Daging Masak Lemak Cili Api


 Assalamualaikum WBT
LAUK minggu lepas hari Jumaat. Masa tu, Pak Inche belum tambah stok bahan basah, cuma daging sahaja yang ada. Tanya Iman, nak tak lauk Telur Masak Lemak, Iman angguk. Tapi, macam tak sampai hati pulak sebab hari tu pun bagi dia makan Masak Lemak Telur Ceplok, haha. Terus terfikir, nak masak Daging Lemak Cili Api.
Pergi dapur, defrost daging yang dah jadi batu. Bila dah sedikit lembut dagingnya, Sk rebus dengan seketul halia guna periuk noxxa, set HP 30. Untuk masak lemak, Sk guna teknik yang sama macam masak Udang Lemak Cili Api tu, cuma guna tiga bahan iaitu cili padi centil, halia dan serbuk kunyit. Daging yang dah siap rebus, Sk panggang bagi berasap dan garing sikit atas kuali. Sementara tu, tumbuk halia dan cili padi hingga lumat, masukkan dalam periuk bersama serai yang diketuk dan sedikit air, panaskan hingga mendidih dan cili masak. Daging yang dah dipanggang, hiris nipis, masukkan dalam kuali tadi, kemudian masukkan santan kotak dan air rebusan daging, kacau dan renihkan. Masukkan asam keping, kiub pati lembu dan garam secukup rasa, renihkan sehingga kuahnya mesra.

Walaupun tak cukup perkakas untuk salai daging, tapi masih ada bau asap-asap kesan kaedah panggang atas kuali tu. Eh, dia punya sedap tu, kalah Daging Masak Lemak Cili Api kat Restoran Anjung Selatan tau. Sk masukkan juga daun limau purut untuk lebih aroma. Rasanya, kalau letak daun kunyit pun sedap jugak ni, tapi tak ada pulak daun kunyit. Cita-cita nak tanam pokok kunyit sampai sekarang masih tak jadi kenyataan, hahaha. 
Daging Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
5 ketul daging besar penumbuk, rebus bersama halia, toskanSegenggam cili api1/2" halia1/2 sudu serbuk kunyit1 batang serai diketuk1 cawan air rebusan daging1 kotak kecil santan pekat2 keping asam gelugor1 kiub pati lembuGaram secukup rasa3 helai daun limau purut
Cara memasak :
1. Tumbuk halus halia dan cili api

2. Sementara itu panggang daging hingga garing di semua bahagian permukaannya

3. Masukkan bahan tumbuk, serai, serbuk kunyit dan sedikit air rebusan daging dalam periuk, panaskan hingga mendidih dan cili masak

4. Hiris nipis daging yang siap dipanggang

5. Masukkan daging dalam periuk

6. Masukkan air rebusan daging dan separuh kotak santan, kacau sentiasa agar santan tidak berketul

7. Masukkan kiub pati lembu dan asam keping

8. Masukkan daun limau purut dan tambah garam jika perlu

9. Renihkan seketika, tutup api


Spaghetti Alla Napoletana malam tadi berbaki pastanya sepinggan. Daging Lemak Cili Api ni pun berbaki semangkuk. Kita jadikanlah ianya menu fusion. Sk panaskan keduanya dalam satu kuali masuk dalam bekas buat bekal makan tengahari hari ni. Nanti petang, nak ke Senai,kan. Semalam lagi ibu dah telefon, beritahu hari ni nak masak Telur Masak Lemak. Aisehhh.. mana boleh tolak lauk tu, lagi-lagi bila ibu masak. Gemuk pun gemuklaaaaahhh.. hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/01/daging-masak-lemak-cili-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Udang Lemak Cili Api Sotong Masak Hitam Berkicap

Udang Lemak Cili Api Sotong Masak Hitam Berkicap

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum WBTTAHUN baru masihi di Tanah Jauhar ni tiada cuti umum cuma hari tu k ambil cuti untuk satu tujuan yang belum boleh diceritakan di sini Memang kadang nampak Sk suka berkongsi perkara yang Sk buat tapi ada jugak perkara yang...
Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api By Mom

