumbuk bersama kunyit hidup. Cili api boleh dikurangkan atau dilebihkan ikut tahap kepedasan yang dikehendaki.
2) Rebus hingga daging empuk dan air sedikit kering. Jika air dah kering daging masih belum empuk, tambah air dan rebus lagi.
3) Semasa rebus, masukkan asam keping.
4) Setelah daging empuk, masukkan santan pekat. Tambah kunyit serbuk jika warna kuah lemak kurang pekat.
5) Tambah santan cair.
6) Sambil itu sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak.
7) Kuah menggelegak, masukkan rebung.
8) Agak-agak rebung masak, masukkan garam secukup rasa.
9) Masukkan daun kunyit yang diracik (sekiranya ada).
Siap.
Cari mangkuk cantik, mangkuk Corelle ini aje yang paling cantik kakak jumpa. Bolehlah kan ekekeke.
Senang aje kan? Sekejap je nak masak lemak cili api, yang lama sikit masa nak rebus daging salai. Itu pun takdelah lama sangat sebab daging yang disalai ni, selain ada aroma salai yang sedap, biasanya tekstur lebih lembut berbanding daging biasa.
Kalau tak suka rebung, boleh gantikan dengan pucuk ubi atau sayur lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2020/01/resepi-daging-salai-masak-lemak-cili-api-dengan-rebung-style-negeri-sembilan.html