Ikan Talapia Masak Lemak Cili Api By Mom

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum WBTTAHUN berganti lagi Kisah minggu lepas balik dari Balik tu singgah Senai tengok tengok ibu dah siap goreng ikan talapia Jap lagi ikannya dah terjun dalam periuk berkuah lemak cili api Kita pergi petikkan lima enam helai d...
Sambal Daging Cili Api Lauk Simple Buat Bertambah Makan

Sambal Daging Cili Api Lauk Simple Buat Bertambah Makan

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 219 hits
Sesekali makan menu daging memang berselera Tambah pula jika digoreng biasa pun laju juga menambah Lebih berselera buat sambal daging cili api ni Rencah yang digunakan pun tak banyak Buat yang suka pedas buatlah menu simple ni Pasti licin s...
Anak Anak Tak Bodoh Wanita Kesal Masak Daging Lembu Tapi Sebenarnya B Bi Dakwa Bekas Suami Sengaja Buat Aniaya

Anak Anak Tak Bodoh Wanita Kesal Masak Daging Lembu Tapi Sebenarnya B Bi Dakwa Bekas Suami Sengaja Buat Aniaya

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 280 hits
Tular di media sosial Facebook baru baru ini apabila seorang wanita mendakwa bekas suaminya telah bertindak menganiaya mereka anak beranak kerana membelikan bahan mentah masakan berupa daging babi Wanita yang dikenali sebagai Cekta Hermosa ...
Masak Nasi Lemak Dua Kali Makan

Masak Nasi Lemak Dua Kali Makan

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 240 hits
Assalamualaikum WBTMINGGU ini Iman ada sertai acara sukan anjuran salah satu fakulti di universiti Minggu lepas pasukan Iman muncul Johan Pertandingan Bola Jaring antara kelas dalam Fakulti Sains dan Sumber Manusia kali ini Iman dan kawan k...
Daging Jadi Liat Kalau Masak Tak Kena Cara Guna Ais Je Boleh Buat Daging Cepat Empuk

Daging Jadi Liat Kalau Masak Tak Kena Cara Guna Ais Je Boleh Buat Daging Cepat Empuk

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 393 hits
elementor v3 7 7 20 09 2022 elementor heading title padding 0 margin 0 line height 1 elementor widget heading elementor heading title class elementor size a color inhe
Eh Kuaci Pun Ada Cikgu Mengajar Di Depan Murid Makan Nasi Lemak Dekat Belakang Sudahnya Satu Kelas Dapat Habuan

Eh Kuaci Pun Ada Cikgu Mengajar Di Depan Murid Makan Nasi Lemak Dekat Belakang Sudahnya Satu Kelas Dapat Habuan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 183 hits
KERENAH anak kecil pastinya mencuit hati Mereka ibarat kain putih bebas kotoran dan hanya mahu bergembira dalam dunia ini yang ada kalanya kej4m Susuk tubuh yang kerap dapat menyaksikan telatah si cilik ini membesar tidak lain tidak bukan i...
Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap

Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 351 hits
Baca GAMBAR LOKASI Sardin Masak Kicap Simple Tapi Sedap Lauk sardin ni nampak sedap dan nak buat pun mudah Sesiapa pun boleh masak jika ada keinginan dan tidak malas Haha menu sardin di masak atas permintaan anak bongsuku Saya memang tak bo...
Warna Warni Kembang Api Hiasi Malam Pergantian Tahun 2023 Di Bundaran Hi

Warna Warni Kembang Api Hiasi Malam Pergantian Tahun 2023 Di Bundaran Hi

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 180 hits
Warna Warni Kembang Api Hiasi Malam Pergantian Tahun 2023 di Bundaran HI Pemerintah Provinsi DKI Jakarta melarang petasan selama pesta pergantian tahun 2023 Meski demikian masih banyak warga yang tetap menyalakan petasan di area Bundaran HI...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan

Umrah Diy Panduan Lengkap Tips Penting